Bukan semua suka sekolah dicutikan sebab jerebu.
Bak kata akak si tak reti tulis pendek, jerebu ni dah jadi acara tahunan. Betul juga je? Rasanya sejak 8 tahun ni, ada sahaja aktiviti sekolah yang tertangguh kerana masalah jerebu dek pembakaran di tanah seberang.
Pagi ni murid-murid duk bagi mesej tanyakan kena datang ke sekolah ke tak. Amboi, deme semua ni suka betul kalau sekolah dicutikan ye.. diorang je suka. Ada pihak lain yang tak suka tau..
Pertamanya cikgu, memang tak suka kalau kena cuti sebab jerebu, nanti kena ganti sekolah tau. Ingat cuti saja-saja. Kalau gitu, tiap-tiap hari boleh je ambil cuti sebab alasan jerebu. Korang takpe la, nati kalau buat sekolah ganti, korang tak nak pergi pun kan? Kot-kot ada yang tak bagitahu pada mak pun bila ada hari sekolah ganti. Lepas ti pergi berjalan-jalan, ambil gambar dan post pulak gambar tu kat instagram yang korang pergi berseronok pada hari Sabtu yang ada sekolah ganti ye? Budak zaman sekarang ni...
Kedua, ibu bapa pun bukan semua yang suka kalau sekolah dicutikan sebab jerebu. Percayalah, memang ada. Terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja dan kena balik lewat dan di rumah tiada orang. Jadi, ibu bapa yang macam ni memang harapkan pihak sekolah akan jaga anak diorang pada masa diorang kerja, sedangkan kalau sekolah dicutikan, bukan bos diorang izinkan diorang cuti pun dengan alasan nak jaga anak di rumah. Lagipun kalau anak dah sekolah menengah, nak jaga apa kan? Tapi isu keselamatan la pulak. Kang anak yang patutnya berada di rumah, tapi pandai-pandai pulak keluar sendiri pergi ke mana-mana, siapa pula yang susah nanti? Ha.. nampak tu?
Tapi apa-apa pun, kalau indeks jerebu ni makin naik, kena redho jelah kita cuti tapi bakal ganti nanti. Kena juga tau kita cuti. Demi kesihatan kita juga ye.. best juga cuti sebenarnya.. hihi(sorok muka gembira). Bab cikgu suka dicutikan ni kena perlahan-lahan sikit tau, segan kalau anak murid tahu.. haha.. Akhir sekali mari kita sama-sama doakan moga jerebu ni tak jadi acara tahunan lagi selepas ni, moga ada penambahbaikan dibuat demi kesejahteraan kita semua..
Salam singgah dari nieyl :)
ReplyDeletesemoga tahap IPU turun la...dengan bantuan hujan...
Bukan itu aje Aisy... macam anak buah kakak yg nak SPM mereka memang tak suka cuti. Kalau boleh nak sekolah juga sebab exam dah makin dekat. Mereka kejar masa. Harap-harap cepatlah pulih. Ujian Allah buat kita semua. Tangan-tangan manusia jugalah sebenarnya yg mencari masalah. Kerana sorang-dua buat hal ramai yg menanggung.
ReplyDeleteTengok berita Indon kata tanah gambut yg terbakar walau atas sudah tidak ada api tapi di bhgn bawah lebih 10 meter api masih boleh hidup lagi. Bayangkan Aish 10 mtr ke bawah! Aduh...
wah, info ni..aduh sungguh,, sampai begitu sekali nampaknya..alahai
Deleteipu kat melaka naik hingga 165.
ReplyDeleteaida terpaksa cuti kan anak2 yg memang ada sejarah semput.
dah pun anta surat kat cikgu darjah.
takut nanti mudarat.
tu pun ada skit skit batuk.
diorang dipaksa minum air byk.
ikhtiar aje kan.
takpe, elok sangat cutikan anak2 aida, memang pun kami ingatkan murid-murid kalau ada asma supaya berehat kat rumah, bimbang gak tetiba semput kat sekolah, siapa yang nak tanggung?
DeleteAritu masa ura ura nk cutikan tu kami mak mak yg ank nk upsr ni dh takut. Camne dgn upsr? Jgn la tangguh ke apa..
ReplyDeleteMakin teruk kan? Aduhaii risau nya:(
Time ni lah mask terus jd mahal. Mujur thn lps punya byk lagi
aha, mujur tak kena tangguh upsr haritu, sian la anak2 nak menunggu lama2
Deletemoga cepat baikla keadaan ni
Nk buat camna kan, teruk jgk jerebu ni..
ReplyDeleteSy yg dok umh sj pun, sakit hidung, sakit tekak klu mhadap tingkap dapur yg terbuka..
Moga cpt la elok d negara kita ni..
Amin..
Kesian kat budak-budak bila jerebu ni.
ReplyDeleteMemang betul cakap cikgu....yg malasnya kena sekolah ganti ek.....depa mmg ler suka..
ReplyDeleteSo hari ni dah confirm cuti.....sukalah si hero 2 orang tu, mama dia ada
Huhu.. mana pulak gtu.. cikgu keje juga tau.. walaupun budak xda..
DeleteYa ke cikgu tak suka, AN? Macam tak percaya aje. Bukan ke bila dengar berita hari ni tak sekolah, cikgu melompat dulu? Hehehe.... Tak kisahlah sekolah ganti tu nanti-nanti baru fikir. Yang best fikir hari ni dan esok cuti. Boleh layan cerita Korea katanya ^_^
ReplyDeleteMacam anak-anak saya ni okeylah bercuti tapi kesian pada yang nak sit for exam. Kalau asyik bercuti macam ni, memang tak best. Itu pengalaman saya jugalah masa jadi pelajar walaupun masa tu takda pun jerebu ni. Tensionlah orang nak habis periksa tapi asyik cuti aje. Bila exam nak habis *tandatandapelajarcemerlang*
Haha.. sedih tau..kena cuti pulok.. haha.. padahal memang suka dalam hati ni.. berlagu riang gtu.. keadaan dah macam ni kan, wajarla cuti untuk kesihatan keseluruhan, tak leh fikir pasal pihak pihak tertentu sahaja kan..?
DeleteWah.. budak cemerlang sungguh ni.. percaya sangat
Kita ipu hampir 200 ni pun rasa dah teruk sgt.bayangkan di Indonesia ipu 500 lbh dan ada yempat sehingga 900++.Kesian.Semoga Allah melindungi kita semua.
ReplyDeleteItulah.. 200 mcm ni yang 2 kali ganda lebih tu mcm mana la.. kenapala setiap tahun pun jadi gini
Deletebetul tu sekolah saja ditutup tapi ibu bapa kena kerja juga... mujur taska tak ditutup kalau tidak haru jugalah akak,
ReplyDeleteItulah kan..risau anak yg dicutikan mcm mana pulak kesnya sb kita tak semestinya boleh cuti
DeleteMemang klu ikut majoriti ramai yg tak suka dicutikan kerana jerebu..oleh sbb yg AN nyatakan diatas...budak2 je la suka..
ReplyDeleteSp pun teruk jerubu..dua hari ni hujan ok sikit keadaaannya
hari ni tmpt saya dh nmpak sang suria..
ReplyDeletelega
kalau tidak kelabu asap j nengok tingkap
tidak semua suka kan bila kena sklh ganti nnti
smga dipermudahkan.