Mencabar tul : Daku nak beraya jugak


Semalam, dengan penuh daya dan kesungguhan saya dah berjaya tidurkan Nazif pada pukul 9.30. Awal betul,kan? Bagi korang yang anak dah biasa tidur awal, itu tak heranlah kan? Tapi bagi Nazif yang rutinnya tidur pukul 12 dan ke atas ni, tu dah kira satu pencapaian yang sangat membanggakan.. Tidak pula Nazif ni bangun kemudiannya, sebab mamanya pun dah lena sama-sama dengan dia. Haha, korang jangan ingat ni sebab saya nak jaga kualiti tidur supaya muka dan mata akan nampak berseri di hari raya...

Tujuan saya tidur awal adalah kerana hari ni memang niat tak nak tidur selepas subuh. Banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan menjelang sekolah bercuti ni. Hari-hari terakhir ni pun bertimbun lagi kerja menanti. Tapi, nampaknya rancangan saya ada sedikit gangguan. Tadi, seawal pukul 3.50 am Nazif dah bangun. Melihatkan matanya yang bulat tu, saya dah agak dah, ni mesti dah puas tidur. Budak kecil ni ajak mamanya main! Dah puas main cak cak, geletek dia, kejar dia jalan, dia tengok zikir dan makan biskut pun dia tak menunjukkan tanda tanda dah mengantuk. Sudahnya, pukul 7 baru Nazif tidur semula. Ini pun dia dah dua kali terbangun sebab terkejut memandangkan Naim yang dah bangun ni asyik buat aktiviti yang mengejutkan Nazif, ai...tak cukup dengan itu, dia berkali-kali cuba tepuk dan cium adiknya yang sedang tidur, macam mana adik tak terjaga?.sabar ajalah...Dahla, saya kena pergi ke sekolah seawal pukul 9.30 hari ni.

Jadi, sambil saya siapkan kerja sekolah ni saya mengambil kesempatan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan pembaca blog Ilham Hati ini. Semoga sambutan raya korang meriah dan semoga dapat kita berjumpa lagi selepas hari perayaan ini. Balik ke mana pun semoga perjalanan korang selamat.

Tak lupa juga di sini saya memohon maaf atas salah silap penulisan saya selama ini. Ada masanya saya menulis disebabkan emosi yang tak berapa tenang, ada masanya mungkin juga penulisan yang tiada niat nak menyakitkan sesiapa menjadi kesan di hati insan tertentu, jadi maafkan saya. Saya cuma insan biasa.

                                  
 
Salah silap jangan disimpan dalam hati ye.. Kita saling memaafkan jika ada salah dan silap. Ai, tak sabar dah nak balik raya ni. Pasir Mas oooh Tanah tumpah darahku, tunggu kami balik lusa ye... esok kena sekolah ganti jerebu lagi woooo.....
     

Comments

  1. ekkeke tidur lewat , terjaga dari tidur dah menjadi kemestian kpd ibu beranak kecik .. u have to us of it dear ! ;)

    akk pun nak mohon maaf diatas segala ketelanjuran bual bicara di alam maya ini .. semoga selamat kita menyambut aidilfitri nanti ..

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya buat Aisy, akakpun nak mohon maaf juga, mana tau ada diantara komen akak sblm ni menyinggung perasaan..

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya....sabor jerlah yer dgn kerenah anak2.hehehe

    ReplyDelete
  4. salam aisy...

    selamat hari raya, akak pun nak mohon maaf andai ada tersalah kata semasa komen di sini ye,alahai dah tak berkunjung rasanya sebab bz sgt sejak akhir2 ni, hari ni rehat lama amik masa sikit jenguk kawan2

    ReplyDelete
  5. Kalau ikutkan itulah seronoknya ada anak Aisy. Bayangkan mereka yg kesunyian... Mata bulat, muka comel dua itulah yg memeriahkan raya Aisy sekeluarga yg tak lama lagi.

    Selamat Hari Raya & Maaf zahir & batin juga dari kakak.

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya .. maaf zahir batin juga dr kami sekeluarga....
    hati2 ye balik beraya nanti..

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya..maaf zahir batin

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?