papa mengidam stimbot, ada ape-ape ker ni?

Ada orang cakap, tak semestinya isteri yang akan mengidam dan alami  alahan kalau si isterinya sedang mengandung..ada kes yang si suaminya pula yang alami alahan dan mengidam semasa isterinya sedang mengandung... penah dengar tak statement tu? sejauh manakah kebenarannya? bertuah tul isteri yang di situasi tu kn? suami tolong tanggung sebahagian pengalaman mengandung..

hehe, jangan suspens lak, tajuk entry ni dan ayat-ayat kat atas tu tak berkait dengan aku sebenarnya.. papa mengidam nak makan stimbot tapi mama bukan mengandung pun....memang, setakat ni belum lah mengandung lagi...Papa lah ni.. tadi bagitau yang dia nak makan stimbot sebab rasanya dah lama tak makan.teringin, katanya  .tapi sebenarnya tak lah lama sangat pun sejak dari kali terakhir kami makan kat sini. Kalau dah jadi penggemar stimbot mestilah terasa lama.

Saja je layan papa, dapatlah makan di Stimbot@Maeps.. selalu jugak kami makan kat sini..sini memang meriah lagi2 malam minggu...cuma mlm ni pelanggannya tak seramai macam kami datang sebelum ni.. tapi mujur jugak, dapatla kami makan cepat..datang je terus dapat meja..Tak payah tunggu lama dah dapat periuk untuk stimbot.. tapi tetap ramai lagi yang sama sama menikmati stimbot yang terdapat di sini.
Sesiapa yang pernah datang tentu tahu kat sini banyak pilihan untuk stimbotnya..ikut iklan diorang menawarkan 100 jenis pilihan...dari pelbagai fish ball, buah-buahan, ais krim, kerepok, abc, mee goreng, dan macam-macam air..
Jadi ape lagi, makan lah banyak banyak setakat yang termampu sebab harga kira kepala bukan kira kuantiti..
senyum lebar orang tu yang dapat makan makanan yang diidamkan..

Naim pun makan banyak tau.....buah dia makan suku pinggan tu habis, kemudian makan fish ball beberapa keping dan makan jugak mee..elok je dia duduk di kerusi sorang-sorang untuk makan...tengoklah gaya dia makan dengan dua-dua belah tangan tu, macam takut orang lain amik lak..

Mula-mula risau juga tengok Naim makan banyak, jadi larang dia makan...tapi terus dia tunjuk protes, meraung-raung kat atas lantai, jadi lepas tu biar aje la dia makan...
Bila papa makan aiskrim, Naim pun tumpang makan lagi..malah, dia yang tolong perabih ais krim stawberi dan honey dew tu...kenyang habis agaknya...masuk je kereta bila balik, terus dia tido.. jarang dia tidur seawal kul 9 malam biasanya..
Ni posing sebelum nak balik, Mama dan Naim tak boleh makan dah..terlalu penuh dah isi perut..tunggu Papa abiskan sayur....alhamdulillah kn? mengidam dan terus dapat makan ape yang diidamkan tu...

Comments

  1. kak ti...sdapnyerr...kat mn 2, nk g jg lah....lmnyo x make steambottt...ingt ms duk d uum dl, g pasar malam canglung pon tgk jerrr steambot..
    kat uptown eh??

    ReplyDelete
  2. mmg sedap...mari bw perut lapar n mkn byk2...ni kat serdang, tapak ekspo MAHA... hehe, ingat2 kenangan di UUM mmg byk makanan best2...entah bila nk g sana lg..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts