Adat berkawan

Pening betul menjelang hujung tahun ni.. banyak perkara nak diselesaikan. Murid pula ramai yang tetap macam biasa. Cikgu -cikgu bagi siapkan PBS pun diorang buat main je. Yang bagus memang ada, yang nakal tulah yang buat cikgu tambah pening.

Ada ke patut sambil saya buat ujian lisan, ada pula yang bergaduh. Sempat dikawal akhirnya baik tanpa apa-apa kecederaan pun. Terpaksalah amik masa yang sangat berharga untuk selesaikan kes, tinggalkan kerja cikgu jadi detektif sekejap. Setelah disiasat rupanya salah sebesar kuman je.. si A ni tak nak kawan lagi dengan B. Si B ni benganglah bila secara tiba-tiba dia dipinggirkan.

Alahai, budak-budak. Apa nak diherankan bila orang tak nak kawan dengan kita. Kita pun carilah kawan yang lain. Mana boleh paksa orang lain suka kita. Yang penting kita jangan buat perkara yang menyakitkan hati orang lain terlebih dahulu....kan? Korang setuju tak? Tapi di zaman remaja ni, jiwa diorang ni kerap memberontak, kalau tak kena caranya memang diorang payah nak terima nasihat.

P/s : seronok saya tengok graf pengunjung blog ini semalam. Buat kali pertama bilangan pembaca 619.. rekod tu, bagi saya BANYAK tu. Biasanya dalam 200-300 sahaja pembaca harian blog ni. Kalau tak menulis lama, lagilah tak ada mana pengunjungnya. Bukan saya ramai follower pun, saya pun cuma curi-curi masa selalu jejak blog yang selalu berkunjung ke sini je. Tak nak paksa orang lain suka kita.. apa-apa pun... Terima kasih kepada semua pembaca blog ni..

Comments

  1. betul..betul..
    seronok baca entry blog ni. msti nak senyum je :)

    ReplyDelete
  2. betoi2tu anak akak pun samaler cikgu katanya kawan baiknyer tu hari merajuk tak nak ajak dia ke kantin.. ibu dia biasalah alah biasalahtu cariler kawan lain.. tapi ayat sedih yang keluar dari mulut dia semua orangpun tak nak kawan.. ha.. ha.. ini memang anak akak punya masalah bukan orang lain.. tuler pujuk gakler dah semuaorang tak nak kawan lantakler ... nanti2 dia kawanler balik.. sajajerkan...
    blog akakpun kalua dah 600 lebihtusyukurler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..budak2 kan? Pasal tak nak teman ke kantin pun amik hati ...fasa macam ni kawan sangat penting bagi diorang.. kitalah yg kena guna ayat yang sesuai untuk pujuk diorang ni.. kalau tak kesannya mungkin negatif..

      Haa..rekod tu..tak pernah langsung sebelum ni ramai yang baca blog ni..

      Delete
  3. Huk aloooh gaduh pasal tak nak kawan kawan ek... tapi tu la, kalau tak nak kawan jer takper, jangan tambah ngan "menganjing" dah la. I pun duk pusing2 blogs yang nak "kawan"ngan I jugak ni ha :D:D memang tak banyak langsung, tapi dah lebih dari cukup for me, rasa ilang penat bila dapat berkongsi cerita kat sini :D

    Ramai nyer pengunjung u. Bravo ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..budak2 ribena lagi...

      Amboi nas, malu I, dapat bravo lagi. Idoklah banyak mana pun. Sehari dalam sejarah.. haaa...ari lain biasa-biasa je..

      Delete
  4. mklm le berwajah baru, tentunya ramai yang suka

    ReplyDelete
  5. Sabar ajelah ....dah cikgu katanya hehe...menyambil jadi detektif conan pun ok gak tu...Teringat zaman kecik dulu....gaduh gaduh tak kawan ni mmg selalu hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa...kelakar pulak baca ni..detektif conan versi perempuan ye...

      Delete
  6. Sedih jugak sebenarnya Cikgu, klu org tak nak kawan ngan kita... kekeke..
    bukan apa, bila kita berada di bwh satu bumbung, klu ada yg memusuhi kita..
    dunia jadi tak menarik, pergerakan terbatas..apatah lg klu kat kelas.. mesti nanti ada je aktiviti yg memerlukan kita bekerja secara teamwork.. x syok ah klu ada yg masam2 ngan kita.. x besh. :D

    ReplyDelete
  7. bagi saya sedih bila org xnak kawan.. kdg2 saya pernah terpikir nanti ank saya sekolah camne.. camne kalu org xnak kwn dgn dia.. mesti dia sdih n balik umah mengadu kat saya.. hihii

    jauh betoi saya pikir.. hihi

    ReplyDelete
  8. sedih juga bila org dah xnak kawan ngan kita,tp nak buat mcmmana kan,zaman sekolah mmg mcm tu,tp dah msk zaman mak2 ni harap2 xder la yg buat mcm tu lg...hehehe..

    wah ramainya yg berkunjung,akak ni nak cecah 100 sehari pun susah..kih3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...mana ramai pun kak, biasanya berapa aje.. semalam je yang banyak.. setakat tulis cerita biasa ni, tak adalah gempak pun blog saya ni..

      Delete
  9. satu penghargaan yg besar..teruskan perjuanganmu sahabat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. thanks zilla.. u too.. bila nak aktif blog?

      Delete
    2. as soon as posible..byk lagi nk kena bljr

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?