Moga kematiannya menghidupkan hati jiwa-jiwa yang telah 'mati'

Saya ingin berkongsi kisah yang moga menjadi pengajaran buat kita semua:

Dalam ramai-ramai mangsa jemaah haji yang menjadi korban kren di Tanah Suci, kisah wanita ini yang paling mencuit jiwa saya, dan mungkin anda juga.

Betapa beliau adalah insan yang terpilih di antara yang terpilih. Dipilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan haji pada usia 37 tahun, yg bagi saya sangat istimewa sebab tak ramai yg tunaikan haji pada usia 30-an. Kebiasaannya lewat usia memasuki angka emas. Kemudian, beliau terpilih untuk bertemu Tuhan di tempat suci, tempat yg baik dan dalam ibadat yang sangat besar ganjaran pahalanya. Bukan hanya saat beliau masih bernyawa, malah saat beliau mengakhiri nafasnya juga.

Walaupun meninggal dalam keadaan yang tidak dijangka, dalam keadaan yg mengerikan penuh berlumuran darah dan mayat bergelimpangan, beliau terpilih kerana jasadnya adalah jasad yang paling sempurna. Sempurna, bersih dan indah seperti saat hayatnya di dunia. Dan, jenazahnya dimakamkan di perkuburan kekal Ma'la yang mana tidak semua jemaah yang meninggal di Tanah Suci akan dikuburkan di sana. Perkuburan itu hanyalah untuk para syuhada' sahaja! MasyaAllah indahnya wanita ini dijemput Tuhan..

Lihatlah senyumannya saat ingin berlepas ke Tanah Suci. Riang gembira. Seingat saya, antara pengalaman saya menghantar sanak saudara ke dewan pelepasan, suasana yg sering saya lihat penuh dengan linangan air mata dan pelukan erat ahli keluarga. Tapi wanita ini, bahkan ahli keluarganya, tersenyum indah seolah-olah mengerti bahawa wanita kesayangan mereka ini bakal dihantar ke syurga. Wajah wanita ini bersih memancar seri, mungkin tidak sabar bertemu bidadari di sana. Allahu Allah.

Dan saya tidak pernah mengenali wanita ini. Hanya 2 persamaan antara kami berdua: kami rakyat Kelantan dan bergelar seorang guru. Di saat saya mengeluh tentang kerjaya seorang guru dan mengomel tentang anak murid pelbagai ragam, hari ini saya terbayangkan wanita ini saat dia di sekolahnya. Pasti beliau seorang pendidik penyayang, sabar dan mendidik dengan penuh hikmah. Pasti beliau sentiasa tenang dan tersenyum di sebalik segala ujian. Pasti seluruh rakan sejawat dan anak didik menyenanginya. Dan saya, jauh sekali sepertinya. Allah..

Tadi terbaca nukilan dari adik wanita ini yang menceritakan perihal beliau yang tak pernah meninggalkan solat sunat dhuha dan qiamullail setiap hari. Bagaimana beliau seorang yang berkerjaya mampu mencuri masa untuk menghadap Tuhan di saat guru-guru lain terkejar-kejar ke kelas atau mungkin sedang santai lepak di bilik guru. Dan saya di sini, seringkali punya banyak alasan untuk 2 rakaat dhuha. Sibuk, takde masa, malas nak berwuduk, malas nak mekap banyak kali dan seribu macam alasan lagi. Itu belum masuk soal qiamullail lagi. Astaghfirullah..

Dengar kisah wanita ini, mengingatkan saya pada allahyarham Ammar yang syahid di Turki dan juga salah seorang krew pesawat MH17. Keduanya juga terlibat dalam kemalangan yang tidak ingin kita lihat, namun jasad mereka sempurna tanpa cela. Dan kepulangan mereka juga diiringi jutaan doa dari seluruh rakyat dunia, walhal ketika hayat mereka, tidak ramai yang mengenali.

Cikgu, semoga kematian cikgu dapat menghidupkan jiwa-jiwa yang telah 'mati'.
Saya cemburu dengan Cikgu.
Semoga Cikgu damai di sana bersama para bidadari jelita di taman syurga.

"Maka segeralah kembali kepada mentaati Allah. Sungguh, aku seorang pemberi peringatan yang jelas dari Allah untukmu." [Az-Zariyat:50]

Alfatihah untuk Allahyarhamah Cikgu Siti Nuroshlizan Zulkifli.

-insan hina-
Nur Fadhliah

Comments

  1. Betul.Suci betul muka dia.comel sgt arwah..Mlm tadi berita tgk kawan dia teresak-esak menangis cerita pasal dia.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.Arwah adalah insan terpilih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila..arwah ni kawan kak rohaya..sama sekolah..

      Delete
  2. Memang beruntung allahyarhamah ni. Muda lagi dah dapat menunaikan ibadat haji. Dan dah tertulis takdirnya di situ, saat akhirnya pun di tanah suci Mekah. Cemburu bukan kepalang akan takdirnya tapi sebagai insan biasa memang kita pun terkesima mendengar berita sedih ni; walaupun tak mengenalinya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan.. muda lagi orangnya.. dapat meninggal di tempat mulia dna tujuan baik, sebaik2 cara kematian tu kan.. sungguh terharu walaupun kita tak kenal arwah ni..

      Delete
  3. al-fatihah untuk arwah, akak ada baca tentang ini di FB pagi tadi, sangat2 menyentuh hati dan terasa bangkit jiwa yang hampir mati ni.

    moga akak juga dapat beramal seperti arwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan kak.. insaf betul baca part ayat semoat arwah buat ibadat di saat cikgu lain melepak di bilik guru atau terkejar2 ke kelas.. saya la tu! Masa lapang sembang, masa ke kejar terkejar2.. alahai..

      Delete
  4. Saat sy baca tulisan ini, sy juga berasa sgt kerdil dgn pelbagai alasan sy sbg hambaNya.. Sy juga guru biasa yg cemburu dgn pemergian allahyarhamah cikgu itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan.. jauh beza diri saya dgn arwah.. moga keinsafan ni dapat membaiki kelemahan diri sedikit sebanyak..

      Delete
  5. Sedih, tersentuh hati baca kisah arwah kan Aisy Nasiha..
    Al-Fatihah kepada arwah.. InshaaAllah syurga tempatnya..
    Dari airmuka arwah nampak berseri-seri..

    ReplyDelete
  6. Subhanallah... husnul khotimah
    kematiannya.
    Moga Syurga tempatnya (inshaallah).

    ReplyDelete
  7. Menjadi viral kisah seorang wanita yg suci dan dijempit Allah dengan cara senpurna yg dididamkan semua wanita..tentu sgt dekat dan menjadi insporasi buat AN kerana allahyarhamah juga seorang guru..

    AL Fatihah

    ReplyDelete
  8. alfatihah
    terpegun membacanya..
    mmg manis wajah arwah saat menatap gambarnya..
    smga saya diberi peluang melaksanakan solat dhuha dgn lebih sempurna dan istiqamah... Duduk rumah lagilah byk masa terluang.x perlu kejar ke sana ke mari..

    salam takziah

    ReplyDelete
  9. arwah merupakan sahabat sekg, sesekolah rendah hingga sekolah menengah kepada member seuniversiti aida...
    sememangnya arwah baik budi & kuat beramal.
    al-fatihah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. La..aida org asal tanah merah ke? Saya ingat aida ni org Melaka..
      Moga arwah bahgia di sana.. kita doakan

      Delete
  10. Alfatihah buat arwah....
    Untung arwah dapat meninggal disana, tapi tak terbendung kesedihan anak anak yg ditinggalkan tak dapat berjumpa dengan ibu mereka kan....Insyaallah mereka akan bertemu disyurga

    ReplyDelete
  11. al-fatihah buat arwah.. semoga ditempatkan di kalangan org2 yg solehah.
    semoga segala ilmu2 dan tunjuk ajar dia dpt digunakan sebaiknya buat anak2 murid.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?