Cuti sekolah kami @ Krabi
Assalamualaikum semua..
Mula-mula saya terfikir nak tulis ke tidak entry pasal ke Krabi ni. Gambar tak banyak. Malas menulis pun satu hal lagi. Satu percutian yang memang buat minit-minit akhir. Fikir ke mana destinasi percutian ni dalam masa cuti sekolah bakal menjelma lagi 14 hari. Ditambah pula dengan sibuk dengan pelbagai kerja pada dua minggu akhir tu, saya memang mengiyakan saja apa perancangan Papa N kali ni. Otak saya masa tu memang tak sempat fikir pasal nak bercuti sebenarnya, dengan peperiksaan dan lain-lain hal memang kalut sangat.
Tapi bila dah sampai ke tempatnya, memang hilang semua stress kerja. Melihat air yang jernih membiru macam ni, rasa damai sungguh. Eh, ada ke istilah jernih membiru? Haha, tak kisahla ya. Gitulah lebih kurang nk jelaskan perasaan masa mula-mula tengok pemandangan yang lawa ni. Takjub sangat.
Tengok tu, ada masanya dapat tengok air yang berlainan warna. Memang jenis jakun kan, memang seronokla datang ke tempat macam ni. Yang gambar pertama dan kedua ni ialah pemandangan di sekitar Viking Cave. Kami ambil pakej melawat 7 pulau di sekitar Krabi ni. Nak memenuhi impian Papa N yang nak sangat ke Pulau Phi Phi. Saya pada mulanya, nak ambil pakej melawat 4 pulau je bila memikirkan bawa dua budak kecil ni. Tapi, bila buat perbandingan masa, kami dapati beza 1 jam sahaja antara dua pakej ni. Jadi, pada masa buat tempahan tu, kami ambillah pakej melawat 7 pulau. Belum pergi belumlah tahu ya, ambik, nak sangatkan.. apa yang ambik tu, kena baca sampai akhir entry ni tau....
Salah satu kawasan diberi masa untuk aktiviti snorkling..saya jamu mata tengok dari atas bot laju jelah. Cukup jernih airnya, suka budak berdua ni tengok ikan-ikan yang ada. Papa N la paling seronok, berenang ke sana ke sini sambil melambai-lambai kepada kami, cisss!!! Ok, kita tengok je gambar yang ada ya. Tunjuk je mana gambar yang saya rasa lawa, sebab saya memang tak ambil gambar banyak. Maklumla bila bawa budak-budak ni, lebih kepada jaga budak daripada nak bergambar.
Musim memang ramai betul orang kat kawasan Ao Nang dan Krabi. Mana-mana pun sesak. Nak tangkap gambar pun payah. Semua pakai sekeping dan dua keping je, ai, lagilah tak sesuai nak tunjuk kat dalam blog. Ini kat Maya Bay. Nampak macam tak ramai sangat, tapi kalau ambil gambar penuh memang tak nampak pantai, sesak dengan orang je.
Masa di Bamboo Island je tak ada orang sangat. Lapang sikit nak bergambar. Boleh la ambil gambar kat papan tanda buat jadi bukti pernah sampai sini.
Berjalan dengan anak-anak kecil ni ada baik dan ada buruknya. Kali ni, alhamdulillah dua Ahmad ni bagus sangat masa aktiviti jelajah pulau-pulau tu. Mujur jenis suka mandi dan suka main pasir, sukalah diorang dapat ke pantai je sepanjang hari. Cuma masa aktiviti snorkling tu sajalah, memang mencabar sebab kedua-dua anakanda ni beriya nak buat juga. Kenalah pujuk sambil melayan pening sebab kapal tak bergerak masa tu. Oo, kalau naik bot laju macam ni, agaknya kalau naik long tail agaknya boleh muntah saya ni.. jenis mudah mabuk laut, hihi...
Masa snorkling hari tu, minah-minat salleh yang sama dengan kami berbincang yang aktiviti macam tu (jelajah pulau) tak sesuai untuk kanak-kanak. Tambahnya lagi, patutnya tunggu anak besar sikit baru bawa sama. Diorang ni anggap saya tak faham bahasa diorang ke apa? Tapi saya selamba je, dah biasa situasi gitu. Masa ke Korea dulu pun, yang pergi dengan ahli keluarga pun kami dipsiko supaya tak bawa anak-anak. Jadi dengan sedih hati kami batalkan tiket diorang sebab memikirkan takut menyusahkan orang lain. Eh, tercerita kisah lama pulak.
Teruja diorang ni naik tuk tuk. Berkali-kali minta nak naik lagi. Lain kali kita pergi lagi ya..
Bila bawa anak, aktiviti lebih kepada masa dan minat anak. Asyik ke pantailah kita ya..Nikmat bermain. Yang ni masa main pasir kat tepi pantau Ao Nang. Yang abang tu menulis abjad di pasir tapi yang adiknya pulak tak ada motif, main bebas je...
Muka masa dalam perjalanan balik dari jelajah pulau. Suka naik lori. Apa tak sukanya, satu jam perjalanan balik ke pantai Ao Nang, si comel ni lena je. Mood baiklah jadinya. Sebelum terlupa, saya tunaikan janji nak bagitahu pasal apa saya cakap AMBIK TU tadi ya. Nasihat saya kalau kita bawa anak kecil macam ni, lagi sesuai sertai pakej 4 pulau. Masa beza sejam je, jadi dengan hanya empat tempat nak dituju, pasti lebih santai. Selepas beli pakej jelajah pulau ni baru saya terbaca di sebuah blog pasal beza 7 pulau dengan 4 pulau ni. Dan, berdasarkan pengalaman kami, memang agak tergesa-gesa bila nak ke banyak tempat dalam masa singkat. Kesian budak berdua ni, tak sempat main puas-puas lagi dah disuruh berkumpul untuk dibawa ke destinasi lain. Takpe, belajar daripada pengalaman ya.. kalau tak, tak tahu.
Datang Krabi mestilah ambil gambar kat batu berbentuk ketam ni ya.. Seluar pink gitu, haha.. dah tak ada seluar lain dah, jadi apa yang ada pakai jelah. Malas saya nak google, sesiapa yang tahu, agaknya Krabi ni diambil namanya sempena ketam ke? CRAB? Kemain lama kami tunggu nak ambil gambar kat sini tau. Masa kami sampai tu ada satu keluarga rakyat Malaysia tengah bergambar. Ramai, lebih 10 orang yang tengah bergambar tu. Jadi adegan bertukar-tukar kamera kecil kamera besar tu ambil masa sikit. Tak cukup dengan tu, bila dah habis gambar keluarga ada pulak sesi bergambar sorang, berpasangan dan bertiga pulak. Ai, tak tengok orang kat depan tengah tunggu ke? Saya berasap gitu jelah, diam-diam je. Tapi tiba-tiba datang satu keluarga Thailand terus duduk nak bergambar kat situ bila keluarga Malaysia tu nak beredar. Maka, orang yang dah lama tunggu pun mengamuklah. Haha, bukan saya tau! Yang naik angin tu seorang mak cik, orang putih yang datang sebelum saya. Dia tengking keluarga Thailand tu sambil bagitahu , "Why can't you wait? I have been waiting here for 15 minutes..". Dahla panas terik masa tu, siapa tak marah orang potong barisan kan? Tapi, agaknya perempuan Eropah ni benganh kena tunggu lama tadi. Itu pun satu hal? Napelah tak kongsi-kongsi je gambar, tak payah nak hulur banyak kamera sekali gus. Sian pulak orang Thailand tu kena marah, tapi dia sendiri pun salah juga.
Ha, nampaknya kenalah tamatkan kisah ni. Makin panjang entah apa yang saya tulis nanti. Cukuplah sampai di sini. Moga hari seterusnya akan jadi hari yang lebih baik buat kita semua. Dah habis masa bercuti, sekarang masa balik ke pangkal jalan..
sy tabik spring pd parents yg jalan2 makan angin bawak anak2..x kiralah mengembara ke ceruk mana pun :)
ReplyDeletesy sendiri, mmg jnis x reti nak tgglkan anak kalo pgi melancong..itu psl x merasa lg pgi honeymoon berdua walaupun dah berbelas tahun kawen hehe
cantik krabi ni..mudah2an ada rezki saya & anak2 pulak ke sana..amiin
amin... insyaAllah ya Syida.. kami pun terasa nk pergi lagi.
Deleteamin... insyaAllah ya Syida.. kami pun terasa nk pergi lagi.
Deletebestnya
ReplyDeletehari tu hampir pergi dgn mmber.mmndgkan dah ada isi terpaksa cancel.
apa la minah salleh tu sembang pon x usha kiri kanan dulu kan.tgk le sape jiran awak tu.hiks :)
ha.mmg kena bertabah kan tunggu turn.
nampk gayany nk slamat kena buat sistem giliran.
sy suka xtvt gini. hri tu tok hasrol ada bertanya nk ke mana smntara mnntisi cilik ni besar.. kena bertabah la dulu.
cik abe sy kurng berminat xtvt jenjalan gini.
hrp sy sorng je.hukhuk
lebih suka tenangkan fikiran dgn memancing..
lebih mendamaikan katanya..
akak kongsi la lagi..
pasal tiket, penginapan dsbnya..
pleaseeer..
haha, itu yang kami angkut je budak berdua ni. kalau nak tunggu besar semua lamalah lagi ya.. insyaAllah, kena perhati betul2 tak adalah masalah sangat berjalan bawa budak2 kecil..
Deletetengok ya bila akak ada masa nk rajinkan diri menulis pasal ni lagi..
Ello my dear friend. Akhirnyaaaaaa dpt jugak ke krabi ye. Best kan? LM berangan nk g lagi dgn kluarga kami je nnt.tp ayahnya nk ke phuket pulak.
ReplyDeleteHahaha nk gelak gak bila baca psl family siam tu. eh, tp dia phm ke apa orang puteh tu marah? Org siam ni ramai yg x reti ckp omputeh. Yg muda pun x reti speaking. Payah gak...
Kisah bawa ank kecik mmg la bahaya. Pulau mana pun camtu walau pun langkawi. Tapi dah alang2 smpi kita ambik gak risiko g jugak walau ank kecik
Ingat x LM cerita mengamuk sbb dorang nk g pulau LM x dpt ikut. Berjam2 saya nanges. Sakit hati betul masa tu. mujur ada long tail boat tawar harga best g jugak pulau dan janji tak bawa laju sbb kami satu family je. Long tail xde hentak2 sesuai lah utk ummi yg peknen dah besar perut ni. Tapi... Kalau org baru hamil jgn la ambik risiko. Bahaya...
Semangat saya baca komen LM yang panjang ni. Wah bestnya baca.. lupa saya nak masukkan ke dalam entry, saya memang mula terasa nk ke Krabi bila baca entry LM padahal sebelum tu banyak je orang lain tulis pasal Krabi ni.. best LM.. Papa N cakap nak repeat lagi ke Krabi.. tak puas pergi kejap..
DeleteOh yeke long tail tak hentak2? Lor kalau gitu patutnya kami amik yg long tail ler.. saya ni duk fikir bot laju lagi selamat dan tak ada risiko kena hempas dengan ombak sebab takut muntah..
Boat laju tu klu duk dpn lg bahaya. Nnt len kali jgn bw ank kecik duk dpn klu naik boat laju. Masa g tioman mak aii nk terbelit usua saya duk peluk syafiq. Duk tgh pun rasa kuat hentak2.
DeleteMeh g lagi. Sy pun x puas g aritu. Ops.. Gi berurut x? X puas tau baca entri awk.
Waaa memang best tempat ni Aisy. Selalu nampak kwan2 FB pegi... kami je blom sampai lagi.
ReplyDeleteai, orang dah biasa pergi jauh2 mana nak layan setakat krabi je kan?? hihi
Deletewah jauh berjalan..cantiknya krabi..cantik sangat.
ReplyDeletepercutian budget je ni, kami biasalah mana yang sempat je...
Deletebagi yg sukakan keindahan pantai mmg krabi pilihan tepat..mmg AN,klu tak pergi mana nk tahu n nak dpt pengalamannya..takpa next time amik pakej 4pulau pulak..seronok bercuti ni bila tgok anak2 happy..sy pun klu pergi mana mmg takkan tinggalkan anak,so mmg takda isti
ReplyDeleteah honeymoon,family vacation je la..huhu
ha itulah kan, tengok gaya Ahmad berdua ni ok je, sikit2 tu biasalah kan, kalau kat rumah pun ada masanya nak buat hal.. jadi, pendek kata bolehla bawak diorang sama..
DeleteSesekali hilangkn tekanan beban kerja mmg best sgguh nikmat tk terkiralh..
ReplyDeletepilihan yg tpt tu...mmg krabi tmpt cntik lgi indah...
Alhamdulillah..seronoknya dapat jalan2 bawa anak2, kalau akak pun pergi berjalan mesti tak noleh tinggalkan anak2..kalau boleh setiap percutian memang kena ada anak2 lah..
ReplyDeletememang cantiklah krabi ni..
waaah best sesangat percutian sebegini AN.
ReplyDeletesiap bergambar ngan encik crab lg tu!hehe..
alhamdulillah...
ReplyDeleteaida da sampai takat hatyai aje hi hi hi...
wah!! cikgu AN dah sampai krabi!
ReplyDeletesaya bermimpi aje nak ke situ. hehe
kenapa tak share info pakej or apa-apa info lain
manalah tahu ada orang nak search, boleh tarik trafik bloh =)
anyway saya suka sangat gambar yang cikgu AN snap
cantik sungguh pada mata saya!
cam nak pergi juga dibuatnya. entah bila dapat pergi
buat masa sekarang, tengok ajelah gambar yang dilampirkan
boleh juga relax mata ni =)
Bestnya jalan-jalan Krabi..
ReplyDeleteSalah satu destinasi percutian kami...
Ala, biarkan orang dgn pendapat masing2...
Saya ni pun jenis tak boleh tinggalkan anak2 bila bercuti...
Kena angkut semua sekali baru la rasa nikmatnya bercuti bersama keluarga...
Biar mereka belajar "obey and behave"...
Ha setuju.. bila dah biasa berjalan jauh2 anak2 pun pandai behave.. insya Allah doakan gitu seterusnya..
DeleteEh? Hilang mak punya komen? Nyampah sungguh....ni gara gara nak zoom org pakai seluar pinklah ni hihi....tetiba kena daulat terus hilang komen....huhu....
ReplyDeleteOkje mmg tak pernah lagi sampai luar peta Malaysia AN...ni bini CEO company mana agaknya ? Hihi... Tengoklah nanti mana tau dapat cabutan bertuah, dpt pakej percutian ke Krabi masa tulah nampaknya okje pergi.
Yelah dah orang tu yg beriya nak pergi kan haruslah kita setuju jer. Banyak bunyi kang, cancel rugi pulak...
Nazef ni muka awaklah AN.....si Naim muka papa....rasa okjelah....
Omputihkan suka beraktiviti tu yg mereka tak prefer bawak budak tu. Kita pulak lain....janji anak hepi...
Bestnya.. Dah sampai krabi ye! Elok Aisy bwk anak2, kalau diorg dah biasa dibawa travel, insyaallah.. Takde mslh. Husband sy jenis suka melayan, nak ke mana2 pun dia bwak empat2 anak sekali walaupun saya tak ikut. Biasanya org mmg peliklah tgk lelaki bwk budak kecil pergi.psr mlm or beli brg... So.. Kalau vacation, mmg wajiblah dia bwk anak2 sama.
ReplyDeleteSeronok p jalan. Hubby pun Dr dulu dok ajak p krabi. Sya bukan jenis suka berjalan, buat x heran heran je la.lg pun hubby sibuk. Mujur 2 minggu lg dpt cuti, tp p Bangkok je. Kebetulan abg ipar dari UK balik. Singgah sama.harap best jugalah walau x de pantai..takut bosan je.
ReplyDeleteSaya kalau ke mana-mana memang tak boleh nak tinggalkan anak-anak. Rasa tak senang je hati berjalan-jalan tanpa anak-anak. Rasa kesia pun ya juga. Makanya saya pilih yang sesuai ikut usia merekalah.
ReplyDeleteWah, AN...tuptup tulis entri dah sampai Krabi! Memang tau. Itu yang banyak diam daripada bercakap dalam blog sekarang ni ya *_*
oo..dah sampai juga..nice place.. cantik, santai..keindahan anugerah Allah
ReplyDelete