Ahad pulak kisahnya
Pagi tadi Papa N mengajak saya ke Shah Alam. Mulanya saya tak nak ikut, nak jaga anak-anak di rumah saja. Si dia ni nak juga saya ikut, dengan alasan sekejap sahaja urusan yang nak diselesaikan di Shah Alam tu. Alasan lain lagi, kalau semua ikut pasti Naim pun lebih gembira daripada terperok sahaja kat rumah di hari minggu. Pikir-pikir, betul juga. Naim ni kalau dapat tengok lampu di kawasan tempat parking pun dia dah teruja. Ok, bolehlah ikut.
Mula-mula kami singgah makan dulu. Papa N mengajak makan di Pelita. Saya cepat-cepat cakap tak nak makan di kedai mamak. Haaa..demand katanya. Siapa suruh ikut, kan?Jadi, kami bersarapan di Subway. Gembira semuanya pada masa ni. Dua je kami beli, satu chicken teriyaki dan satu lagi stik and cheese, makan kongsi empat beranak..sedap tak terkata. Ilham tengok blog nurbijen lah ni..haaa..semua berkenan.
Dah abis makan, kami ke Plaza Alam Sentral untuk urusan papa. Masuk bangunan tu je, Naim dah mula buat perangai bila dia ternampak gerai menjual kereta mainan. Papanya nak cepat, ditinggalkan saya layan dua beradik ni kat situ. Alahai, bukan senang nak kendalikan budak mengamuk di tempat awam ni. Kalau Naim ni berkenan yang harga RM 5, mama dah terus beli tanpa fikir panjang lebar. Ini dia berkenan pada yang ratusan regenya..ada duit pun tak rela saya belikan..
Nak citer kat korang ni, dah la masa Naim merengek tu bukan satu masa yang mudah, ada pula perkara tambahan yang buat saya bengang. Balik ke rumah pun masih terfikir. Tengah saya pujuk Naim tu adalah satu ketika ada seorang akak jurujual yang berdekatan dengan tak segan silu cakap dengan kuat, " Masya Allah budak ni". Tengok muka macam dah 40an, anak dara tua ke dia ni? Terus rasa geram. Bukan susahkan dia pun, apa hal dia nak cakap anak orang lain macam tu. Papa N cakap saya ni sensitif, mungkin dia cakap macam tu sebab terkejut tengok Naim menangis tu.. bila dah balik rumah ni, rasanya tak pelah, biar je dia maksudkan apa-apa. budak-budak, biasalah menangis macam tu. Kita yang menanggung ni yang pentingnya anak anak selamat di tempat awam.
ha.. inilah kereta yang asalnya Naim nak beli. Sanggup?
Siap bersila kat lantai lagi, anak siapalah tu?
Bila papanya datang, selamba je dia tanya mana kereta yang Naim nak. Terus dibelikan sebab Naim tunjukkan kereta yang berharga RM 30. Naim ni kan? Sesaja je nak buat mama cemas.. kalau dari awal tunjuk yang tu kan senang...
Adik juga yang seronok keluar jalan. Nazif selamba je jalan ke sana sini terkedek kedek tak hirau pun abangnya tengah menangis. Main dengan gembira je tadi.
Eiiii pompuan tu, sabar jer la. Kalau I pun sensitip weh orang kata lagu tu. JJ dulu2 pun ada jugak duduk bersila depan kedai mogok macam Naim ni kan, orang yang lalu tengok gelak2 jer, takder lagi yang buat muka semacam. Kami pun tak tambah stress. Biasa la budak2,
ReplyDeleteBetul kan? Sesuka hati dia je nak komen pasal anak orang lain.. .. memang budak dah macam ni kan?
DeleteBersila aje? Saya dulu kecik2, mak cakap siap berguling atas lantai. Drama sungguh. Seb baik adam x ikut perangai mcm tu. hihihi
ReplyDeleteHaa..MA lagi hebat nampaknya.. kot aleesya nanti ikut perangai ni.... haa.. kena ready...
DeleteNaim hari ni kira leh tahan lagi... agaknya sebab mama dia buat tak layan sangat sebab duk tinjau nazif yang window shopping...
Budak2 biasalah macam tu, Lagipun tak menyusahkan sapa2 pun. kalau yang dah besar buat cam tu lainlah cerita.
ReplyDeleteKlu anak menangis dkt tmpt awam, mmg x senang hati dibuatnya. Tmbh plk klu org tgk je.. Segan dibuatnya. Aimy setakat ni blh alih lg perhatian dia bila dia nk apa2. Tak tau la da besar sket nnt.
ReplyDeleteMmg kena kuatkan semangat bila berdepan situasi anak menangis kat tempat awam, dah puas dah hadapi semua tu (dulu2 la)... sebut je kat mana?. Semua I dah rasa. Kena marah org awam?. Biasa dah.. (kat mesjid masa tu, makcik tu marah2... hehe.. padan muka I).
ReplyDeleteAiyo..where have u been? Miss u sam.. so long tak dengar khabar u ni... exactly what I want to highlight here ...pandai sam...
DeletePagi pagi dah bersarapan sedap ye cik AN hehe...ni buat mak teringin jugak ni....
ReplyDeleteBetul tu AN...kalau OKje pun tak mo beli kalau mainan mahal harganya ...bukan ratusan puluhan pun OKje tak ingin....samalah AN... ayahnya yg selalu layan beli mainan ni