Posts

Showing posts with the label Thailand

Cuti sekolah kami @ Krabi

Image
Assalamualaikum semua.. Mula-mula saya terfikir nak tulis ke tidak entry pasal ke Krabi ni. Gambar tak banyak. Malas menulis pun satu hal lagi.  Satu percutian yang memang buat minit-minit akhir. Fikir ke mana destinasi percutian ni dalam masa cuti sekolah bakal menjelma lagi 14 hari. Ditambah pula dengan sibuk dengan pelbagai kerja pada dua minggu akhir tu, saya memang mengiyakan saja apa perancangan Papa N kali ni. Otak saya masa tu memang tak sempat fikir pasal nak bercuti sebenarnya, dengan peperiksaan dan lain-lain hal memang kalut sangat.  Tapi bila dah sampai ke tempatnya, memang hilang semua stress kerja. Melihat air yang jernih membiru macam ni, rasa damai sungguh. Eh, ada ke istilah jernih membiru? Haha, tak kisahla ya. Gitulah lebih kurang nk jelaskan perasaan masa mula-mula tengok pemandangan yang lawa ni. Takjub sangat. Tengok tu, ada masanya dapat tengok air yang berlainan warna. Memang jenis jakun kan, memang seronokla datang ke tempat maca...