Menantu masak Kerabu Suhun

Al kisahnya, bila MIL datang, menu kami pun berubah ikut citarasa MIL dan PIL. Pagi-pagi lagi MIL ajak saya ke pasar tani nak beli bahan masak. Diambilnya ikan jenahak untuk buat asam pedas dan terung untuk buat pajeri terung. Maka menantu ni duk fikir apa lagi saya nak masak untuk regukan dengan menu MIL ni. Maka saya pun beli udang, hasilnya petang tadi saya buat kerabu suhun.

Masak orang berpuasa kan, agak-agak je  bahannya sebab tak boleh rasa. Alhamdulillah agak menjadi, walaupun pada pendapat saya lagi sedap kalau sedikit garam lagi saya letak. MIL dah cakap sedap je. Kalau ratah saja ok dah tapi dengan nasi lagi sedap lebih berperisa.

Rasanya sejak berpuasa ni, ini baru kali kedua saya masak resepi yang kena google. Huhu, maknanya menu yang 2 tahun sekali buat. Hari tu buat ayam lemon madu dan hari ni kerabu ni. Memang masak apa yang mudah-mudah je sebenarnya. Ok, dah alang-alang bergoogle bagai, meh tepek resepi gabungan yang saya buat tadi.

Bahan:
1. Suhun
2. Lobak merah dipotong halus
3. Udang
4. Bawang putih dihiris
5. Bawang merah
6. Daun ketumbar
7. Cili padi
8. Cili merah
9. Air limau kasturi
10. Serai
11. Kicap cair
12. Gula dan garam
13. Daun limau purut

Cara memasak.
1. Lembutkan suhu dengan air panas.
2. Tumis bawang putih dan bila dah kuning, masukkan udang dan carrot.
3. Sambil-sambil tu masukkan juga serai.
4. Dah layu benda-benda ni tutup api. Maka tambahkan kicap cair, air limau, garam dan gula.
5. Masukkan semua bahan yang lain. Kacau rata. Siap.!

Warna agak gelap sebab penggunaan kicap cair. Sepatutnya guna sos ikan tapi tak ada di rumah, maka saya ganti dengan kicap cair. 

P/s : kelegaan besar bila masalah cuti anak-anak tak sama dengan cuti mama. Rabu sebelum raya, diorang dihantar ke rumah Opah dan Rabu selepas raya, papa tambah cuti lagi sehari untuk menjaga The Ahmads. 

Comments

  1. haish akak kalau family in law nak datang rumah memang cemaslah, terus fikir apa nak masak? mesti nak masak yang best2..hehehe, kerabu suhun tu memang tak pernah buat...

    minggu ni pun kalau jadi family in law nak datang berbuka dengan ank,menantu dan cucu di rumah, maklumlah..anak menantu yang ini busy sangat nak balik kampung...hehehe terus terfikir apa nak masak untuk dorang nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mertua dtg rumah juga ye AN..samalah kita..menarik kerabu suhun ni..Boleh cuba nti klu ada Stok udang.Menantu ni kira oklah fikir juga menu lain untuk jamu mertua hasil air tangan sendiri...macam sy tak Kisah sgt...mak masak Menantu anak hantu tengok je tolong2 sikit.saja tak nak tunjuk skill.hahaha

      AN sebut pajeri terung..teringin pulak..sedapnya!

      Delete
    2. ehh kok komen direply..hentam sajalah labu.hahaha

      Delete
  2. wah kerabu suhun....sedapnye mkn ngan nasi panas...lagi2 lauk pajeri terung tu....peberet lieya tu....dpt pajeri terung, nasi panas2 ...ikan masin...cukup dah tu....mau bertambah2 lauk dibuatnyer......

    seronok gak pil dtg yeak aisy...rajin gak mil nak masak di dapur menantu heheheeheh..siap bersemangat nak gi pasar pagi2 tu....kalo lieya plak, mak mertua dtg, lieya laa pening pale pikior nak masak ape hahaahahaha...dah le die tak makan ayam bagai...mak sendiri senang sbb tau dah nak makan ape.....

    ReplyDelete
  3. kalau saya mau demam kalau diornag nak datang
    bukan apa, saya tak pandai masak
    MIL saya tukang masak hebat kat kampung
    lemah lutut kaki takut tak kena tekak dia
    tapi takat ni dia belum penah kata apa-apalah menantu dia punya masakan =)
    boleh assume okay la tu kot

    saya belum penah makan kerabu suhun ni

    ReplyDelete
  4. pajeri terung sedap. saya blajar mkn pajeri terung mil.org perak.mak saya pajeri rebung. hihihi

    tak pernah buat lagi kerabu suhun.menarik ni.kena cri stok udang..

    tenkiu akak..

    ReplyDelete
  5. Tak pernah buatlah kerabu suun ni, AN. Tapi macam sedap aje sebab ada udangkan :) Kalau saya buat saya pasti 'buang' mana patut dalam resepi supaya bersesuaian dengan citarasa saya. Bak cili padi tu boleh tabur baling banyak sikitlah kot :)

    ReplyDelete
  6. saya tak minat pajeri terung walau suka makan terung, berbanding anak sulung dan en. suami.

    ReplyDelete
  7. Wah...... nampak sedap kerabu Suun tu...Ni kira projek memikat mak mertualah yek hihi....
    Cantik dah regu lauk berbuka hari tu. Ohhh tetiba teringin pulak okje nak makan terung pajeri...

    ReplyDelete
  8. sedap nyer. aida x pernah buat lagi kerabu suun.
    nak buat la esok-esok.
    da tepu dah otak pikir pe nak masak :)

    ReplyDelete
  9. Tq AN sudi share resepi. Sy x pernah lg buat resepi ni. Kena masak juga rupanya. Ingat gaul2 je

    ReplyDelete
  10. pass la juga walaupun tak boleh rasa

    ReplyDelete
  11. bagusnya menantu.. hehe..
    lya lak, bukan memasak utk mertua..mertua lak memasak utk lya.. hehe..
    apa2 pon nmpk sedap sgt kerabu tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1