Projek anak beranak

Dah bermula minggu yang sibuk. Tapi walaupun sibuk tetap bersemangat. Yang semangat tu sebab berniaga. Semangat betul mama Naim Nazif menjual makanan sempena Food Fair sekolah. Haha, terpaksa bersemangat sebab pihak sekolah mensasarkan setiap kelas capai jualan sekurang-kurangnya Rm1000. Jadi nak tak nak kenalah buat sesuatu yang boleh dijual. Semalam punya projek, anak beranak menyediakan agar-agar rambutan. 

Masa ni adik tak ada, seronok si abang menolong mama mengisikan potongan rambutan ke dalam bekas yang ada. Budak ikut arahan, mama kata masukkan dua potong, semua pun dia masukkan dua je tak kira kecil ke besar. Kalau tegur, mama yang kena balik sebab bagitahu dua awalnya. Haha.. apa pun tangan dah dibersihkan, sebelum buat baca doa, ai pasti sedap agar-agar kita ni kan bang. 

Tukang kira juga. Ha..nampak kan bersemangatnya. Masa nak kira tu Naim siap berdiri atas kerusi lagi sebab nak kira betul-betul. 

Bila adik dah balik, apa lagi, dia pun tak lepaskan peluang nak tolong mama. Dia yang tolong susunkan bekas agar-agar tu. 

Selesai satu tugasan dan pada masa yang sama anak-anak seronok menolong. Naim bayangkan mama akan menjual macam Mail (upin ipin). Seronoknya dia sampai menangis semalam kerana tak diizinkan datang ke sekolah mama untuk sama-sama menjual agar-agar ni. Lain kalilah ya abang jadi Mail...

Comments

  1. Seronoknya buat agar2.. sambil buat sambil ngap ni... hihi

    ReplyDelete
  2. Seronok juga sesekali buat projek anak beranak mcm ni kan.. semoga mencapai sasaran jualan rm1000 ye :) good luck..
    mesti comel kalau jual macam mail.. hihi 2 singgit :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tukar produk ...agar2 tak laku snagat..

      Delete
  3. seronok je ada pembantu, bagus tak sepah2 kan ye... kalau si kecil sy pun suka membantu tapi bantu sepahkan.. hihihi mayb dieorg kecik lagi.

    ReplyDelete
  4. Alahai kesian pulak dah puas jadi pembantu tak dpt nak meneruskan misi menjadi 'mail'. Kalau tak bolehlah kata seringgit-seringgit. Kan best tu:)

    Berapa Aisy jual satu bekas tu? Nak sasar target RM1000/- utk sekolah rendah agak-agak boleh tercapai tak? Hari-hari kena fikir nak jual apa pulak lepas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. saya jual 50sen 1.. xboleh capai target kalau jual ni je.. sebelum ni saya jual kerepek ubi..boleh la juga untungnya.. agar2 ni lagi satu budak2 sini tak gemar sangat.. kena jual makanan moden baru budak2 suka..

      Delete
  5. Semangat cikgu..bagus2!Jual gapo lg selain agar2?in shaaAllah moga mencapai target.Tahun ni satu2nya tahun i tak menjual yea.rest la kita..thn dpn la klu pnjang umur br start menjual blk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. produk utama setakat ni kerepek ubi masin dan kerepek ubi bbq.. agar2 tu baru sekali buat.. Baru sikit ni ...tak tahula capai target ke tak nati

      Delete
  6. seronoklah anak-anak dapat bantu mama ye..boleh dah akak bayangkan mama naimnazif ni jadi mail..dua singgi..dua singgit..hehehe

    macammana hasil jualan?memberangsangkan ke? mesti laku ni, tengok pun sedap

    ReplyDelete
  7. Nmpk sedap. Sy x pernah mkn lg agar2 rambutan. Laaaa siannye abg x dpt ikut berjual ye? Dia dh teruja sgt agaknya nk jd cam mail

    ReplyDelete
  8. Naim nak jual 2 seringgit ke? Nangis melalaklah mamanya nak capai target RM1000 nanti ^_^

    Bagus juga macam ni. Projek sekolah tapi anak-anak terlibat sama. Kira 2 in 1 punya projeklah. Yang penting mama dan anak-anak happy bekerjasama. Kalau dapat capai target lagilah happy. So apa keputusannya, AN? Habis terjual ke tidak... Budak-budak sekolah kalau tak beli agar-agar cikgu jual, potong aje markah exam nanti, AN.Hahaha....

    ReplyDelete
  9. bestnya
    buat sesama dgan anak anak kan. xtvt yg bagus juga. boleh dipraktikkan bila bila masa.
    agar2 rambutan mmg sedap..

    ReplyDelete
  10. Sedapnya!!! Rasa sejuk je tekak membaca

    ReplyDelete
  11. agar2 rambutan...jenuh nak kopek pastu potong plak tu
    so camne...capai KPI tak?

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?