Jual kereta di platform Carsome
Assalamualaikum.. kembali bersiaran harini dengan niat nak berkongsi pengalaman pertama kali kami menjual kereta di Carsome.. sebelum ni banyak kali saya ternampak iklan Carsome ni, tapi bila tak ada kepentingan masa tu, jadi tak adalah ambil tahu pasal servis Carsome ni. Bila dah sampai masanya terasa nak mendapatkan kereta yang lebih selesa untuk keluarga, maka kenalah mengambil tindakan nak menjual kereta sedia ada ni. Kiranya ini merupakan kali kedua saya menjual kereta, jadi saya nak bandingkan semasa menjual kereta pada tahun 2015 dengan sekarang ni dari segi mudahnya bagi pandangan seorang pemandu perempuan yang malas nak menyusahkan diri sendiri.. atau erti kata lain, tak berapa nak rajin nak mengiklankan kereta di platform jual beli kereta terguna yang lain dan seterusnya kena uruskan hal-hal berkenaan. Lagipun saya juga risau kena tipu atau apa-apa risiko lain. Mulanya saya tergerak hati nak ke website carsome 4 hari sebelum dan mengisi maklumat kenderaan yan...