Ini baru dua
Keluar, jalan-jalan atau makan angin, seronok kan? Tapi, kalau dah ada anak ramai, takkan sama kan? Apa taknya, dengan dua hero ni, kalau nak keluar jalan jalan pun memang agak mencabar prosesnya.
Ambil contoh hari ni, pada hal kami rancang nak pergi minum petang di Taman Warisan Pertanian Putrajaya je, dekat tapi bukan main 'senang' prosesnya. Nazif pada waktu tu langsung tak nak diletakkan, nak didukung aja. Naim pulak lagi banyak cekadaknya. Mulanya payah nak mandikan dia. Asyik sangat tengok video di you tube. Bila dah mandi, dia buat hal sebab nak pakai seluar adik pula. Tak faham betullah, dah dipujuk macam-macam akhirnya kami yang mengalah, bagi juga dia pakai seluar Nazif walaupun memang nampak seluar tak cukup kain..
Kisah di dalam kereta semasa perjalanan tak payah ceritalah. Pendek cerita macam bawa lima orang anak, walaupun Naim je yang berkebolehan kat situ.
Bila sampai kat Taman Warisan Pertanian tu pula, korang ingat boleh makan dengan nikmat? Jangan harap le.. Nak makan pun tak jatuh ke perut, bak kata orang kampung saya.. Nazif merengek nak tidur masa makanan penuh di meja. Jadi, nak pujuk dia, saya pun bangunla, bawa Nazif jalan jalan sekitar kawasan makan tu. Sekali sekala ada ambil sikit makanan.
Naim pula mula mula makan elok. Tapi dah lama sikit, dia mula tunjuk bakat. Batang sate dia baling, mujur tak ada mangsa yang kena. Mama dia yang malu ni buat-buat larang Naim bila ada seorang adik, pelanggan di meja depan senyum tengok gelagat Naim. Dalam hati saya waktu tu, " ko adik, sekarang ko boleh senyum, nati ko ada anak ko tahu lah" .
Sudahnya kami bergegas balik selepas bersihkan mulut dan tangan Naim yang comot. Alasan bergegas balik, sebab dah nak hujan dan ada daun daun yang menjadi mangsa dipetik oleh Naim.. saya? balik dalam keadaan tak kenyang pun. Apa taknya, tak lalu nak makan bila keadaan macam tu.. sekurang-kurangnya rasa seronok sebab Naim makan banyak.
Para ibu penah tak alami keadaan macam saya?
model aiskrim dengan seluar pinjam
Seronok tengok Naim makan tadi. Habis dia makan sate tu. Muka Naim masa ni bersih lagi, duduk pun elok lagi. . Tu yang sempat mama ambil gambar..

tercapai hasrat nak makan air kelapa shake(dalam mangkuk kecil). Mangkuk yang ada straw merah ni apa ? korang tahu tak? Siapa bijak sila teka....
Seronok tengok Naim makan tadi. Habis dia makan sate tu. Muka Naim masa ni bersih lagi, duduk pun elok lagi. . Tu yang sempat mama ambil gambar..
gmbr last tuh kenape..tido ke..hehehe
ReplyDeletehaha..mata terpejam masa snap. ni bila Naim dah mula nak buat perangai. Tangan yang tak basuh lagi, dai garu kat kepala. free je rambut kena lemak dan minyak kuah sate..
Deletebiasalah anak2 kecil lagi
ReplyDeletetulah kak, saya pujuk hati sdiri macam tu lah
Deletepernah Aisy..riuh rendah bila keluar bersama..org keliling pun tengok sambil senyum2..meriah ramai anak hehhe
ReplyDeleteNi baru dua mama rey.. Kalau lg ramai entah macam manalah pula kesahnya
Deletebila besar sikit lagi, Insya Allah... ok la tu :)
ReplyDeleteAnak-anak saya mmg suka bila jalan2... sbb tu selalu beri kerjasama tiap kali kami nak keluar, selalu janji awal2 kena dengar kata :)
Bagusnya.
DeleteHarapnya naim nanti pun akan beri kerjasama yg baik
itu dua, anis yg sorang tu pun tak terlayan hohoho...camno la orang yg anak 10 tu kan...kagum
ReplyDeleteitulah pasal... mcm manalah orang yg ada ramai anak... sopan santun semuanya kot, tu yg ada 10
DeleteNak teka.. cendol. hehehe
ReplyDeleteAduh dengan dua hero keluar makan, mmg tabik sangat2 saper yg dapat makan dengan tenang nyer. saya yg sorang ni pun dah lama give up makan luar, usahkan makan, ngopi pun takder dah skang ni.
Rsa sikit macam cendol...tapi mng bukan cendol.
Deletekesian mama..10 anak tu bukan dia kuar sekaligus..so,ank dia yg sulung dn beberapa orang lagi dh boleh harap dah...tunggula,bila 2 tu dah besar,diorang pula yg tolong mama..
ReplyDeleteHaha.. Tulah, kena sabar byk2 no..
Deletehiihhi..adatlah tuu//kalau dah jadi mak ..akan faham semua tu...malu tolak tepi dah...nak wat camana...anak kita juga kan..makanya sabar sajalah...hihi
ReplyDeleteBetul.... Akak, saya semalam makan nasi dgn ayam masak hitam guna rempah akak. Sedap..
Deletebiasa la tu aisy... nanti dorang dah besar mesti rindu nak bawa pi makan2.. tapi masa tu mesti dorang dah ada geng n ada tempat makan favorite.. hhuhuh sedih la pulak...
ReplyDeleteTak pernah pegi Taman warisan ni AN...nak try jugaklah sesekali..
ReplyDeleteBudak2 baya tu memang tengah suka tunjuk bakat hehe
Hihihi. Mujur setakat ni adam behave. Senang sgt. Cuma yg susahnya, dia suka duduk rumah dr keluar berjalan2.
ReplyDeleteAnak buah pulak... seorang macam 5 orang. Buas. Mmg kurus la mak dia...
Mungkin yg ke 3 nnti behave? Time tu abg2 dh besar =)
tahla MA... tggu n jga yg dua ni dulu lah
Deletesama la kita aisy...akak kalu pegi makan mmg bergilir2 la dgn en.azmi,makanan masuk dlm perut pun kdg2 tak rasa..hehe
ReplyDeletehaaa saya nak teka jugak!! pulut mangga kan? :p
ReplyDelete