Perginya seorang hamba Allah

Rasanya inilah kali pertama saya merasa pengalaman penuh bila ada ahli keluarga meninggal dunia.. Kali terakhir ada ahli keluarga saya yang meninggal dunia ialah pada 9 tahun lepas, apabila moyang saya meninggal dunia. Tapi pada waktu tersebut saya masih lagi belajar di universiti di utara jadi, saya cuma sempat sampai ke rumah apabila arwah telah selamat dikebumikan.


Setiap yang berjiwa  akan merasa mati....(syrah Ali'Imran:185)

Kali ni, sempat saya melihat dari sebelum mayat dimandikan, dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan sehinggalah di bawa ke tanah perkuburan di Selekoh, Teluk Intan, iaitu kampung kelahiran arwah Opah dan juga tempat yang sama arwah atuk(suami Opah) dikebumikan. Cuma saya tidak ikut ke tanah perkuburan kerana menimbangkan Nazif yang masih kecil, risau tidak selesa dengan cuaca panas.

Rasulullah bersabda:
"Empat amalan yang dikerjakan semasa hidup dan bisa mengalir pahalanya walaupun setelah meninggal dunia: Seseorang yang meninggal kan keturunan yang saleh dan mendoakan bagi dirinya, orang yang bersedekah dengan amal jariah, orang yang mengajar ilmu pengetahuan

Alhamdulillah, anak arwah yang seramai 8 orang, semuanya datang membantu sepanjang majlis. Rezeki orang yang ada anak cucu ramai, di saat pemergian ramai yang menyempurnakan mayat. Anak anak dan cucu perempuan, bersama menjahit kain kafan dan kain untuk urusan mandi, anak anak dan cucu juga tolong semasa proses memandikan dan mengkafankan serta urusan mengangkat jenazah.  Cukup terharu bila melihat semuanya tadi.

Nazif dan Naim juga seakan faham keadaan yang berlaku. Naim yang demam pun langsung tak merengek atau menangis yang mengganggu perjalanan majlis. Nazif pun sama, lena je sepanjang majlis. Walaupun orang ramai, lena Nazif langsung tak terganggu.
 

Comments

  1. Salam takziah untuk keluarg awak

    ReplyDelete
  2. salam takziah buat aisy sekeluarga

    ReplyDelete
  3. salam takziah...alfatihah buat yg telah tiada...moga mereka ditempatkan dikalangan mereka2 yg beriman...

    **selamat hari raye aidilfitri...mohon ampun maaf zahir dan batin...moga2 kite mendapat keberkatan di syawal yg mulia .....

    hati2 pulang ke kg yeak...

    ReplyDelete
  4. Salam takziah buat awk sekeluarga

    ReplyDelete
  5. Al fatihah utk arwah opah AN .....perginya di bulan Ramadhan yang penuh berkat!

    ReplyDelete
  6. alfatihah ..

    setiap yg hidup pastinya mati

    kita juga tidak tahu bilakah tibanya masa kita

    ReplyDelete
  7. Innalillahiwainnailaihirojiuun.

    Takziah Aisy & Family.
    Alfatihah utk arwah.

    ReplyDelete
  8. Al-fatihah.. semoga seisi keluarga tabah

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1