Naim is five years old today!
22 Mac 2015.....
Semalam kami makan kat luar untuk meraikan hari jadi Naim. Kebetulan ada hal, jadi teruskan ke restoran untuk meraikan hari jadi Naim. Lawa kan hiasan dalaman restoran ni? Siap sediakan buku untuk dibaca oleh pelanggan. Kami makan ni di Restoran The Foodies Cafe di Putra Heights.
Tak adalah makan besar pun. Saja nak lain sikit dari hari biasa. Ini pun dah kira alhamdulillah, syukur sangat atas apa yang ada. Kat bawah ni makanan Papa N, hidangan ikan salmon yang sedap.. memang kena dengan selera. Sos lada hitamnya sedap sangat. Saya pula, macam biasa pilih menu yang dijangkakan anak nak makan. Saya pilih spagetti aglio olio, tapi tak berapa kena rasanya dengan selera saya. Habis jugalah makan sebab bukan tak sedap, tak kena sikit jelah rasanya.
Yang kat bawah ni pula kek pilihan Naim, tapi yang habiskan kek ni ialah Papa N.
Macam mana nak makan, anakanda berdua ni asyik nak main je. Restoran ni ada sediakan ruangan untuk budak-budak bermain. Layan tu sahajalah. Akhirnya mak ayah yang kenyang.
Memikirkan 5 tahun usia Naim ni, baru lagi ya? Ada masa saya melayan Naim ni macam dia dah agak besar. Bila difikirkan semula, kecil sangat lagi Naim ni. Patutla dia pun ada masanya mengharapkan saya layan sama macam Nazif. Dia nak minta didukung, nak minta ditepuk dan didodoi masa nak tidur. Namun, Naim memang makin matang sekarang. Macam semalam, melihat barang yang saya beli dan goodies bag yang akan diberikan kepada kawan sekolah dia, Naim dengan rela hati membantu mengisi beg tersebut dan mengira kecukupan setiap item yang dimasukkan tanpa nak mengambilnya satu pun. Terharu saya. Katanya, "Naim nak bagi kawan-kawan ni."
22 Mac 2015, kena ingat ya Naim, tarikh istimewa kita tak semestinya semua orang ingat tapi sekiranya ada yang ingat itulah satu rahmat dan kegembiraan buat kita...pastinya doa mama adalah sentiasa yang baik-baik buat anak mama ni. Kejayaan dan kegembiraan dalam semua bidang yang bakal diceburi. Nazif pula dah nyanyikan lagu hari jadi banyak kali untuk abangnya.. sweet juga dengar orang pelat menyanyi lagu hari jadi ya..
Happy birthday Naim..semoga menjadi anak yang solleh
ReplyDeleteselamat hari lahir Naim..semoga membesar sbg anak yg soleh..
ReplyDeleteWah..abang naim dah 5 tahun..happy birthday to you..moga jadi anak soleh penyejuk hati mama papa
ReplyDeletehappy birthday naim.selamat dan ameen atas doa mama.sambut Harijadi Naim makan kt restoren ya..bagus restoren camni ada mainan segala.mama papa kenyang makan,anak2 kenyang main.hehe.
ReplyDeletetakde video nazif nyanyi lagi Harijadi utk naim ke?mesti comel..
thanks PK.. ala, tak sempat rakam pulak nyanyian Nazif ni...
DeleteSelamat hari lahir naim..
ReplyDeletesemoga mnjadi kebanggan ibu dn ayh ye..
sedapppp nmpk hidangan tu...
selamat hari lahir naim..tarikh tu dah sama dengan acik ni,tapi bulan je lain...
ReplyDeleteSemoga Naim membesar dengan sihat,berjaya cemerlang didunia dan akhirat ye
alahai bru je bukak blog ni lmbt lak nak wish besday naim..
ReplyDeleteSelamat harijd naim!!moga jd ank yg cmerlang dunia n akhirat.
Kebetulan besday ank bujang akak pun 20hb ritu tp depa g sambut kat luar...
happy birthday naim.
ReplyDeletemoga membesar jadi anak yg soleh :)
happy belated birthday naim!
ReplyDeletedah lima tahun ye, cepat masa berlalu ye.
tak lama lagi masuk sekolah rendah plak
apapun ingat apa sahaja yang naim buat
jangan lupa pada mama dan papa ye. merekalah permulaan kehidupan naim
especially mama tau. sampai mati syurga naim dekat dia
Happy belated birthday to Naim...
ReplyDeleteBe a good and nice son to your Mama and Papa...
They love you very much :)
happy belated besday naim
ReplyDeletesmga mbesar sbagai anak soleh, rajin solat dan berjaya dunia dan akhirat.aamiin
Heoy Bezday Naim....moga jadi anak yg soleh dan makbullah doa mama dan papa hendaknya.
ReplyDeleteEh.... order dua jer ke ....cukup ke ? Patutkah mama slim satu pinggan makan tiga orang ....Nampaknya dari sekarang ni okje dah kena belajar order satu pinggan makan 5 orang ni hihi....
Ha..Ini MESTI TAK BACA BETOL2, KANTOI...
Deleteada lagi order lain. 4 semuanya.. tp saya sebutkan 3 je.. itu maknanya BUKAN DUA JE..
Selamat hari lahir Naim sayang. Moga murah rezeki san jd ank baik utk mama papa ye nak..
ReplyDeletesanah helwa naim..happy belated bday!
ReplyDeletemoga jd anak yg soleh, cemerlang dunia akhirat insyaAllah :)
Eh.. dah terlambat 5 hari.. x pe.. selamat ulang tahun ke 5 naim.. tetiba rasa sebak pulak, sbb akk ckp layan dia mcm dah besar kan..Sya pun kekadang Lyn Aniq mcm tu..padahal dia belum 2 tahun..huhu..
ReplyDeleteHappy belated 5th birthday, Naim! Dah besar dah. Slow downlah sikit, boleh tak? Nanti banyak keletah anak yang tinggal memori jerk bila dah makin besar ni. Macam saya dengan Bubbly Abang. Suka anak membesar tapi at the same time, sedih juga tengok mereka dah semakin besar panjang!
ReplyDeleteOh no, ada mentioned spaghetti olio kan? Awat tak letak gambar, AN... Nak juga tau walaupun katanya kureng sikit tapi physical look tu tempting ke tidak.... Kalau tengok keadaan dalam restoran macam so tempting alahai. Kalau bawa superheroes ni, memang bestlah MommyDaddy jerk makan. Anak-anak biarlah depa main sampai penat. Kita belikan air jerk *_* Kejam tak kejam Mommy macam ni? Hehehe....