Sambutan raya taska Naim

Balik semalam, Papa N bagitahu cikgu Naim bagi tahu hari ni akan ada sambutan raya. Jadi, anak-anak diminta bawa baju raya. Naim pun nampak seronok je,  macam teruja pun ada. Banyak kali dia cakap dengan saya, "Mama, Naim nak bawa baju hari raya"  , " mama, jom kita pergi raya", "mama, mana baju hari raya Naim?"

Ai, Naim ni.. Tengah dalam fasa tak berhenti bercakap. Pok pek pok pek je kerjanya semenjak beberapa minggu ni. Jadi, saya pun jawablah berkali-kali sampai dia puas hati dan tak tanya lagi. 

Jadi, pagi pagi lagi tadi saya pun gosokkan baju melayu Naim yang ni. Naim suka sangat baju kuning ni. Harapnya Naim akan seronoklah dengan sambutan raya hari di sekolah hari ni. Sementara kecil ni, diorang seronoklah nampaknya kalau ada majlis macam ni. Kalau dah masuk sekolah menengah, tahu je ada majlis macam ni, semua pakat tak nak datang, bosan katanya.. 

                             
 
Hensem anak mama dengan baju melayu kuning arini nampaknya..... Baru potong rambut pendek, lagi kemas jadinya.. Yang kat atas tu, gambar sebelum potong dan yang bawah ni gambar lepas dah pendekkan, nampak lebih sweet...haha, mama mestilah puji anak sendiri,kan? 

### ha, tu dia, sekali tulis dua entry.. tetiba banyak idea pulak, mengatasi kemalasan yang ada... ok, beres..nak bw pulak...banyak miss perkembangan rakan-rakan ni.

Comments

  1. naim tu xnak adek baru ke mama..,ahhKs

    ReplyDelete
  2. Betul tu AN....masa tgh suka pakai baju melayu pakaikan aje...sok dah besar, pakai baju je seluar sure ganti jean....
    Tak nampak beza pun potong ke tidak sebab tak nampak muka hehe

    ReplyDelete
  3. Musykil pulak la napa bebudak sekolah menengah tak suka
    gi beraya kat sekolah... kan bestt mkn2, pakai baju cantikkk lagi!.

    Cikgu2 kena fikirkan aktiviti yg diorang boleh take part kot.. contohnya
    pertandingan menganyam ketupat ke atau mengisi lemang ke.

    ReplyDelete
  4. Hehehe memang kan, umur macam ni suka la brkumpul berfiesta ramai2, dah besar esok malu nak jaga imej konon tak mo terlibat majlis2 sekolah. hahaha bagus Naim, selamat beraya yer. Hensem dah tu baju Melayu kunen tu.

    ReplyDelete
  5. macam mamaa dia la naim..comel

    ReplyDelete
  6. macam mamaa dia la naim..comel

    ReplyDelete
  7. siap berbaju melayu lagi. comel jea :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?