yang sombong tu biarkan je..

Eh, hari ni dah hari Jumaat ye? esok dah mula cuti sekolah kan? Seminggu pulak tu? Wah, seronoknya......

Bukan apa ni.....lega betul bila fikirkan cuti..hati berbunga bunga riang.. Kalau korang jumpa saya di sekolah rasanya korang akan lihat saya jalan cepat, makan cepat cepat dan ada masanya pula buat kerja sambil berdiri dan macam macam simptom yang menunjukkan kejar masa.

Selagi terdaya, saya buat kerja kerja yang diamanahkan kepada saya ni.. insya Allah.. Walaupun ada masanya bila ditanya, saya kena ambil masa nak fikir mana satu, sebab macam banyak juga portfolia yang dipertanggungjawabkan kepada saya tahun ni... bagi saya selagi larat, buat ajelah...fikir inilah kerja untuk mencari rezki yang halal..

Tapi, semasa berurusan dengan orang orang yang MAHAsibuk ni, ada sesekali rasa geram timbul di hati saya ni... bagi orang di bawah , saya tahu korang banyak kerja. Bagi orang atasan pulak, saya pun tahu tentu lagi banyak tanggungjawab korang... tapi, tak payahlah tunjukkan muka yang masam bila berurusan dengan orang lain.... tak lawa kan? orang pun menyampah

korang pun sama kan? kalau banyak kerja sekali pun, kalau pun penat, tapi sekiranya berurusan dengan orang yang mesra, kita akan kurang stress kan? seronok pula jadinya... kenapa nak sombong? saya ni fikir senang je, jangan susahkan hati sendiri.....cuma selesaikan kerja yang berkaitan dengan saya. awak sombong awak punya pasal...

Jadi harapnya dengan cuti seminggu ni, semua akan balik berehat dan kembali dengan ceria... Mana kita nak pergi jalan jalan ye?

Comments

  1. walau penat, stress sekalipn tetap kena senyum, iya dok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul... iaya tepat akak... lagi masam tu akan menambahkan serabut fikiran..

      Delete
  2. Betul, kalau buat kerja bersama sambil senyum riang hati ikhlas, tak stress sangat.
    Selamat bercuti.

    ReplyDelete
  3. sy paling tak suka nak angkat phone kalau tgh marah atau badmood, takut termarah org.. samalah juga jumpa org. kalau tgh badmood, org dtg nak jumpa, biasa sy elakkan(ckp meeting dsb) sbb? sbb sy takut termarah dgn tidak sengaja..
    dlm proses mengawal mood.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mcm ni ok...bagus je sebenarnya... tahu kawal diri...

      Delete
  4. Kdg2 mmg sush nk kawal mood..tp akn cuba sdaya upaya..:)

    ReplyDelete
  5. Kakak bayangkan Aisy punya ligat berjalan utk jalan masuk kelas, ngajar-ngajar-ngajar, buat itu-ini-itu-ini, balik rumah anak-anak-anak, kemas-itu-ini. Memang tak ada masa nak layan yg sombong. Bagus Aisy buat kerja dan lunaskan tanggungjawab sudah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. thanks kak zakie... lagi satu, akak kena bayangkan,, saya ada masanya tekan hp sambil senyum bila baca komen semasa berjalan di kawasan bilik guru... walaupun sibuk, curi masa baca blog n publish komen sebab buat diri rasa gembira..

      Delete
    2. Sya pun. Entry x sempat nk publish, tp smpt terjah blog kawan2 smbil makan, meeting - sometimes org borak kan dlm meeting. Baik saya berjln2. Hihi

      Delete
  6. selamat bercuti kak..sy rasa akak org 1st yg perasan huruf F pada permulaan tajuk2 entry..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat bercuti utk H juga... betul? pandailah akak ni....

      Delete
  7. Selamat bercuti Aisy....
    Eh!. Seminggu ke?.

    Mmg nyampah ngan org sombong, ada itu ari saya TERdeal dgn cashier restoran yg nyombong.. pepagi muncung mcm "org tak dpt", mcm la kita mkn free kat situ.

    ReplyDelete
  8. akak ni..kalu org yg ok dgn akak,akak ok la,tp kalu yg mmg dah tak ok tu susah jugak akak nak senyum..hehe teruk sungguh

    ReplyDelete
  9. dikk
    akak selalu jumpe org macam tuu
    serba salah nak buat kerja dgn dia huhuh
    macam2 perangai manusia kan
    mengajar betul kita nie huhuh

    selamat bercuti dik :)

    ReplyDelete
  10. sy nih kalo org2 sombong memg pangkah terus

    ReplyDelete
  11. Senyum anis baca entry ni....setuju dgn aisy......rasa gerun ja nak balik sekolah.....dah lama xterlibat dgn keja yg mcm2....hurm tu pun ada lg manusia yg kata keja cikgu ni senanggg....aduiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, kan? realiti yg agak lain dari apa yg orang luar bayangkan...

      Delete
  12. setuju sgt. nik tak suka la org yg tunjuk muka masam2 bila keje ni. lagi2 bila keje tu melibatkan org lain.
    senyum sudah...kalau masam lagi stress keje.huhu

    ReplyDelete
  13. serabut kadang2 dengan orang sombong ni,
    doa moga2 kita tak tergolong dalam golongan tersebut..

    ReplyDelete
  14. Tq aisy...atas peringatan tu kdg2 bila kerja bertimbun...stress dgn org atasan...saya dh lupa dah nk senyummm...tq tq....sbb ingatan mcm ni mmg perlu sgt...hihi

    ReplyDelete
  15. hehehe..betul tu Aisy..tak lawa muka masam mencuka..

    ReplyDelete
  16. kalau muka masam cuka dan cuka tu leh amek wat balik umah ok gak ..tapi n masam mencuka buat sakit hati je kan..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1