Ibu bapa kena alert benda ni

Baru pagi tadi saya nampak benda ni di entry blog CH, hari ni terus dapat taklimat daripada guru disiplin tentang bahaya terbaharu yang berleluasa di kalangan remaja atau bukan remaja sekali pun. Di sekolah kami pun, dah beberapa kali murid ditangkap kerana menyimpan benda ni. Shisa stick, vape atau rokok elektronik atau apa saja namanya. alahai....Macam-macam jenis rupanya. 

Kalau tengok kat gambar di atas tu, ada jenis yang mahal dan jenis yang murah. Kalau tak ada ilmu, kita tak sangka yang jenis hitam tu pun sejenis shisa stick atau vape ni, siap ada butang dah macam bentuk pendrive. Yang jenis hitam ni katanya harga lebih RM 200. Manakala yang jenis lagi satu tu, yang silver kuning tu berharga dalam RM80. Budak-budak ni beli macam mana ya? Risau bila fikirkan.. takkan mak ayah yang bagi duit bila anak mereka minta? Tak lojik.


Yang dua botol kecil yang nampak macam botol pewangi tu, ialah perisa bagi vape atau shisa stick ni. Ini pun kalau tak didedahkan atau tak diberitahu mungkin kita tak perasan akan benda yang bahaya ni. 

Comments

  1. Yelhkn...
    halus btul kerja2 diorg..
    makin melarat ...

    p/s nti knor cmfrm psl kek tu ye..nk tgok en somi bleh delever ker..tak.!
    Knor tk ingat jln..hihi..

    ReplyDelete
  2. kan, mcm mcm skrg ni
    bahaya betul la
    mudah pula dijual

    ReplyDelete
  3. sekarang ni benda ni dah macam virus tau
    saya sendiri ngeri membaca benda gini
    zaman saya jadi pengawas sekolah dulu, biasa jumpa rokok aje
    sekarang jumpa vape plak ye

    ReplyDelete
  4. risau! dalam wasap group pun ada. sekolah rendah pula tu!

    ReplyDelete
  5. Nauzubillahiminzalik..
    Mohon jauhkan bujang2 kita dari berkenan
    dgn benda2 ni... Aisy.

    ReplyDelete
  6. Benda ni mmg tgh viral sekarang .....Takutkan kalau anak anak kita tak kuat jati dirinya. Mesti cepatv terpengaruh

    ReplyDelete
  7. Eh mahal juga rupanya ye AN. Ingatkan murah je sbb ank LM kata kwn dia ada isap bawa kat sek. Haish baru 12 thn dah kemain isap benda camni.

    ReplyDelete
  8. mcm2 skarang.. y pompuan pon sama naik..
    mujur husb lya mmg x layan sedut2 asap ni

    ReplyDelete
  9. macam2 sekarang...risau juga dibuatnya

    ReplyDelete
  10. Duit tabunglah tu dikebaknya...

    Bahaya sungguhlah zaman sekarang ni. Influence sekeliling bukan main banyak. Nak kita kawal anak-anak ketat-ketat, nanti mengamuk pulak dah besar panjang pun kena kawal. Tak dikawal jadi macam ini pulak. Saya pernah tengok satu rancangan ni pasal bahaya FB. Mereka buat budak 12,13,14 tahun pergi jumpa stranger yang mereka chat di FB dan masa itulah makpak yang berpakat, sergah anak-anak. Menangis meraung kat situ juga minta maaf dengan makpak....

    ReplyDelete
  11. aduhai...
    mcm ni pun boleh jadik ekk.
    nape la terjadi... risau betul aida dgn peredaran zaman ni.
    kena pantau anak2 seketat-ketatnyer...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1