Mood ke laut

Assalamualaikum semua.

Apa kes ni? Minggu ni sungguh-sungguh terasa malas nak membawa diri ke sekolah. Haha.. kemain ya, kalahkan anak yang bersikap sebaliknya. Si Nazif minggu ni kemain bercerita setiap kali saya balik, alhamdulillah. Nampaknya dia seronok dan gembira berada di tempat baharu ni. Legalah saya tengok keadaan dia macam tu. Yang kurang lega sikit bila Naim pulak beriya nak masuk ke sekolah adik juga. Adoi, hampir setiap hari dia merayu nak sertai sekolah adik. Seronok katanya. Lagi-lagi semalam, adik ni balik-balik je menunjuk set Tamhid yang cikgunya bagi, si abang pulak, makinla bertambah cemburunya..

Kalau makin malas menulis, aci tak buat segmen penulis jemputan? Haha, kemain budjet retis ya, padahal berapa je pembaca blog ni.. hihu.. sekadar bebelan, abaikan je ye..

Okla, jumpa lagi. Nak sediakan bahan untuk masak bihun ni. Semalam saya goreng bihun taucu pedas. Sedap di tekak saya, itu yang nak ulang masak lagi untuk jadikan bekal ke sekolah hari ni. Saya je kot yang rasa bihun semalam sedap, Papa N dan anak-anak mengeluh pedas. Habisnya, saya buat kuew teow kicap untuk anak-anak sambil Papa N makan sambil minum banyak air. Pedas sangat ke? Entah, di tekak saya macam rasa biasa-biasa je.

Comments

  1. Mee Hoon bertaucu mmg sedap Aisy..
    Tp taucu I dlm peti ais tengok2 dah expired plak. Kat sini taucu mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai..dah buat orang jauh teringin makan taucu lak.. haha..

      Delete
  2. Papa N ni macamlah tak biasa isteri masak pedas. Dah berapa lama kahwin? Hahaha...

    HD dulu pun tak makan pedas sebab yalah asal usul pun tak makan yang pedas-pedaskan tapi tengoklah apa isteri mithalinya buat. Sekarang ni kalau tak pedas, HD yang komplen dulu!

    Sayakan kalau makan bihun goreng mesti letak sambal tumis. Kalau tak pedas memang tak sedaplah di tekak. Ni bila terbaca kuey teow kicap tetiba aje terliur pulak, AN....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. ngada2 kan.. kalau masak taucu ikan kalau xpedas dia komplen... yg semalam tu kemain sama dgn anak2 pula tak tahan pedasnya..

      Haha.. yang kuew teow tu sebab rencahnya bawang dan kicap je.. huuu..tu namanya kicap..

      Delete
  3. Sy naik sekolah nanti pls buat bihun taucu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. apa gitu.. orang yg cuti lama la yg kena masak utk kawan2 yg tak cuti ni..

      Delete
  4. Hahahaha... tak sabar nak lihat anak sendiri masuk sekolah pastu buatkan bekal hahahahah :D

    ReplyDelete
  5. AN ....dulu masa okje keje, hari hari malas....hihi Tengoklah betapa teruknya perangai kan haha.....
    La ni kalau mak malas jugak....mmg nak kena humban dgn Pak Jilaplah agaknya ....

    Biasalah tu.... ada masa kita rasa badan mmg penat sangat sampai tak larat nak buat keje.....
    Kenapa tak sekalikan Taska Nazef dgn abangnya AN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naim tadikanya memang belajat betul, Okje.. sesuaila naim 5 tahun.. adiknya ni saya masukkan ke playschool dengan konsep al baghdadi.. jadi kami fikir sesuai la utk nazif baru 3 tahun lebih.. sian dia kalau belajar betul2 sejak usia 3 tahun.. sekolah ni banyak buat aktiviti sekurang2nya. Dan yg sukanya sb ajar baca al quran 50% masanya..

      Delete
  6. Kehkehkeh...terbakar naim dgr citer adik die ye...tp gitu laaa aisy...budak2 ni kalo cikgu pandai tackle budak mmg budak hepi....

    Bihun peberey dayyan tu aisy...sebulan mmg kene stanby 4 pack stok...bihun goreng kicap bodo2 pun laju die makan hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, banyak juga korang makan bihun.. kami beli sekali sekala kalau teringin je..

      Delete
  7. akak pun tak tahan pedas..tp anak2 biasa ja bila makan yg super pedas..

    ReplyDelete
  8. kalau mood malas menulis dtg, mmg apa pun tak bulehh haha
    menu bihun/kuetiow mmg simple tp sedapp aje di tekak, especially kalau agak2 x selera nak lyn nasi. hehe

    ReplyDelete
  9. Masan,mee bihun @kuey teow akak memang x lepas, selalu tak menjadi...jadi jarang la masak benda2 tu...
    kalau pedas memanglah akak suka.

    Hai abg naim jeles dengan nazif ye,mesti seronok nazif cerita tu buat naim jeles kan..ye la usia mcm nazif tu sesuai la hantar playschool mcm tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah taste kita kak.. suka makan pedas..

      Tulah, rasa sian juga ke naim, tahun depan nak masuk tadika tu lagi utk tahun ke 3.. tu yg kami fikir nazif ni htr ke playschool dulu.. lewat sikit masuk tadika.. lagipun kat playschool ni ajar juga abc dan mengira sedikit.. asalkan anak seronok dan berkawan tu okla kan..

      Delete
  10. Ehh papa N tak makan pedas ke..klu sy ngan en suami memang sy yg tak tahan pedas..apa ada hal janji tekak tukang masak rasa sedap sudah.hehe..

    Ehh AN masak byk ke bawak bekal jamu cikgu2 kt sekolah tu.hehe

    ReplyDelete
  11. tak tahan pedas juga. hehee.. cemburu dgn adik lg. hehe
    lama xsinggah sini

    ReplyDelete
  12. semoga mendapat keputusan yg cemerlang

    ReplyDelete
  13. ada aje nak baca blog ni.
    in shaa Allah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?