Rajin buat karangan

Assalamuaikum semua...
Banyak perkara dah berlaku dalam dua hari ni, kan? Bagi saya, dua hari mengawas PMR ni terasa seronok walaupun penat. Seronoknya kerana dapat balik ke rumah dan jumpa dua Ahmad lebih awal.

Dua hari yang penat ni buat saya terasa malas nak mengarang. Eh, kenapa tiba-tiba saya guna istilah mengarang ni? Haha. Padahal sebulan yang lalu, bila seorang kawan saya mengatakan yang saya ni suka buat karangan, saya macam bengang mendengarnya. Ada ke patut, lepas kawan saya ni tengok blog saya ni, dia kata " Patutla akak menulis blog, suka buat karangan. "

Bila dah lama, rasanya saya kena mengaku yang saya ni suka buat karangan. Masa sekolah dulu pernah saya kena panggil dengan seorang guru BI yang komen beliau, karangan saya tu isinya sama macam buku cerita. Waktu tu, saya tak meniru pun. Cuma memori kuat bila membaca novel yang disukai.

Tahu bila saya faham maksud cikgu saya ni? Bila dua minggu lepas, salah seorang murid saya jawab karangan yang saya bagi dengan nama watak Husin, dari Kampung Pisang. Geli hati saya membacanya. Terpengaruh dengan kisah Hantu Kak Limahlah tu, kan? Yang lebih kelakar lagi, kisah Husin ni sama macam kisah Gembala Kambing dan Serigala.

Idea tak original kan? Sama macam cikgu kamu ni di zaman sekolah dulu nampaknya. Namun minat menulis inilah yang mendorong saya menulis entry demi entry di blog ini..

Comments

  1. saya pun seronok bila pmr ni..1.40 tpt2 dah cabut..hihi

    ReplyDelete
  2. tak payah nak sentap dgn komen kawan tu..
    Karangan AN la buat saya nak jengah blog ni selalu... ada keunikan di situ..

    ReplyDelete
  3. ohhhh baru OKje dapat kaitkan dengan komen awak kat blog OKje .... pasal perkataan karangan ni hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?