Rambutan disebut durian

Ini si comel punya kes la ni. Opahnya datang ke rumah dengan bawa sebakul rambutan dan sedikit buat durian. Entah macam mana, si adik ni suka sangat makan buah rambutan tu. Berkali-kali minta nak makan, tapi bila minta tu dia sebut, "nak durian!".

Berkali-kali ajar sebut rambutan pun, akhirnya dia minta lagi , " bukakan durian,adik nak makan!".

Bangun tidur pukul 6 petang pun tak jadi mengamuk selepas tunjukkan buah rambutan. Kalau tak, sekali sekala dia tidur petang, bila bangun tu pasti jenuh nak kena pujuk. Dapat empat biji rambutan, elok.je moodnya. Dah kembali boleh berebut mainan dengan abangnya..selamat..

Comments

  1. kami setakat ni hari2 borong durian dan rambutan kat kedai... ore kelato kato tengah kemaruk.. hehhee, nasib baik durian skrang ni dah makin murah :)

    ReplyDelete
  2. rambutan memang kesukaan kanak2..durian pun durian la..janji dpt makan rambutan.lagipun tak jauh sangat pun sebutan..durian..rambutan..kan sama..kan dik!hehe..

    ReplyDelete
  3. sedap tu makan rambutan..sama dengan abg adam suka sangat makan buah rambutan

    ReplyDelete
  4. saya siap kene sorokkan rambutan, budak kalau dibagi banyak cepat kene batuk la..

    ReplyDelete
  5. SUKA benor dia makan rambutan ye...
    maybe sbb bulu2 tu dia tringat duri durian

    ReplyDelete
  6. Sama cam syafiq suka sgt rambutan. Aritu ayah dia beli pulasan pun dia suka jugak. Dkt 1/2 dia mkn sorang kot.

    Hihi durian ye sayang? Keliru lagi agaknya. Lama2 nanti dia ingatlah tu.

    ReplyDelete
  7. Macamana boleh dikatakan rambutan tu sebagai durian ya? Apa yang nampak serupa di mata si kecil ni.

    Suka rambutan rupanya. Nasib baik 4 biji pun dah boleh memuaskan hatinya. Dah boleh kembali ceria seperti sediakala. Kalau minta makan lebih dari itu, alahai...susah hati pulak nanti mamanya.

    Kami empat beranak pun memang suka rambutan tapi kalau nak makan, bibik nilah yang kena kopekkan siap-siap :)

    ReplyDelete
  8. mcm dayyan mase kecik2 laaa...sebut durian ajek hahaahahaah....

    anak lieya pun berhantu ni kalo jumpe rambutan...lagi2 rambutan gading tu.... kang raya tahun ni sekali dgn musim buah...mmg syok le pi beraya dok ngadap rambutan...lagi2 yg melayut2 kat pokok leh capai sendiri tu....berlemoih2 muke makan rambutan...adoiii...

    ReplyDelete
  9. suka rambutan ke durian ni..
    yg pntg buah buahan tempatan, kan :)

    ReplyDelete
  10. eh anak saya pun samalah cikgu AN
    dia sebut durian juga...hehe
    suka sangat makan rambutan ni

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1