Setelah 4 hari
Rasa cepatnya berakhir tempoh bertugas luar kawasan ni. Haha.. padahal bukan jauh pun tempat saya bertugas PMR ni dengan sekolah saya. Seronok sekali sekala dapat keluar. Oh, saya nak ceritakan pengalaman hari keempat yang agak lain daripada hari sebelumnya.
Mula-mula, pagi-pagi lagi saya hampir menangis. Nak tahu kenapa? Tiga hari sebelum ni elok je saya bangun seawal pukul 5.30 pagi dan bertolak keluar dari rumah pada pukul 6.15 pagi. Pagi ni, bukan kata lewat keluar tapi saya bangun pun lewat. Terjaga pada pukul 6.17 pagi. Nak pengsan rasanya pada masa tu. Semuanya gara-gara berjaga malam kerana Nazif bangun main hampir dua jam setengah.
Mujur, mujur, mujur. Alhamdulillah sempat bertolak keluar dari rumah pada pukul 6.35 pagi walaupun kalut mencari kunci kereta yang tak dijumpai mulanya. Alhamdulillah juga baju dan tudung yang nak dipakai dah siap digosok. Alhamdulillah juga Nazif yang biasanya terjaga sebaiik sahaja mamanya bangkit, pagi tadi tak pula terbangun. Sempatlah saya bersiap sepantas kilat. Boleh pula bersiap cepat macam tu. Haa..kagum pula.
Hari keempat PMR ni juga merupakan hari peperiksaan terakhir untuk kebanyakan calon. Jadi, waktu habis peperiksaan pada pukul 4 tadi cukup kecoh. Teriakan merdeka berkali-kali. Tak cukup dengan tu, murid ni siap bakar mercun lagi..Ketukan meja macam bunyi gendang tak payah cakap lah, memang cukup kuat sekali. Pengawas bagi larangan pun dah tak ada yang nak dengar. Ai, seronok betul korang ye.. dunia luas dan banyak lagi cabarannya nak ooi...
Lagi, di hari keempat ni juga saya dapat tips kesihatan baru daripada rakan saya. Akak ni amalkan makan tiga jenis sayur setiap kali makan. Kulitnya nampak lawa tau. Saya pun nak mula amalkan macam tu jugalah. Ini tak, masa masak sayur campur je ada pelbagai jenis sayur, hari biasa saya masak atau makan sejenis sayur je.
Menu makan malam kami malam ni.. sayur ada tiga jenis...tambah pula cicah dengan budu... ada pula tempoyak dan sambal belacan... terangkat....kulit lawalah lepas ni ye..
Selepas buat ais krim hari keempat juga, barulah Naim nak berkongsi makan. Hari ni ais krim perisa jagung, daripada empat, Naim bagi papa dan adik kongsi satu dan Naim makan tiga.. oklah tu kan?
Acik ni kurang suka makan sayur AN..nemilih..acik sayur2 kampung je..jenis2 sawi..kailan tu semua acik tak suka..rasa pahit je
ReplyDeleteBestnya sayurr.. saya suka sangat... tapi saya sorg je syok makan.. x best!.. Eehh.. saya pun ada beli ice pop maker ni kat Daiso... tapi saya letak balance air teh or milo diorang aje.. hehehe...
ReplyDeleteamboi kemain lagi budak2 ni sampai bakar mercun yeak...aduh baru pmr tu dik oiii...byk lagi cabaran diluar sane heheheheh....tak pe lah bagi can sesekali sekale heheheeheh
ReplyDeletetu laa kalo bangun terlajak memang kelam kabut dibuatnyer....seb baik baju dah siap gosok kan....
akhirnye naim nak jugak share yea heheheheeh...dpt le merase yg lain2 eskrim homemade ni yeak heheheheeh
3 jenis... ok. Makan salad dan ulam la pasni. Nk cantik! Nasib mmg suka sayur
ReplyDeletesedapnya ulam cicah budu tuuu
ReplyDeletenak mkn 3 sayur juga la
ReplyDeletehehe...sayur apa yg 3 jenis tu..akak semua makan...
ReplyDeleteSaya pun baru lepas makan, lauk sayur campur dan ulam2..bnyk jenis sayur tu. hehe
ReplyDeletealahaii..nasib sempat ke sekolah kan..kalo x..mau nanges laju2..
ReplyDeletesdapnya eskrem
pantasnya mama bersiap.... saya pun tumpang kagum dgn nak handle anak kecil dua org :)
ReplyDeletejarang pula bilang berapa jenis sayur tiap kali makan, main belasah jer apa ada dlm fridge :)
Tapi anak-anak saya lebih suka buah... so bakul buah memang sentiasa berisi.... nasib baik buah2 kat Bradford ni murah sgt :)
Bestnya menu dia.. Ada ais krim lg. Hehe..
ReplyDeleteanak belum terjaga bolehlah bersiap cepatkan Aisy..apa tiga jenis sayur tu Aisy..sy sll mkan satu jenis saja..
ReplyDeleteTeringinlah pulak nak beli bekas aiskrim kalau cenggitu punya promo hehe....
ReplyDeleteTahan ke tu AN hari hari makan 3 sayur tu? Tak jemu?
Boleh bayangkan kalut bangun lewat panik nya macam mana especially bila ada event penting. Owhh I sangat suka sayur dan ulam-ulaman, sedihya kat sini tak banyak choice sayuran hijau. Orang sini makan salad apa jer, tak best. hehehhee tapi dorang pun puji Asian katanya kulit lawa, tapi tubuh kecik hehe.
ReplyDeletema nik pun amalkan mcm tu.
ReplyDeleteyg budu tu dia mmg tak lupa.syukur.sihat sampai skarang.
untung la org yg boleh makan sayur.nik ni tak suka sayur tapi paksa gak diri mkn sayur..huhu