Diari ramadan : Puasa Abang Naim
Kena catat dalam blog ni, boleh anggap penting juga tarikh 9 Ramadan 1436 H, bersamaan 26 Jun 2015. Hari ni anakanda sulung saya hampir puasa penuh dengan kehendak dia sendiri. Pagi tadi masa saya nak suapkan bijirin dengan susu macam biasa, Naim menggeleng tak nak. Risau juga mulanya. Sebab cikgunya dah bagitahu masa bulan Ramadan ni tiada sarapan disediakan untuk murid 5 tahun sebab diorang nak didik murid belajar berpuasa sekurang-kurangnya untuk 4 jam. Itupun jika murid boleh tahan sehingga pukul 12 tengah hari, kalau tak masih ada makanan akan diberikan kepada murid yang tak berpuasa. Hari ni saya tak sangka Naim nak berpuasa. Masa saya ambil Naim di tadikanya tadi, cikgunya bagitahu yang Naim baru sahaja buka puasa pada jam 5.30 petang. Itu pun minum sedikit air je. Berkali-kali cikgunya tanya dan tawarkan dia makanan, tapi Naim asyik cakap yang dia puasa, tak nak makan. Terkejut saya! Dengan tak bersahur atau tak makan pagi tahan dia puasa sehingga 5.30 petang! Itu pun agaknya...