Fasa : comel
Terilham dengan kata-kata motivasi MummyComelSokmoAwetMuda, saya memerah otak nak menulis pagi ni. Betul sangat tu, kita kena pandai bahagikan masa. Pemakanan kita pun kena jaga juga kan? Kalau asyik bergantung kepada vitamin pun tak elok juga. Jadi, disebabkan ada kenalan saya yang dinasihatkan berhenti mengambil makanan tambahan keran dibimbangi bila ambil pada masa yang lama, badan akan jadi lain, saya pun ikutlah sama.
Motifnya nak menulis pasal Nazif pagi ni. Di usia dua tahun tujuh bulan ni, Nazif memang comel. Biasalah mak ni kan, anak sendiri pastilah yang paling comel di hatinya. Bukan sebab bulatnya sahaja, tapi dengan percakapannya dan tindak tanduknya juga memang nampak comel.
Apa yang tidaknya, kalau mengusik dia, gelaknya cukup sedap didengar. Respons pun bagus, lagilah suka orang yang nak mengusiknya. Tak macam abang, dah mula pandai buat hal sendiri. Nazif belum lagi macam abang, kalau diusik suka nak menyengeh, pandai pulak dia pun sama nak balas apa yang orang lain dah usik dia..
Selain senyumannya yang buat orang geram ( kenyataan daripada Opahnya) , Nazif ni juga ligat tau. Terjingkit-jingkit kakinya kalau berlari. Ada masanya dia buat jalan macam penguin tu. Ada masa yang lain, dia merangkak. Kalau masa nak mengusik mama, suka betul dia cium dan buat macam nak jilat pipi mama. Lepas tu gelak kuat-kuat bila nampak mamanya macam mengelak. Kalau Naim, kita cium dia pun ada masanya Naim dah mula lap. Depan orang ramai dah tak nak cium mama.. ai, adik ni jangan pula gitu ya.. kekal manja gini lama sikit..
Berdikari pulak tu. Kalau dia nak sesuatu, diusahanya sampai dapat. Masa kami makan kat Kajang hari tu, berkali-kali Nazif main dengan beca ni. Dia usaha panjat sendiri dengan tingginya baru 81cm tu. Bila orang lain nak tolong, beriya dia cakap, "Adik tahulah naik sendiri".
Yang lagi comel sebab cakapnya banyak lagi pelat dan nadanya manja.. sukalah dengar Nazif cakap pelat-pelat. Lepas tu, siap marah orang lagi kalau orang lain ajuk pelatnya tu.
pada sy, fasa anak2 umur bawah 3thn..mmg fasa plg comel..kalo bole xnak bg dorg membesar! hehe tp x larat gak nak kejo dorg forever :p
ReplyDeletehehe..mmg comel pun AN..ngan pelatnya ,ngan tingkahnya..
ReplyDeletedapat bayangkan kecomelan nazif dari cerita AN.budak besar gini mmg semuanya comel tau.dah besar sikit dah tak berapa comel maknanya mama kena buat baby baru..barulah kecomelan tu bersambung pada adik pulak.hahaha...
ReplyDeleteAfia pun dalam FASA comel juga..sbb baru mula pandai cakap..apa yg disebutnya semua comel belaka.
Amboi.. tak tahan tu cadangan suruh sambung krcomelan pada baby baru!!!
DeleteHahaha...bahagia rasa hati bila komen yang entah apa-apa ada juga mendatangkan ilham pada kawan-kawan *_* Hai...bila tengok 'sokmoawetmuda' tetiba teringat MakJilap. Lama dah tak 'menyerang'nya terang-benderang dalam blog. Oppss.. .sebelum komen ni terbabas lagi jauh baiklah saya balik ke pangkal niat nak mengomen tadi ^_^
ReplyDeleteMemanglah AN, tanya sahaja pada mana-mana mak, memang anak-anak sendirilah yang paling comel, yang paling cute, yang paling ohsem perangai walaupun anak orang lain banyak lagi yang comel *_* Lagilah waktu membesar macam ni, memang terasa diusik-usik hati ni melihat keletah mereka.
Anak saya yang bujang sorang tu pun dah tak mahu bermanja-manja lagi. Saya kata kat Abang sekarang ni dia dah boleh 'let it go' Mommy dah. Tak macam dulu-dulu. Walaupun bergurau senda je, sebenarnya dalam hati ni Tuhan aje yang tahu betapa sedihnya tengok anak dah besar panjang. Alhamdulillah membesar dengan sihat tetapi masih lagi sedih rasa hati ni tau!
Sama geng la tu MD dengan Okje.. awet muda sokmo..
DeleteAnak kita dah makin membesar dah makin lain perangai dari masa kecil tu pun kita terasa kan?? No wonder ada mak mentua yang perangainya pelik bila menghadap menantu ya? Ai.. mintaknya kita dijauhkan daripada jadi mentua yang macam tu nati menantu pun tak suka..
sama macam anak sulong dah tak nak cium lagi hihi,, malu katanya,, budak kecil kalau dia cakap memang comel sebab sebutannya tu dan suaranya yang manja,, saya suka usik si adik,, nanti dia cakap "nak ne ni" (nak kena ni!! hihi)
ReplyDeletemesti best kan ajuk2 dia cakp
ReplyDeletekekadang budak2 ni dia pulak yang suka ajuk kita cakap
hehe ^_^
comelnya nazif
ReplyDeleteanak2 knor semua dh besar2..tgl muhammad yang kecik,tapi sbnrnya dh besar pun malu klu cium dpn kwn2 sek..kononnya mmd...masih peluk2 lgi...azhan yg besar tu pun tidur bwh ketiak lgi..tpi tak comel dah le..
ReplyDeletebesar nazif tu...mau tak comel...
Bila anak2 dlm usia mcm ni mmg comelkan telatah dorg..ehemmm mama mestilah puji anak sendiri comelkan,semua ibu pun mcm tu kan.
ReplyDeletecomelnya gaya si kecik tu kayoh beca..
ReplyDeletehaha, tak padan dengan kaki tak sampai tu...
DeleteKeletah ank mmg comel. Badan
ReplyDeletePenat terhibur bila bersama ank. Eh dh dekat tiga tahun dh ye? Kejap je masa berlalu
Dah tiga kan.. saya tak rasa macam dia dah 3 tahun.. agaknya sebab dia yg kecil.. xda adik lagi..
Deletetu lah kalau anak bongsu kan... rasa macam kalau boleh tanak dia besar... biar manja macam tu jer selama2nya...
ReplyDeleteHaha.. bongsu sementara ni...
Deletebetul tu aisy...mcm naim tu nanti ade sampai fasa umur yg die tau malu kalo kite kiss2 die depan org.... tu rase mcm nak baby lagi kalo jadi gini kan keekekekeke...aisy okey laa ade si nazif heheehehe....lieya ni si dayyan pandai dah demand nak hug die kene pujuk kalo tak lagi syok die layan tv dari omaknye gomol2 die...sentap omaknyer hah!
ReplyDeletehaha, ni maksudnya omaknya kenalah bg adik, baru Dayyan jeles dan nak la mamanya hug dan kiss sokmo....
DeleteNazif macam dah susut sikitlah AN...ye ke? Nampak tak bulat sangat dah.....
ReplyDeleteSetuju..... budak baye Nazif ni mmg nampak comel sokmo ....Tak kiralah apa dia buat pun....
Eh....mcm nak beranak lagi jer hihi...
hihi..mesti kiut sgt saat nazif tenjingkit-jingkit tu..
ReplyDeletebiasa budak dlm usia 6bulan-3tahun++ mmg berada dlm fasa y sgt comey..
lya belek pic2 lama fasya, memang sgt rindui waktu usia tu..
dh makin besar nazif.. hehee
ReplyDeletehehe...anak saya yang dah nak masuk 4 tahun pun maish
ReplyDeletelagi saya gagal butir bicara dia cikgu AN
pelat sangat. plak tu marah bila kita tak paham dia cakap
tapi betullah, camne buruk pun ada kita pada mata orang
tetap comel pada mata kita kan
enjoy ajelah moment ni, satu masa nnt akan jadi kenangan aje