kisah pengembala kucing kecik

Pernah dengar istilah ni? hehe...ni bukan istilah yang tepat sebenarnya.. ni gelaran yang mama reka untuk si Naim ni. Kenapa? Sebabnya sejak dua menjak ni, Naim ni asyik nak main dengan kucing je....fush...sampai tak larat mama, papa dan uncle joy nak layan dia...

Naim ni memang dari dulu lagi suka dan tertarik dengan makhluk bernama "cat" atau "miow" ni...Kalau jumpa je cat mesti tumpuannya akan diberikan pada kucing tu..kalau jumpa di kedai makan, mesti dia akan mengekori kucing tu sampai kadang-kadang ada kucing yang lari lintang pukang sebab takutkan dia..pernah juga ada kucing yang cuba nak cakar dia...

Sejak dua menjak ni pulak, jiran sebelah kami mula pelihara dua ekor kucing putih. Tapi sebenarnya kucing ni taklah putih sangat warnanya....Akak ni pulak letakkan kucing-kucingnya di depan rumah. Abih, bila dilihatnya "cat" ni oleh si Naim ni, ape lagi.....................

asyik nak kluar rumah dan nak duduk je depan sangkar kucing tu...tak kira malam ke pagi, asyik tarik tangan mama nk mtak bawa dia keluar je..

bila dah lenguh nak duduk depan sangkar tu, mama nak bawa dia masuk rumah, dia mengamuk...

dua ari lepas, masa pergi ke klinik, dia mengamuk sebab nak main dengan anak kucing yang ada di depan pintu klinik tu..menangis sambil duduk kat lantai nak tunjuk protes..sabor aje la....lepas ni tak tahu lah ape lagi dia akan buat kalau kegemarannya yang ni tak dituruti...ai, boboiboy ni..

Comments

Popular Posts