Cuti jugak disalahkan

Sebut pasal cuti, teringat pasal kisah Cuti dan Awang Sulung Merah Muda yang ada dalam teks komsas bahasa Melayu lama untuk tingkatan 1. Letih juga kalau mengajar tajuk ni, sebab prosa tradisional ni banyak elemen yang budak-budak cakap tak lojik. Contohnya Cuti ni ialah seorang tukang asah gigi kepada Awang Sulung Merha Muda. Cuti ni dibayar lumayan untuk mengasah gigi Awang Sulung dan Cuti rela dibunuh selepas selesai tugasnya. Budak-budak ni mempertikaikan kenapa Cuti ni namanya kelakar. Ada juga yang bertanya kenapa kena asah gigi? Seterusnya kenapa Cuti sanggup dibunuh dan kenapa keluarganya ambil harta upahan yang banyak tu? Macam-macamla persoalannya. Dah namanya prosa tradisional kan, mestilah ada banyak elemen yang pelik sebab kisahnya tiada penulis, diturunkan dari mulut orang-orang lama.

*** teks yang dimaksudkan ni dalam buku lama ya, kalau anak-anak 13 tahun di Selangor sekarang dah mula guna buku teks yang baharu.

Satu lagi kes berkaitan cuti ialah si comel saya ni. 
Kes si Ahmad Nazif kami ni, yang sejak cuti seminggu ni kemain menjadi-jadi perangai suka mengamuknya. Resah betul melayan masa dia mula mengamuk tu. Memang rasa boleh hilang sabar. Papanya senang je cakap, " ni sebab cuti lama sangat ni, dah lama dia berkepit je dengan mama, itu yang mengada-ngada sangat tu". 

Tapi kalau dibawa keluar oleh pak ciknya, dengan sepupu-sepupu bermain, elok aje moodnya. Betulkah teori Papa N ni? Cuti juga yang salah. Alahai..

Comments

  1. Cuti memang nak kena salahkan pun..
    Angkara cutilah ramai teman2 blogger
    tak update belog 2,3 hari ni (termasuk la Aisy).. dah la I tgh bosan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. ni macam memang nak kena si cuti ni ya? Semua salah dia

      Delete
  2. Kesian si cuti.. hehe..
    Cuti jugak yg dipersalahkan..
    Sesekali nk kepit dgn mama..xkan blh jd ngada2 kot..hihi..
    Rasanya sbb cuti nk abis, dia buat perangai la tu..
    Haha..cuti juga yg kene..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. kan betul ni semua salah si cuti ye.. mmg tak patut cuti agaknya.. hihi

      Delete
  3. Adoi, kalau saya pun pelik bila ada orang nama CUTI... berkali kali baca baru boleh faham.... Tu belum baca teks penuh lagi.... Dah lama tak baca prosa tradisional ni..

    Macam betul juga teori papa N tu... janji cuti yg salah, bukan mama yg salah sbb terlebih manjakan anak.... hehheehe, lagi pun masa cuti lah anak2 dapat perhatian lebih sikit...

    ReplyDelete
  4. Adoii tu la kan prosa tradisional la klu sy pun mestj nak persoalkan..nama cuti lawak gila kot.hahaha

    Mungkin ada betulnya teori papa N..cuti jugak disalahkan.huhu

    ReplyDelete
  5. Yelh cuti lma sgt pun masaalah juga...
    Kerja bertmbh...penat melayan kerenah...
    Setuju dgn somi aish tu..

    ReplyDelete
  6. Salam AN

    Biasalah ank2. Kalau dgn org lain memang mereka jarang buat perangai. Dgn kita dia nk manja lebih

    ReplyDelete
  7. kesian kat cuti...
    tak cuti salah...cuti lama pun disalahkan ...

    ReplyDelete
  8. Cuti pun salah...hehehe..
    memang kalu teks lama2 ni nak kena hadam betul2 baru faham.. hehe

    ReplyDelete
  9. Eh, memang peliklah nama 'Cuti'! Kalau pun cerita tu nak disebarkan dari mulut ke mulut, berilah nama best sikit :)

    Saya ni kalau cuti memang malas nak buat apa-apa. Rasa macam nak balas dendam aje buat apa yang tak dapat buat masa hari-hari bekerja!

    Kenapa Nazim mengamuk ni? Memanglah salah mamanya bercuti lama sangat duduk di rumah... dia nak bermanja lebih tu, minta dipujuk selalu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahla.. dah mula sekolah ni kembali ok sik nazif ni.. legala hati mama.. mmg tak dapat dikenal pasti sebab dia mengamuk masa cuti aritu.. pelik sungguh..

      Delete
  10. cuti pon cuti lah, walaupon nampak pelik

    myb betul juga teori papa N

    pppstt: akak selalu ke ke jj au2 tu ?
    bukan ke akak ddk di bsp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. takla selalu.. tempat ni dekat dgn rumah kakak2 dan rumah MIL.. jd sekali sekala singgah

      Delete
  11. Nasib masa tingkatan 1 yang berpuluh tahun dulu tak de subjek Komsas haha..... Kalau tidak harus fail agaknya....
    Cikgu dah tentu kena baca sampai habis dulu ek....barulah boleh ngajo.... Pergh!!! Persoalannya sempat ke baca cikgu?

    Budak budak sekarang ke dulu rupanya sama jer perangainya yer AN....kalau mak pak cuti lama mesti ngengadanya makin menjadi jadi....hihi ...syok tau duduk rumah sendiri, boleh manja lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kena baca..sempat je OKje.. saya ni selalu baca semasa dalam kelas. haha terror tak? masa seminggu pertama ajar tu saya baca dengan murid-murid. kelas ssterusnya saya jeling-jeling je sebab dah ingat..

      Delete
  12. rasa nyer ada betul nyer tu.
    mcm ijat jugak, seminggu ibu nyer cuti, ya Allah manja nyer berbakul2.
    x bleh berenggang langsung...

    ReplyDelete
  13. tak pasti pula akak.. kalau jumpa geng2 bermain mcm ni sure tak mengamuk kot

    ReplyDelete
  14. akak dulu ambil sastera...pernah belajar pasal awang sulung merah muda ni

    biasalah anak-anakkan sesekali berubah perangai

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1