Diari ramadan : Puasa Abang Naim

Kena catat dalam blog ni, boleh anggap penting juga tarikh 9 Ramadan 1436 H, bersamaan 26 Jun 2015. Hari ni anakanda sulung saya hampir puasa penuh dengan kehendak dia sendiri.

Pagi tadi masa saya nak suapkan bijirin dengan susu macam biasa, Naim menggeleng tak nak. Risau juga mulanya. Sebab cikgunya dah bagitahu masa bulan Ramadan ni tiada sarapan disediakan untuk murid 5 tahun sebab diorang nak didik murid belajar berpuasa sekurang-kurangnya untuk 4 jam. Itupun jika murid boleh tahan sehingga pukul 12 tengah hari, kalau tak masih ada makanan akan diberikan kepada murid yang tak berpuasa.

Hari ni saya tak sangka Naim nak berpuasa. Masa saya ambil Naim di tadikanya tadi, cikgunya bagitahu yang Naim baru sahaja buka puasa pada jam 5.30 petang. Itu pun minum sedikit air je. Berkali-kali cikgunya tanya dan tawarkan dia makanan, tapi Naim asyik cakap yang dia puasa, tak nak makan. Terkejut saya! Dengan tak bersahur atau tak makan pagi tahan dia puasa sehingga 5.30 petang! Itu pun agaknya sebab dahaga masa sedang bermain di taman mainan sementara menunggu mama datang ambil dia.

Bangganya mama dengan Naim. Tiada yang paksa, dia sendiri yang nak belajar tahan lapar dan dahaga. Boleh pula dia main dengan riang dari pukul 5 kat taman mainan mini yang ada di sekolahnya.

Agaknya berapa hari lagi dapat Naim puasa macam ni atau penuh? Nanti akhir Ramadan nanti saya update lagi ya. Apa pun, usia Naim macam ni kami taklah mengharapkan Naim dapat puasa sepenuhnya. Sebelum ni dia tahan 4 jam pun dah kami rasa syukur. Yang penting dia nak belajar dan faham apa yang diamalkan oleh mama dan papa. 

Comments

  1. Tahniah Naim..
    Percubaan yg baik..
    tp jgn lupa baca niat posa.

    ReplyDelete
  2. good job naim..tahan ye dia posa smp petang..Aiman dulu paling kuat balik tadika buka posa.skang ni pun pantang kita bg green light kata bole buka...laju je.hehe...nk minta ank tahan lapar dahaga utk anak baya Aiman tu tak berapa susah..nk didik tentang kewajipan puasa dan kelebihannya tu Bukan senang...

    ReplyDelete
  3. Bagus cikgu2 sekolah yg galakkan anak2 seusia naim berpuasa.. Walau Danish seusia Naim,tapi danish masih tak faham sgt pasal puasa... hehehe, yg paling kelakar dia cuma puasa "makan kat dapur"... Tapi makan kat tempat lain boleh pulak... Saya layankan aje.. hahaha... Harapnya dia lebih faham pasal puasa bila balik M'sia nanti...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, ada semangat dia nak berpuasa yer..


    blogwalking sini..

    BLOGAHBAR

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...percubaan yang baik, abg adam pun belum berpuasa lagi, cuma bila hari sekolah memang dia berpuasa, tetapi di taska dia makan, cuma hari pertama puasa dia berpuasa hingga pukul 5, balik rumah muka monyok sebab dahaga terus minta air...haishhh

    ReplyDelete
  6. anak saya afif pun dah masuk 7 tahun baru beberapa hari posa penuh
    tapi ustaz kata posa ni tak payah beria sangat sebab nanti diorang paham sendiri
    galakkan sembahyang

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.pelan pelan kan.
    ni pon dh bguih sangat sebb ats kehendak empunya badan sndiri..

    ps:akak, rania cukup makan, alhamdulillah. ok la dia. kalau lapar time tu juga dia meronta. cuma nampak la rania x bebas naik bas sebab x blh nak bergerak bebas. dah nak dpt kaki.itu yg x blh ddk dendiam mcm baby dulu. hihihi

    ReplyDelete
  8. Tahniah naim...arap2 Psni dpt pose penuh lak..

    ReplyDelete
  9. Tahniah, Naim. Tak suruh pun keinginan nak berpuasa tu datang sendirikan. Baguslah kalau macam tu. Anak saya pun belum dapat puasa penuh lagi. Masih ada lompongnya!

    ReplyDelete
  10. Tahniah Naim....tak per sikit sikit lama lama jadi bukit. Eh? kena mengena ke ni? hihi...Tak per nanti tambah lagi jam sampai pukul 6 ek. Mama dah bangga tu Naim!

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah :)
    yg penting dia nak mencuba...

    ReplyDelete
  12. bagusnya naim.. dh start puasa walaupun puasa yang yok. ehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?