kerana saleh

Meneruskan tugas bermakna masih lagi aku menghadapi anak- anak yang sama. Nakal, suka bermain-main dan sentiasa aktif.  Aku akan tetap jumpa saleh, dina, man, abil, bila, dav, hong dan mir. tu semua nick name bagi anak-anak murid aku yang selalu buat aku naik angin dan terpaksa menahan sabar. kadang-kadang tindakan diorang ni memang di luar jangkaan. Namun selagi terdaya tetap kena teruskan perjuangan ini. Berapa besar pun tekanan disebabkan kenakalan diorang tu, masih ada lagi faktor lain yang selalunya menggembirakan hati ini.

Kadang-kadang bila melihat Naim, aku terfikir tentang masa depannya..adakah anak yang aku sayang dan jaga sekarang ni bakal menjadi anak murid yang nakal di sekolah nanti? adakah ada kemungkinan aku bakal dipanggil oleh guru untuk menerima komen tentang prestasi dan kelakuan dia di sekolah? minta dijauhkan lah benda yang tak baik ye.. semoga anakku ini akan menjadi anak soleh yang dapat menenangkan hati sesiapa sahaja yang berurusan dengannya.. semoga dia tak jadi murid yang bermasalah.

sayang, jadi anak yang soleh ye...mama sayang Naim banyak-banyak

Comments

Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1