Kisah raya

Kisah 1


A dan B merupakan pasangan kekasih yang dah bercinta sejak awal tahun 2010. Raya kali ini sangat bermakna buat kedua-dua orang anak muda ni memandangkan A akhirnya menghantar rombongan meminang B secara rasmi pada hari raya yang kedua. Malam raya tu kedua duanya tidur tak lena, sebab terlalu gembira akan bakal jadi pasangan rasmi tak lama lagi.

Kisah 2

C dan D merupakan pasangan yang telah hampir 14 tahun berkenalan. Pasangan yang mula berkenalan semasa di sekolah menengah ni, dah pun 7 tahun bernikah. Kagum betul melihat pasangan ni, walaupun seorang berasal dari selatan dan seorang lagi berasal dari Pantai Timur, setiap kali sambutan hari raya, tak pernah diorang bertekak tentang masalah beraya di mana. Malah, selalunya ,si suami akan beraya di selatan, iaitu rumah mertua dan mula balik ke kampung sendiri pada hari ketiga. Tak pernah nak membuat muka atau merajuk.

Kisah 3

E dan F pula pasangan yang baru ada anak. Masih baru juga usia perkahwinan diorang. Beberapa kali beraya bersama, masih lagi berperang besar untuk menetapkan ke mana destinasi sambutan hari raya. Kali ni, E dan F beraya di kampung ibu F. Perayaan yang sepatutnya meriah dan gembira sedikit tercalar apabila E yang rindu akan ahli keluarganya, kerap membuat muka masam, tidak bergaul mesra dengan ahli keluarga F sehinggakan ibu F turut terasa dengan perbuatan E.

Kisah 4

G dan H ni pasangan yang dah otai. Kiranya dah masuk jubli perak usia pernikahan diorang. Raya kali ni sama dengan sambutan raya beberapa tahun yang lalu, iaitu beraya di KL. Anak anak ada mengajak  G dan H balik ke kampung, namun raya diorang masih di KL.

Kisah 5

I dan J pula pasangan PJJ. I yang bertugas di sebuah syarikat yang tiada cawangan, sementara J pula masih gagal untuk menukar tempat kerja yang berhampiran daerah I bertugas. Memandangkan tempat pertemuan diorang selalunya di kampung J, maka raya kali ni disambut dengan gembira di kampung I.

Macam macam kisah raya.. Raya korang macam mana tahun ni?

Comments

  1. Assalam AN..acik tak pernah gaduh balik raya.sekarang ni dah raya dirumah sendiri je.sejak mak.ayah dua belah pihak dah tak de

    ReplyDelete
  2. Tiap tahun kami bergilir raya kg masing2. Klu thn lps raya kg big boss dulu lps zohor blk kg sy pula. Dua2 dpt rasa raya pertama. So thn ni raya kg sy dulu pas zohor blk kg big bos pula

    ReplyDelete
  3. raya akak mcm biasa je...takde gaduh2 pun nak beraya kat mana dulu sbb kg masing2 pun sekangkang kera je..hehehe, tp tahun ni malam raya dirumah akak pulak la

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1