Hidup perlukan pengorbanan

Bercakap tentang pengorbanan ni, besar dan luas pengertiannya. kan?

Dua hari pertama sekolah, setiap kali perhimpunan sebelum masuk ke kelas, murid-murid diingatkan tentang amalan sepatutnya di bulan puasa nanti.
Walaupun dah sekolah menengah, mesti ingatkan supaya tak terjadi kes-kes yang tak diingini nanti.
Yang muslim diingatkan supaya buat apa yang sepatutnya.
Yang bukan muslim pula diingatkan supaya tak melakukan apa yang tak sepatutnya di hadapan rakan yang berpuasa.
Anak-anak yang tak berpuasa ni, ada juga yang bertanya macam mana orang Islam boleh bertahan puasa lama....
Sambil senyum, menerangkan dan menjelaskan seringkas dan moga mereka akan sedikit memahami.

Pengorbanan
Keimanan
Keyakinan pada balasan Allah

Sempena bulan mulia ni, saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan pembaca blog ni.. alhamdulillah bertemu lagi kita dengan Ramadan yang penuh berkah ini, insyaAllah, moga Ramadhan kali ni membawa lebih keberkatan dan mengukuhkan keimanan kita semua kepada Allah.

Kalaulah semudah transformers ni, bertukar kepada apa yang lain demi memenuhi keperluan....

Anak-anak mama kena faham juga kenapa kena balik lambat dan bukan mama yang jaga macam dalam cuti lagi. Dah 3 hari masih lagi Naim merengek nak minta mama yang jaga dia. Paling tidak dia minta mama ambil dia awal, jangan ambil lewat sangat ... moga anak-anak memahami nanti. Pengorbanan juga demi kehidupan yang lebih bermakna...


Comments

  1. salam Ramadhan sis...
    insyaAllah sama2 belajar erti pengorbanan..seterusnya moga anak2 turut tahu erti pengorbanan yg sebenar...

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa dari akak...semoga amalan kita diterima..

    ReplyDelete
  3. dugaan bt anak2 yg rajin berpuasa...
    klu dah biasa tak ada apalah aisyh...

    alhamdulillah

    Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan Kareem.

    ReplyDelete
  4. Itulah hebatnya umat Islam mampu bertahan seharian tanpa makan/minum. Sayangnya masih ada yg tidak tahu erti pengorbanan yg perlu dibuat demi mendapat keindahan yg tak tertanding. Lainlah macam dua hero Aisy tu yg masih mentah..

    Selamat beramal di bulan ramadhan dari kakak.

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan juga dr akak..moga ramadhan ini membawa bersamanya keberkatan buat kita...

    macam tu jugak dengan akak..berharap suatu hari nanti mereka faham,pengorbanan yang perlu dilakukan dalam hidup ini, pengorbanan seorang ibu macam kita ni...antara kerjaya dan anak-anak

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadhan, AN *_*

    Soalan paling gelihati bagi saya bila kita berpuasa ni bila mana ada seorang bos dok tanya saya~bayi pun kena puasa juga ke?

    Oh, ho.... nak gelak tak sampai hati sebab memang sah-sahlah mereka as non muslims, tak tahukan. Permudahkan ajelah jawapannya!

    Dalam hidup memang banyak pengorbanan yang kita perlu buat. Kalau diikutkan hati, semua pun kita nak tapi hakikatnya memang tak semua pun kita boleh dapat. Kalau ada pun, memang betul-betul beruntunglah insan tersebutkan...

    ReplyDelete
  7. Esok dh start pose salam ramadhan....;-)

    ReplyDelete
  8. zahin pun..hr ni nk pergi sekolah baby..tak nak sek dia.semalam plok zaim ajak g sekolah dia.maybe cuti lama hr tu umi anta kt sek baby..hehe..lambatnya zaim nk 4 thn .klu tak senang blh sekolah sekali..tak cekak bayar ot la klu gini..:)dah jd kamceng dua tu

    ReplyDelete
  9. Cuti sekolah lama... Kita ni pun, dapat cuti empat hari pun rasa macam letihnyaaaaaaaa nak g kerja. Ini kan pula dua minggu. Dalam hidup, banyak kita korbankan. Hendak kan a, terpaksa korbankan b. Kita memilih mana yang lebih baik.

    Selamat berpuasa an. Tgh masak nasi ni... Sempat menjenguk ke sini. Eheheh

    ReplyDelete
  10. mudah mudahan
    selamat berpuasa buat akak sekeluarga
    saya minta maaf ye andai terkasar bahasa sms berblog dan mengenali akak di alam maya

    ReplyDelete
  11. Salam Ramadhan Aisy dan Selamat berpuasa..
    Semoga diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa dan juga ibadah sunat yg lain..

    Anak2 ni tak faham.. sbb dia kecik lagi..
    Nanti lama2 mereka faham la tu.. inshaaAllah.. sedikit pengorbanan yg kita buat, Allah akan gantikan dengan kegembiraan yg lain..

    ReplyDelete
  12. Salam ramadhan AN.

    Biasalah tu dh lama ngan mama mmg la dia merengek nk mama ada dgn dia. Hati ibu pun rasa xmo pisah gak dgn ank. Dah tugas nk buat camne kan..

    Dulu masa kerja ingat lg, sblm pkl 7 dah gerak. Anak demam nangis meraung2 tgk kita g kerja ummi pun nangis sama dlm kereta. Hati tinggal kat rumah badan je yg g kerja masa tu

    ReplyDelete
  13. salam Ramadhan dan selamat berpuasa AN..hidup memang perlukan pengorbanan..puasa pun satu bentuk pengorbanan menahan diri dari lapar dan dahaga..

    ReplyDelete
  14. Alahai anak...... masih menuntut janji lagi ke. Dah tersedap mamaada kat rumah tu. Maklumlah dah 2 minggu mama jaga. Betul AN....pengorbanan seorang ibu, pengorbanan seorang anak demi kelangsungan hidup.

    Selamat berpuasa AN....

    ReplyDelete
  15. memang kena berkorban dlm apa hal pun.

    salam ramadhan dari aida ye :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?