Posts

Showing posts from September, 2013

Online shopping

Image
Apa susah-susah nak beli shawl, boleh je beli secara online. Ha, menyambung niat saya sebelum ni, hari ni, hati terpaut pada sehelai shawl di sebuah blog.        Ok tak? Korang jangan kata pilihan saya ni tak lawa lak. Saya tak ada lagi coral macam ni. Kononnya saya rasa boleh nampak remaja kalau pakai corak macam ni... haha, harganya pun tak mahal. Oklah, boleh tambah koleksi shawl yang ada. Pandai tak? Masa jimat dan tak payah bersesak..tak sabar nak terima shawlnya ni. Kat bawah ni ada iklan tau, kali pertama di blog saya ni. Saya tak ambil duit pun. Sebab kali pertama, saja tolong iklan kan. Korang jenguk-jenguklah ye. Mana tahu berkenan macam saya..Ok...     ~< Ads > ~ sesiapa yang tercari shawl yang lain daripada lain, boleh ke blog        http:// cahyadirectiondesign.blogspot.com            online order atau whatsappkan ke  0199398879

Nazif ooo Nazif

Alhamdulillah.. berakhirnya satu malam yang sya rasa sangat panjang. dah masuk pagi Isnin pun. Malam semalam, Nazif entah apa tak kenanya. Kuat betul dia menangis, dah kategori meraung, dengan air mata air hidung semua pun keluar. Saya dah sapukan minyak ke perut dia. Takut kembung perut ke apa. Tapi dia tetap menangis sampai dah tak tahu nak buat apa. Menangis je. Tak nak menyusu dan tak nak main pun dari pukul 9 lebih.  Hampir nak bawa dia ke klinik dah sebenarnya. Dah pasang ayat-ayat Al Quran sama pun dia masih lagi sama. Hampir pukul12.30 dia mula tunjukkan tanda nak tidur, mula nak menyusu. Legalah.  Pukul 3.40 pagi, Nazif terjaga , apa lagi sambunglah menangis. Bila dipasangkan bacaan 3 kul dan azan, dia kembali tidur. Berkali-kali juga dia terjaga antara kul 4 hingga subuh pagi ni. Mujur boleh lena kembali dengan ayat ayat suci yang diperdengarkan. Agaknya apalah sakit Nazif ni. Kena kacau ke? biasa dia tak macam ni.. Mama bawa ke klinik nanti ye... 

Tak tercapai hasratku

Image
Target saya sebelum cuti hujung minggu ialah saya nak ke tempat yang boleh beli shawl dan sampingan nak beli baju pakai harian Naim dan Nazif. Seronok tengok koleksi shawl yang tak berapa banyak tu sebab memikirkan nak tambah beberapa helai lagi. Sejak anak-anak murid asyik puji kononnya saya nampak comel bila pakai shawl, sejak tulah suka ber'shawl' ke sekolah. Tapi, hari Sabtu dah tak tercapai hasrat tu. Jadi semalam sebelum tidur, beriya-iya saya pesan dengan suami supaya pagi ni jadi kitaorang pergi ke Pasar Shah Alam. Nak beli shawl hajatnya. Dah lama tak pergi sana, tapi biasanya pilihan pakaian banyak kat sana. Suami memang menepati janji. Dia bersiap awal. Saya mulanya dah rasa cerah harapan untuk ke pasar tu. Suami cakap, tunggu sekejap lagi, kejutkan anak-anak lewat sikit. Tapi akhirnya tak jadi sebab Nazif mengamuk nak minta tidur semula walaupun dah mandikan dia pada pukul 7.30 pagi. Tidur dengan mama sekali. Petangnya pula tadi kami ke KUD, Putrajaya. ...

Bodek

Image
Kalau bodek untuk perkara yang tak melampau ataupun bodek untuk tujuan yang baik, apa salahnya kan? Teringat semasa kalut buat kerja minggu lepas, memang dengan niat bodek saya buat baik dengan akak kerani sebab nak minta dia fotostatkan bahan untuk kelas saya. Mulanya dia macam tak nak buat. Banyak kerja katanya. Saya pun pujuk la., " sian akak kan. Cikgu -cikgu ni selalu bagi akak kerja kan? Macam mana akak nak gemuk kalau macam ni, cikgu bagi time tu, nak pun time tu juga. Ambillah coklat ni." Kebetulan ada coklat cadbury dalam beg saya masa tu. Alhamdulilllah, tak jadi akak tu teruskan kesibukanya. Dia terus tolong fotostatkan bahan-bahan saya bawa tu. Lega... Saya pun faham, kerja akak tu pun banyak. Tak patut sebenarnya saya minta dia fotostatkan segera bila dah nak masuk kelas dalam masa sejam lagi. Mujur dia nak membantu. Tengah berdua dengan Nazif ni pula saya yang kena bodek. Nazif buat muka comel, berkali - kali nak selak baju mamanya... dia saja-...

Bersendirian di hari sabtu

Bukan bersendirian sebenarnya, cuma ditemani si comel saya, Nazif. Naim dan papanya dah keluar ke Low Yat, bersama-sama dengan adik-adiknya. Haha, kesan bekerja penat seminggu ni, buat saya kembali lena tanpa menghiraukan apa-apa pun lebih kurang pukul 11 tadi. Hampir dua jam juga saya lena tadi. Mujur Nazif pun nak tidur sama. Bangun awal kot tadi telah membuatkan Nazif nak tidur siang. Bagus nak, tahu mama penat sangat ye.. alhamdulillah. Anak tidur, mamanya pun dapat berehat. Ikutkan hati memanglah saya rancang nak keluar membeli belah dan bawa anak-anak jalan-jalan hari ni. Kesian Naim, dia dah tahu yang kalau hari mama dan papanya tak kerja, dia pula tak dihantar ke taska, dia nak pergi jalan-jalan. Tapi, tadi memang tak larat sangatlah mama Naim ni. Bila bangun ni mula tinjau dapur. Kosong je. Mula-mula tadi terasa nak marah. Kalau saya sekolah hari Sabtu, suami yang jaga anak, saya akan pastikan dah siap makanan untuk semua orang yang ditinggalkan kat rumah. Namun, positifkan...

Nak kena banned kedai ni!

Image
Antara kedai makan kegemaran keluarga kami di sekitar kawasan rumah ialah sebuah kedai tomyam ni. Selalulah juga kami makan ataupun bungkus makanan dari kedai tu sebelum ni. Kedai makan biasa je, tapi sedaplah rasanya, sesuai dengan citarasa kami sekeluarga. Tapi, bila pergi lagi semalam, alahai. Dah lain. Ada perubahan dah. Naim dan Nazif ni makin galak nak main, bukan nak makan pun. Mama dan papa pun makan tak senanglah, bila dua beradik ni asyik nak main dengan benda ni je. Asyik minta duit syiling je.. Nazif pun main macam dia budak besar. Sebelum ni tak ada pun. Ai...tetiba je.. tapi bukan salah kedai ni pun, mesin ni kepunyaan kedai baju yang baru dibuka kat sebelah tu..

siapa pernah buat ni?

Image
Terjumpa video comel ni masa saya bw ke blog Lukman Zakaria ni. Bergelak sakan menontonnya, sedikit sebanyak menghilangkan stress yang ada...   Ha, mana agaknya antara ragam yang pernah korang buat? Yang #7 tu, macam saya pernah buat je.. entry sebelum ni pun...tapi di blog ni bukan di facebook... haha, malu...

Di mana ada kemahuan

Image
Di situ ada jalan.. kan? Kena kuat semangat.... saya mahu siapkan semua kerja ni menjelang tengah hari esok. Teruskan usaha.. Dapat inspirasi bila baca kisah lelaki ini , kalau dia boleh, takkan saya tak boleh setakat siapkan kerja ya g bertimbun ni dalam masa 24 jam lagi.....in shaa Allah akan boleh siap... atasi je rasa malas dan pujukan syaitan yang membuat saya rasa benda ni payah, kan? Ketenangan perlu dicari...kan? Ingat Allah selalu..

WW : semangat nak belajar

Image
Aksi Naim baca buku . Mama atau sesiapa yang berdekatan akan jadi mangsa..Sama ada dia tanya gambar apa itu atau dia yang bercerita, itu dan ini apa.. layanlah sehingga dia bosan. Kalau tak ada kita kena marah nanti... Harapnya bila dah pandai baca nanti pun rajin macam ni ye nak....

Buang bayi kerana tak suka?

Image
Geli hati saya semasa mendengar pendapat yang dikemukan oleh pelajar tingkatan 2 berkenaan dengan tajuk faktor pembuangan bayi. Ada ke budak tu jawab , pembuangan bayi berlaku kerana ibu tak suka bayi tersebut. Saya tanya balik, ibu tu sakit jiwa ke? Dia jawab semula, bukan sakit jiwa. Dia tak suka sebab bayi suka menangis.... Ai... sesuka hati je jawapan korang ye.. namun, ini sebenarnya melambangkan pengetahuan murid yang cetek. Normalnya, ada ke orang bengang sangat dengan anak  sendiri yang suka menangis.. saya jelaskan macam tu, semoga pelajar tersebut mendapat sikit pencerahan... Sejuk hati bila berhadapan dengan anak sendiri, kan??? Mak tak makan pun tak apa, yang penting anak cukup makan, kan? Apa lagi nak buang...aii..

Jawapannya : disiplin

Image
Masalah gastrik saya nampaknya tak berakhir lagi. Dah lama tak kena gastrik sebenarnya lepas dah bekerja ni. Masa belajar dulu, pernah kena gastrik yang teruk dalam sejarah, sekali. Masa tu, saya muntah 8 kali sampai kali ke 7 dan 8 tu mata dah terasa berbintang-bintang, yang keluar pun air yang terasa panas je..Doktor masa tu gunakan ayat yang menakutkan saya, sehingga membuatkan saya jadi beringat dan berdisiplin dari segi menjaga masa makan, apa yang dimakan dan cara makan.. Inilah kesannya kalau malas. Rasanya tahun ni kerap saya abaikan makan pagi sebab malas nak sediakan makanan di rumah. Selalunya kalau lapar sangat, barulah buat sesuatu. Kalau tidak, makan aja di kantin sekolah apabila... ketara malasnya kan? Hari ni, saya mulakan langkah untuk berdisplin jaga makan. Tengok, pagi-pagi dah makan sarapan. Sandwich telur yang mudah dan cepat disediakan... semoga gastrik tak berpanjangan lagi...

Kongsi minat yang sama

Image
Naim, Nazif dan Papa... semuanya suka makan telur separuh masak. Naim dah lama ikut kegemaran papa ni, Nazif pula sejak umur setahun ni, papanya mula bagi rasa dan nampaknya dia pun suka.. Tengok ajalah gaya makannya tu, makan budak besar kata papanya.. Mamanya? Tengok sahajalah...tak suka makan telur separuh masak ni...hairan pun ada, macam mana budak kecil macam Nazif pun suka makan telur separuh masak ni?

masa sibuk masa itulah macam-macam jadinya!

Image
Korang pun sama kan? kalau tengah sibuk tu macam macam hal yang jadi. Dua hari dan minggu depan ni memang minggu yang cukup cukup cukup sibuk  bagi saya dan semua cikgu sesi petang di sekolah saya, rasanya. Boleh dikatakan semua perkara perlu dihantar laporannya dalam minggu ni dalam dan awal minggu depan. Bayangkan, hari ni, Ahad pun cikgu-cikgu duk menghadap komputer masing-masing. Inilah yang buat saya geram. Bangun pagi ni dengan niat murni nak siapkan kerja yang bertimbun tu. Tapi, router Unifi buat hal pula. Rosak......Adoi geramnya.. Kerja masukkan prestasi PBS ni mustahil boleh buat tanpa ada internet....Tunggu staf TM datang, rasanya ambil masa beberapa hari tu. Papa N cakap tunggu dulu beberapa hari...Kerja mana boleh tunggu ni! Alahai.. Jadi, terpaksalah bertahan dulu. Kami cuba juga tutup buka router tu berkali-kali dan nampaknya, sikit sebanyak bolehla buat kerja. Tapi, tak lama sangat tempohnya. Dapat guna internet pun dalam 3-10 minit je, kemudian terus tak ...

Tak baik gelakkan suami sendiri

Kak Mirror pernah kata yang tak baik kita mengumpat tentang suami kita sendiri. Insaf saya bila dengar ni. Jadi, kena tulis entry ni dengan berhati-hati supaya tak jadi macam mengumpat suami tersayang a.k.a Papa N. Kisahnya lepas saya lega dari gastrik angin semalam, Papa N kata tak payah susah masak, dia makan apa pun tak pe. Namun, saya masakkan juga mee goreng untuk dia. Agaknya terharu ke apa, lepas tu Papa N menawarkan diri nak buat air teh. Tak pernah dia buat teh malam-malam, selalunya suruh saya yang buat. Manja kan? Padahal malas nak buat sendiri. Saya pun iyakan sahaja. Nak juga rasa apa hasilnya. Dari jauh saya perati. Mula-mula masak air panas. Bagus, tahu kalau buat teh lebih sedap kalau guna air panas mendidih. Puji dalam hati. Lepas tu, Papa N rendam uncang teh boh. Biasalah tu, siapa tak tahu? Lepas tu saya leka tengok tv sekejab, tonton cerita korea. Tetiba saya dengar, "Yang, mana simpan gula, tak cukup kalau letak ni". "Kata nak bu...

Kembong

Entah nak kata kena gastrik atau kembung perut petang tadi. Saya mula rasa kembung perut sejak pukul 4 lebih. Masa tu saya tengah mengajar di kelas yang paling menguji kesabaran saya. Dalam hati memang terasa gera, tensen dan tak tahan sangat nak menghabiskan masa 110 minit.. Itu yang pada mulanya saya ingatkan saya mungkin dapat gastrik sebab terlalu tertekan. Jadi, saya buat tak tahu ajalah. Ajar macam biasa walaupun perut rasa tak sedap dan mula rasa angin memenuhi perut. Dalam hati berkata mungkin nanti dah keluar kelas akan baiklah jadinya.. Tapi, sebaliknya yang berlaku. Makin lama, makin terasa kembung perut, berangin dan banyak kali saya sendawa. Menjelang masa nak balik paling tak tahan. Rakan lain tegur pun dah tak berapa nak layan.. masa tengah memandu pula makin mencucuk rasa sakit dalam perut. Hampir saya nak berhenti sahaja di tepi Lebuh Elite tu tadi. Namun sempat juga sampai ke rumah dengan selamat. Alhamdulillah. Alhamdulillah juga setelah sejam setengah berada di r...

Budak-budak sekarang

Minggu lepas peperiksaan ni murid-murid nampaknya beriya-iya nak tahu markah diorang. Dah puas bagitahu yang cikgu tak sempat lagi nak semak semua pun ramai yang mengejar cikgu semata-mata nak tahu markah. Bila dah tahu pula, bukan sikit yang nak minta pindaan markah. Sebahagiannya yang mudah faham tu ok lagi. Bila dah dijelaskan kenapa dia dapat macam tu, dia mula tunjukkan muka faham. Yang tak tahan ialah beberapa orang yang memang nak juga ditambah markah walaupun terang-terang penuh kertas jawapannya dengan tandaan merah. Yang macam ni kesnya setakat ni semua yang malas memberi tumpuan di kelas, malangnya.. Bukan saya sahaja, cikgu lain pun sama. Ramai yang mengakui budak sekarang dah tak sama dengan murid zaman sepuluh tahun yang lalu. Kurang hormat, tidak bersungguh dan pandai komplen.. kesan kemajuan ke ni? Macam mana pula generasi akan datang?

Permintaan budak sakit

Image
"Mama, Naim nak makan" Permintaan Ahmad Naim selepas dia tengok kupon-kupon Dominos yang saya bawa balik dari sekolah. Papa N bagitahu yang seharian tadi Naim tak nak makan pun, cuma minum sahaja. Add caption                                                      Dah lama Naim tak demam sebenarnya. Kali ni kena demam sampai tak lalu makan, sedih juga rasanya. Memandangkan dia nak, ingatkan nak makan banyaklah. Rupa-rupanya satu keping pun tak habis. Tak pe sayang, nanti kalau Naim dah baik kita pergi beli lagi ye.. Kupon kita ada banyak lagi ni. Kononnya RM 20 yang dibeli ni boleh jimatkan sehingga RM490 duit untuk beli pizza. Tak kisahla, yang penting tadi kami dah dapat satu pizza saiz regular percuma.. kira dah dapat balik nilai RM 20 yang beli kupon tadi.. Ai, satu lagi pembelian di sekolah. Kan dah kata, orang jual apa ...

Silih berganti

Image
Lepas tiga hari, pagi ni badan Nazif dah tak panas lagi. Lega kat situ. Tak perlu risau. Tak juga perlu saya bangun banyak kali untuk lapkan badan dia. Sekali je bangun pada pukul 3 pagi tadi. Rupanya silih berganti. Naim pula yang panas badan nampaknya. Dah diberi ubat pun tak macam turun sangat suhu. monyok dan diam je Sayang mama tu pagi ni. Mata je terkebil kebil, apa ditanya tak dijawab. Cuma angguk sahaja. Oloh oloh... Terpaksalah Papa N kerja dari rumah hari ni. Nak pantau perkembangan Naim katanya. Bagus papa, terima kasih. Naim, cepat baik ye.. sunyi rasa rumah ni kalau tak ada suara adik menangis sebab diusik abangnya. Tak ada juga dapat dengar jeritan keseronokan Naim apabila dia tengah seronok main permainan atau menonton cerita kegemaran.

Mengeteh

Image
Tensen dengan sistem PBS punya pasal, setelah beberapa kali sistem ni asyik minta kata laluan setiap kali nak kemaskini dan lambat sangat tempoh loading setiap kali sesuatu urusan tu, saya masuk dapur buat teh tarik. Pastinya kurang manis. Dah lewat ni kan? Tak sesuai makan apa-apa sekali pun. Teringat pula nasihat ustaz dalam rancangan Tanyalah Ustaz pagi tadi.. Apa sahaja yang nak dimakan perlulah ikut sunnah Nabi, baru kesihatan terjaga..  Kalau cakap pasal makan ni, nampaknya ayah saya memang jaga cara makan. Memang ikut sunnah Nabi. Beliau akan makan makanan yang paling dekat dengannya dulu dan takkan makan banyak jenis makanan sekali gus. Pernah ayah dijemput ke tiga majlis pada satu malam yang sama. Kami ingatkan ayah balik dengan perut penuh isi. Tapi korang tahu? Bila ditanya ayah bagitau yang di rumah pertama je beliau makan, di tempat yang seterusnya ayah dah tak makan apa-apa sebab tak nak terlalu kenyang. Tahu lauk apa yang dimakan? Nasi dengan pajeri nenas sahaj...

Budak demam diajak ke taman

Image
Hari Malaysia kami tak ke mana. Nazif tiba tiba demam.. Panas sangat badan dia sejak pagi semalam, jadi kami menghabiskan masa di rumah sahaja. Naim ni kalau tak buat apa-apa mulalah lain macam. Berkali kali dia tolak adiknya. Sian kecil, dah la demam masa tu. Jadi, bila petang, papa ajak semua pergi ke taman. Kononnya nak bagi Naim main dan Nazif dapat keluarkan peluh. Naim macam biasalah, pakai baju tidur sepanjang hari. Pergi taman pun pakai baju tidur Bila dah sampai, seronoknya kedua-dua Ahmad ni. Nazif pun berlari sana sini, tak macam orang demam. Semoga cepat baik ye adik.. rasanya demam kali ni sebab Nazif nak naik gigi. Boleh nampak ada 3 batang gigi baru nak keluar. Makin hensomla anak mama ni nanti. Sejam bermain tu, tentulah penat juga. Tengok kat tepi kawasan taman tu ramai yang jual macam-macam. Melihat orang menjual ais krim, buah dan sosej bakar, rasa seronoknya. Diorang ni menjual daripada motor dan kereta je, tapi banyak juga hasil jua...

Persinggahan sementara

Image
Seronok ye masing-masing tayang gambar pertunjukan bunga api. Jeles rasanya saya bila ramai rakan sekolah masukkan gambar pertunjukan bunga api di Putrajaya semalam. Kami pun asalnya nak juga ke sana untuk menyaksikan pertunjukan bunga api ni, tapi bila dah nak sampai masanya tak boleh pula nak pergi sebab tak sesuai masa. Tengok sahajalah gambar yang diorang postkan di whatapp ni.. syok nampaknya.. tapi tak apalah, kalau ada kesempatan boleh pergi untuk yang seterusnya pula. Sebenarnya saya semalam pergi ke KLIA untuk mengambil anak buah yang akan bertolak ke Jordan pagi ni. Anak sulung Kak Ngah ni. Sianla anak buah saya tidur di lapangan terbang padahal rumah mak ciknya dekat je. Dah janji dengan mak dia sebelum dia bertolak ke Mekah hari tu. Jadinya, pagi ni awal pagi lagi saya dah masak nasi lemak untuk alas perut anak buah saya ni. Semangat tul mak cik ni, kul 7.15 pagi dah siap terhidang kat atas meja. Tapi nasi tu dimakan pada pukul 7.40 pjagi. Orangnya duk baca Al-Q...

Birthday celebration

Image
Hari ni kami ke rumah kakak saya di Keramat. Tujuannya nak sambut hari jadi Naim dan Nazif kat sana. Meriah sikit kalau ramai. Ada sepupu yang boleh meriahkan nyanyian lagu hari jadi diorang ni. Terima kasih ye semua yang ada di rumah Kak Ja tadi. Waktu tiup lilin dan nyanyi lagu tu kemain seronok Naim. Jimat mama kamu ni ye, dua orang anak kongsi sebiji kek pelangi bergambar boboiboy ni.. Dahla sekarang baru nak sambutnya, sedangkan harijadi Naim bulan 3 dan Nazif pula bulan 8. haha, lagipun diorang kecil lagi. Nanti besar barulah kita buat kek sebiji sorang ye..

Ambil mood

Ai semua.. sunyi nampaknya hari cuti ni.. Syoknya korang bercuti kat mana tu? Saya ada sekitar KL ni je. Pinjam ayat Fara@Mama Aydin, golongan marhein yang macam saya ni kalau nak bercuti pun banyak faktor kena fikirkan.. haha... baru terasa kesan naik harga minyak ye.. Berkenaan dengan tajuk, saya sebenarnya nak mula tanda kertas peperiksaan sebenarnya. Kus semangat, 6 kelas lagi tak siap ni. Tadi sementara nak tidurkan anak-anak, beriya sedih sebab selalu rasa tak cukup masa nak buat kerja sekolah. Macam mana nak tunjukkan prestasi yang baik ye? Terus teringat pesanan daripada PK, ikut pelan pendidikan yang terbaru ni, kenaikan pangkat dan gaji adalah berasaskan prestasi! Terus insaf. Sepanjang siang langsung tak sentuh buku tak pe, sebab tak ingat langsung tentang tu. Ni maknanya kena puluh siapkan kerja yang berbaki banyak lagi ni. Sebelum terlupa, nak ceritakan satu kisah yang nilai murni yang ingin disampaikan pada malam ni ialah j angan baca entry orang lain separuh sahaja. K...

Kemeriahan sambutan bulan kemerdekaan

Image
Meriah kan? Lega dan bangga melihatkan hasil kerjasama murid dan guru menyiapkan kelas masing masing untuk sambutan bulan kemerdekaan. Berakhir hari ni, kelas paling ceria dah dipilih. Hadiahnya hamper besar menanti.. Budak budak ni memang kreatif kan? Paling kagum saya tengok bendera yang jadi langsir tu dan juga cara diorang susun atur semuanya..

Anakku makan apalah?

Image
Mak makan sedap ni, apalah agaknya Naim makan tengah hari ni. Hihi. Tayang menu tengah hari saya pulak. Bagi saya sedap dah ni. Tiga ekor udang dengan sambal ikan bilis. Ikan bilis di kedai A. Hassan ni memang kegemaran saya setiap kali saya pergi. Udang tu pula, asalnya tak ada dalam perancangan tapi terbeli sebab tertarik apabila anak rakan yang tengah makan kat situ dapat habiskan 10 ekor tadi. Ai, Haikal, sebab awak mak cik makan udang arini. Entah gatal tak nanti? Spesis alergik ni nak juga makan makanan laut ye.. Naim semalam tak makan nasi di taska. Selalunya bila saya tanya, Naim akan jawab dia makan nasi dengan ayam atau ikan atau sayur. Semalam mamanya tanya tiga kali di lokasi dan masa yang berlainan pun dia tetap cakap yang dia tak makan nasi. Dahla kalau kat rumah, sememangnya payah Naim nak makan nasi. Sedih rasanya. Mungkin juga sebab pada minggu ni sebelum dihantar ke taska pada pukul 10 pagi, Naim dan kenyang makan kerepok. Dia beriya minta mamanya masak, jadi terpaks...

Pemandu cilik

Terharu saya baca berita yang menyayatkan hati ni.. Takutnya, mintalah kita dijauhkan....Siapa nak dipersalahkan kalau macam ni jadinya? IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila jasadnya ditemui dalam keadaan terduduk secara melutut dihimpit ke dinding rumah teres manakala kedua-dua belah tangan memegang selipar di Taman Kerian, Parit Buntar di sini semalam. Lebih menyedihkan apabila tragedi pada pukul 12.30 tengah hari itu berlaku selepas abang mangsa yang berusia empat tahun menghidupkan enjin kereta bapanya sebelum kanak-kanak itu memasukkan gear undur. Tindakan si abang itu menyebabkan kereta jenis Mazda tersebut bergerak secara mengundur lalu merempuh si adik yang berada di belakang kereta untuk memakai selipar. Artikel Penuh:  http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2edny8UQp   Hakcipta terpelihara  Pendek kata, penjaga kena s...

Dah lama berkenan

Image
Dah lama saya berkenan nak buat, bila tengok entry blog Okje... rasanya musim Syawal hari tu lagi... hari ni baru berkesempatan nak buat ketupat goreng pedas ni..                                     Sambil buat kerja pagi tadi, saya rebuskan baki ketupat mini yang ada kat dapur. Dah rancang dari semalam lagi nak buat ketupat ni. Biasalah kalau saya masuk dapur, masak versi saya. Letak ayam sikit, lobak merah dan suhun je.. haha... suhun tu nampak melekat je antara satu sama lain, tak pelah ye...masak belasah je, kan okje?  Bawa ke sekolah dan makan ramai-ramai dengan kawan, seronok ni. Entah sedap ke tidak ni bila diorang makan nanti..Kalau tak berapa sedap pun rasanya pasti habis...    

2 jam

Semalam, beriya saya pujuk kedua Ahmad untuk tidur awal dengan alasan mama nak dapat cukup rehat. Kononnya, pagi ni saya nak menanda soalan peperiksaan hari tu. Lepas pujuk, nampaknya berjaya. Dapatlah keduanya tidur pada pukul 12 malam.  Berita baiknya, saya memang bangun pagi ni dengan bersemangat. Lepas solat subuh terus turun ke bawah, masukkan baju-baju kotor ke dalam mesin basuh. Lepas tu saya cuci botol-botol susu anak. Jemur baju, kemas baju anak, gosok baju, tengok blog dan bw sikit dan entah apa lagi saya buat...dah dua jam lebih, ni baru mula tanda kertas.Hai, kalau anak anak bangun sekejap lagi, lagilah tak terbuat, kan?  Memang kerja tak smart dan tak hard ni... kena di sekolah juga betul-betul dapat buat kerja sekolah. Dua jam sekejap je kan berlalu kalau kita buat sesuatu. Bayangkan dua jam menunggu orang atau tunggu ditemuduga, terasa nak pitam.....

Penin den

Image
Bila sekali sekala nak melawa......    tekan untuk keluarkan cc cream ni, ada dengar bunyi macam benda yang nak abis.. Pelik ni, rasanya cc cream yang dibeli di Korea ni, baru je beberapa kali saya pakai.. Memang tak suka melawa satu sebabnya. Lagi suka tepek krim pelembab sahaja...Lagipun, beberapa kali pakai ke sekolah aritu, pernah murid tegur, " teacher, awak hari ni mekap ye?" Terus saya tak pakai lagi ke sekolah. Minggu peperiksaan ni terasa nak melawa pula. Tak pakai nanti, membazirlah beli, kan? Tapi, kalau dah bunyi macam shampoo nak abis tu, siapa punya kerja ni?  Rasanya dalam rumah ni semua lelaki, kecuali saya.. Ni tak syak lagi, kerja Ahmad lerrrrr.....

Aturan Allah sememangnya cantik

Image
Alhamdulilah masih lagi kita dapat menghirup udara yang segar di bumi Allah ini. Sedar atau tidak aturan Allah untuk setiap umatnya sangat cantik. Ada yang sedang mencari pekerjaan yang terbaik mungkin mengatakan kenapa dirinya mendapat nasib kurang baik berbanding dengan orang lain? Ada yang dah dapat kerja tapi tak suka dengan kerjanya mungkin berfikir nak berhenti kerja. Ada yang belum dikurniakan cahaya mata mungkin mengeluh kerisauan bila melihat anak-anak orang lain. Ada yang menanggung sakit mungkin meluahkan kenapa dirinya diuji sebegitu rupa. Ada yang belum diiktiraf cemerang mungkin bertanya kenapa jasanya tak dikenang. Macam-macam keluhan... Tapi mungkin kita tak sedar yang Kekaburan Ketidakjelasan Samar-samar Semuanya ialah dugaan dan aturan Allah kepada kita. Kalau kita redha dan yakin kepadaNya, janji Allah pasti .....

Berdebar

Tengah bersiap untuk pergi ke sekolah. Baju yang direndam dah basuh, tunggu nak jemur sahaja sebelum keluar nanti. Tau kenapa saya berdebar pagi ni? Berdebar sebab hari ni anak anak murid akan menduduki peperiksaan. Kata sistem PBS tak ada peperiksaan kan? Ikut pentadbiran sekolah rupanya..lain padang lain belalang.. Entahla, saya yang menurut perintah .... Peperiksaan pertama untuk tahun 2013 ni. Entah macam manalah prestasi anak anak murid nanti. Semoga semua dapat jawap dengan baik ye... Ni baru cikgunya. Kalau jadi mak ayah yang anak nak menduduki peperiksaan lagilah terasa berdebar, kan? Buat anak buah saya di Au3, Siti Nabilla @ Ell, selamat menduduki peperiksaan UPSR. Semoga dapat keputusan yang baik. Semua mendoakan ni.

Hapus kira

Image
Bukan nak buat entry tentang akaun ni. Kerja saya pagi ni, kemaskan baju Naim dan asingkan mana yang layak dibuang. Lagi-lagi baju tidur Naim yang  suka sangat dia pakai tu. Kata orang, kalau dalam hubungan kena setia walaupun dalam keadaan baik atau buruk , kan? Tapi kalau baju Naim yang comot dah ni, tak boleh nak disimpan lagi sejak dia nak pakai walaupun kitaorang nak keluar pun. Malah, pernah dia bertegas nak pakai baju tidur yang bergambar burung, yang ada terkena dakwat marker pen saya masa kami keluar ke Alamanda. Dulu, saya pakaikan je baju ni waktu di rumah sebab selalunya Naim banyak kali tukar baju bila dah kotor kena makanan atau apa yang dia main. Fikir kat rumah je..Kalau dah jadi sampai gigit papa semata mata nak pakai baju tidur pada siang hari, apa kes? Ke tong sampahlah jawabnya...

Semua pun nak kicap

Image
Anak sulung saya ni, kalau makan apa pun sekarang ni semua nak makan dengan kicap. Jenuh sekali nak tenangkan Naim kalau tak ada kicap ni. Petang ni, dia buat lagi. Makan kerepok pun dengan kicap. Orang lain cicah dengan sos cili, dia pula cicah dengan kicap. Yang tak tahan tu, masa nak makan tadi, Naim pergi panggil papa dia, yang  ada di depan untuk ajak makan sama-sama. Pandai betul anak mama sorang ni..tahu ingatkan papa dia masa nak makan..besar nanti pun teruskan macam ni ye..

Rujuk kembali

Image
Sebelum ni saya pernah bagitahu yang Naim ni cukup suka pakai baju tidur. Tak kira siang atau malam. Semalam pun sama. Mengamuk dia bila kami paksa dia pakai jeans dan t shirt masa nak keluar ke Kelana Jaya semalam. Kiranya tahap marah betullah Naim semalam, sampaikan dia gigit papanya kat bahu! Sakit, kata Papa N. Hari ni pun masih terasa sakit. Kesian papa, kenapalah Naim gigit kuat? Saya suruh dia minta maaf dengan papa, tapi korang tahu? Naim tak nak cakap maaf pun.. Tapi budak, tak lama dia marah. Lepas baik je nangis tu dia kembali menempek dengan papa. Masa di Kelana Jaya semalam pun asyik minta papanya dukung je...dah lupa apa yang dia marah sangat tu. P/s: kenapa bila dah dewasa ramai yang suka berdendam?

Hari Sabtu kami

Image
Sabtu datang lagi. Korang pergi mana, buat apa hari ni? Hari ni, saya bangun awal sebab kena menghadiri satu kursus di Bandar Kinrara. Mengantuk betul semasa hadiri kursus ni tadi. Penceramahnya pula agak tak menyenangkan hati. Sabar ajelah.. Demi kerja, kenalah tempuh juga. Balik rumah jugalah saat yang paling menggembirakan hati. Dapatlah merehatkan badan yang letih ni. Tambahan lagi, masa saya sampai tadi, Nazif tengah tidur, saya pun ambil peluang nak baring juga! Syoknya.                                     Lewat petang pula kami ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Kak Ngah dan suami malam ni akan berangkat untuk mengerjakan haji, jadi kami pergilah untuk menghantar. Lagipun bukan jauh pun BSP ke Kelana Jaya. Pada masa yang sama juga, Kak Ja saya turut datang sama. Dia bawa sekali anak Kak Ngah yang belajar di Kampung Pandan, Mohd Amin. Nampak rileks je Amin ni tadi, p...

Terapi diri

Image
Pagi-pagi ni kena positif, kan? Lagipun esok dah Sabtu, memang ditunggu-tunggu pun. Walaupun malam semalam Nazif meraung-raung dari sebelum magrib hingga terlena pada pukul 1 pagi, entah apa sebabnya, tetap mamanya kena positif, kan? Yang semalam tu tutup cerita, hari ni kena mulakan dengan senyuman walaupun tak berapa cukup tidur pun sebenarnya. Antara langkah memotivasikan diri ialah menjamu diiri dengan sesuatu yang sedap. Ha, bijak tak. Pagi-pagi, mana nak jumpa benda sedap kat rumah ni...I ntai ke blog Raziff tadi, tengok mee udang, amboi, sedapnya. Perut ni mulalah rasa lapar...Ni yang tak sabar nak tunggu hujung minggu, Tinjau  bahan yang ada dalam peti sejuk, tetiba dapat idea nak buat puding roti dengan sos kastad. Bahan roti semata-mata. Kismis ke, coklat cip ke kirim salam, kalau nak tunggu bahan cukup, tak ada lah dapat makan segera, kan? Tak apalah labu..  Sambil tunggu puding ni masak tadi sempat saya dengar rancangan Tanyalah Ustaz. Terapi diri la...

Makan dan malam

Image
'd   Dua malam berturut-turut saya makan ais krim pada waktu lewat malam. Semalam satu keluarga termasuk Nazif makan ais krim pada pukul 11. Malam ni pula kami makan ais krim pada pukul 10.15 malam. Semalam perisa yang dimakan ialah tropical fruit dan malam ni pula perisa lava... Kemain langgar pantang nampaknya.. Ini tanda- tanda nak jadi g---- ni... Makan benda manis memang sedap, kan?  Ai perut, jangan buat selalu ye... Sekali sekala tak apa ye..   Ni pula budak yang makin aktif main walaupun jam dah nak masuk pukul 12 malam.. tenaga daripada ais krim yang dimakan tadilah tu...cepat juga panjang rambut Naim ni. Baru seminggu macam dah mula ada perubahan... cuma tak lebat je...nanti dah besar, pandai-pandailah cari Yun Nam sendiri ye

Sapu licin

Tadi riuh saya dan rakan sebelah bersembang sambil kami makan kek coklat lembab yang sedap. Memang sedap rasanya. Rakan juga yang buat. Pantang dia bawa je, habis. Kek coklat, kek keju, kek karamel atau apa apa pun memang laku. Itu yang kami berdua gelakkan.. Rakan saya ni cakap, "kita ni apa saja orang jual, kita beli, kita pula bila agaknya nak jual sesuatu?".. Sama-sama kami gelakkan ayat tersebut. Semangat setiakawan dan sedia makan ni biasakan? Kat mana-mana pejabat pun sama. Orang jual semua sedap, kita pula semua nak beli.. Tu tak kira kain baju lagi, kalau ada yang jual juga habis orang tu orang ni beli... Ai, memang berbaloi bawa ke pejabat.

Jeruk cili

Image
Semalam, bertambah satu kemahiran saya. Haha, kemahiranlah sangat! Kesnya bila saya masak yee mee sizling. Kebetulan, FIL tanya, jeruk cili ada tak, kalau ada tambah kick rasa mee ni.  Apa lagi, terus ke kedai kat depan, beli cili hijau.    Saya buat ikut resepi blog Kak Jee. Potong cili, rendam dalam air panas untuk beberapa minit sebelum buangkan air tersebut. Kemudian, masukkan cuka makan sehingga tenggelam cili potong tu, masukkan pula garam dan gula. Gula tu kena lebih sikit dari garam. Selepas dua jam sudah boleh makan pun.