Merawat

Alhamdulillah..bertemu kembali kita di ruangan ni. Seminggu yang berlalu, banyak perkara yang berlaku sebenarnya.

Antaranya, saya sendiri diserang rasa letih penat. Rupanya hb darah rendah. Patutla, asyik rasa nak baring je disebabkan penat tu. Maka, insaf diri. Cubalah tambahkan hb dengan makan kerang, bayam dan minum susu. Alhamdulillah, setakat ni nampaknya pemakanan tersebut sikit sebanyak berkesan.

Pagi tadi juga buat kali pertama saya ke Pusat Perubatan Darul Syifa' di Bangi. Walaupun dah berlalu fasa Nazif menangis meraung pada waktu malam, namun usaha untuk mencegah itu pastinya lebih baik supaya kejadian yang tak diingini takkan berulang lagi. Terbuka sikit minda dan insaf diri juga untuk meningkatkan amalan ibadat setelah ke pusat rawatan ini.

Update : atas permintaan Mama AdamAleesya, saya kongsikan di sini ilmu yang Ustaz Darul Syifa' minta saya amalkan tadi.

1. Jika berulang lagi anak menangis tanpa sebab yang disedari bukan sebab sakit atau lain dari kebiasaan, bacakan ayat Qursi ke telinganya berkali-kali sehingga dia berhenti menangis.

2. Jadikan bacaan ayat Qursi, 3 Kul sebagai amalan harian. Untuk pagar rumah daripada diganggu makhluk halus.

Ustaz tadi tak banyak cakap pun..katanya Nazif ok sahaja..Beliau minta banyakkan bacaan Al Quran di kediaman... Kami balik dengan sebotol air untuk digunakan untuk minum dan buat bilasan terakhir selepas mandi pada waktu selepas asar untuk tiga hari berturut-turut.

Comments

  1. Nk try b complex shaklee?
    Hmmm... ustaz ada kasi tak ayat atau doa yang elok diamalkan... boleh jugak share ilmu =)

    ReplyDelete
  2. Berapa hb awak AN.....rendah sangat ke?....Sure minggu ni asyik beli kerang dan bayam yeh! Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa...baru beberapa kali makan kerang sebenarnya... banyak minum susu dan air limau nipis...

      Delete
  3. Thanks for sharing, benda mudah jer sebenarnya kalau kita selalu amalkan, kan. Hope u pun get better soonest, orang lain raya Qorban darah tinggi makan daging banyak sangat, u pulak terbalik hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa..tulah..dah semakin baik ni..tak terasa nak tidur sangat dah...

      Delete
  4. terima kasih sudi share info berkenaan ilmu yg ustaz ajarkan. insyaAllah, akan diamalkan.
    dulu masa preknen selalu kene mkn kerang sbb hb rendah. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa...saya pun risau juga aritu.. mmg sebab tak jaga makan.. bukan pgnant pun kena juga hb rendah.

      Delete
  5. info yg bagus... harap2 keluarga dlm keadaan selamat dr sebarang kejahatan :)

    ReplyDelete
  6. Moga kembali sihat... patut lama tak update belog.

    *I pulak tgh busy skrg ni Aisy... curik2 masa mlm2 buta baru dpt blogwalking...

    ReplyDelete
  7. kena jaga diri tu. darah rendah pun bahaya jugak.

    info yg bagus dia. makhluk halus ni bahaya. dgr citer org pun nik dah seram , apa lagi kalau alami sendiri

    ReplyDelete
  8. Semoga terpelihara

    Psst tak amik tempahan luar, kwn-kwn dkt skol je tapi tu pun dah lama bagi seluar malam ni rajin terus siapkan ;)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah Nazif ok…duk dgr ja pusat n.tapi x pernah sampai pon kat sana

    ReplyDelete
  10. jaga diri Aisy...masih susukn ank kn...

    ada pengalaman jg ank nangis tiap2 mlm...asal tengah mlm mesti trbgn menangis...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?