Tangan yang memberi

Hari ni nak bawa bekal paket duit raya. Kena selongkar sampul yang Naim dan Nazif dapat, boleh digunakan semula.

                                  

Bukanlah cikgu ni nak bagi duit raya kepada semua murid..Tak mampu tu. Kalau satu kelas dalam 37 pelajar, saya pula mengajar 6 kelas yang berbeza, jadi bayangkan berapa duit raya sediakan untuk bilangan murid yang ada. Ai, banyak tu..

Selalunya saya akan pilih murid tertentu yang akan dapat duit raya. Kalau musim macam ni, murid-murid memang asyik minta duit raya je kalau cikgu masuk kelas. Selalunya permintaan diorang ni sekadar melawak je, kita boleh faham. Tapi, sajalah nak bagi, bukan bagi dalam jumlah yang banyak pun setiap satunya. Lagipun budak-budak, inilah yang menggembirakan diorang, kan? 

Macam semalam, saya bagi satu sampul kepada seorang murid yang siapkan cepat kerja yang saya bagi. Murid yang dapat tu senyum lebar sehingga habis kelas. Mungkin bangga agaknya sebab cikgu pilih dia, padahal dalam sampul tu bukan ada banyak pun, saya letakkan RM 2 je. Kepada anak-anak di kawasan USJ ni setakat jumlah tu apalah sangat sebenarnya, tapi mungkin dengan kaedah yang dia dapat tu, kuantiti tu jadi lain nilainya..apa pun tujuan nak meraikan bulan yang mulia ni sambil menggembirakan orang di sekeliling kita, itu yang penting tentang Syawal ni, kan? 

Comments

  1. Bagus jugak buat camtu..biar diaorg berlumba2 nak siapkan latihan..makin rajin lah diaorg nanti..hehe

    ReplyDelete
  2. Dua ringgit tu besar nilai bg anak kecil yg terasa dihargai..

    ReplyDelete
  3. Dulu masa kami jadi Budak budak memang suka dapat duit raya. sikit ke banyak diorang amat hargai. tapi sekarang ada yang demanding... ish2

    ReplyDelete
  4. saya pun recycle sampul duit raya... rm2 tu besar nilainya dan bt rasa anak2 d hargai.

    ReplyDelete
  5. budak2 rasanya tak kisah berapa yg dia dapat,tp penghargaan dari cikgu tu lbh bermakna,kawan2 tgk lak tu..tentu lbh gembira

    ReplyDelete
  6. auntie duit raya utk qalesya ada tak hehehe.....

    tu le aisy.. budak2 zaman skrng ni demand.. kekadang bg rm2 .. belum diaorg keluar dr rumah kita dah bersuara... " eee dua hinggit je... " hehe saboje lah...

    ReplyDelete
  7. kecil atau besar nilai duit raya tu buat kanak2 yg dpt tersenyum lebar :)

    ReplyDelete
  8. pandai taktik sis tu...jadi cikgu ni mmg kena pandai main psikologi kan...

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah...murah rezeki cikgu...pandan cikgu tackle hati anak murid...betul tu, itu pun boleh jadi penaik semangat murid2 kan...nilai belakang kire, yg penting keikhlasan...lagi pun cikgu, rm2 pada budak2 besar gak tu..dpt beli eskrim time rehat nanti eheheheheeh

    ReplyDelete
  10. amin.. murah rezeki.
    mesti la.. dalam ramai2 bila mereka y tpilih dari cikgu mau x tersenyum...
    ginilah nak ambik hati budak2 kan.. kdg2 bila buat camni, mereka lg semangat nk buat y tbaik

    ReplyDelete
  11. Bagus idea tu AN ..... jadi pemangkin utk mereka lebih berusaha selain dpt angpau raya dpd cikgu hehe

    ReplyDelete
  12. RM2 tu sgt besar nilainya tau kalau Cikgu yg bagi..
    Anak2 I pun suka dan mesti akan tunjuk pada I (blom bukak kasut lg dah menjerit suka) klu Cikgu sekolah diorang
    bg duit raya. Walaupun RM1, tapi keriangannya berbeza.

    ReplyDelete
  13. Bagus idea AN bagi duit raya pada budak2 yg cepat siapkan kerja sekolah....
    tai mmg best kan dapat duit raya dari cikgu? teringat pula zama kecik2 dulu.... hihihihi

    ReplyDelete
  14. ain, bagus ain buat camni…walaupun rm 2 tapi itu tetap bg semangat kat depa ..sebab itu hadiah dr seorang guru..

    ReplyDelete
  15. I pun kalau terpilih dapat duit raya macam tu, mmg senyum sampai ke longkang. Depa pun mesti rajin berlumba2 nak dapat "award" ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?