Ada makanan nama PEPAHAT?

Ni gambar daripada makanan stimbot kami semalam...nampak tak benda yang nampak panjang macam buluh tu? bendanya macam isi kepah yang bersalut dengan cangkerang berbentuk silinder memanjang tapi silinder tu tak lah bertangkup sepenuhnya, sebab boleh terbuka cangkerang tu bila pepahat ni masak dalam air panas...hehe, entah betui tidak penerangan aku ni..sebagai orang yang tak pernah jumpa benda ni sebelum ni, tu lah sangkaan aku... tu la, masa mula-mula tengok aku pikir dalam hati, sedap ke rasa benda ni.  nak rasalah. Maklumlah seumur hidup ni kali pertama lihat dan makan benda ni...namanya pun tak tahu.. tanya Papa Naim dan Uncle Joy pun tak tahu jugak...belasah makan aje tahu.

bila balik rumah, aku pun buat research sendiri..guna sumber google imej, terjumpa lah gambar benda ni, ooooooo...rupanya nama dia pepahat...baru aku tahu...korang tahu? pernah makan tak? masak ape sedap ? tengok dalam google imej tu masak pedas nampak mengancam sungguh..mungkin lain kali boleh try...

Comments

  1. baru tahu jg benda mkan ni..hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts