Apa Kata

Gambar Naim sebulan lalu kot ni, masa Atuk Ya datang ke KL aritu.. masa bawa Atuk Ya jalan jalan dia main beriya iya sampai tak nak balik... Selepas tu bila dia tengok je gambar ni, mesti Naim merayu nak dibawa lagi ke tempat ni...entah apa istimewanya .... budak budak lah kan? memang seronok main macam ni...

Dua hari lepas masa dia tengok gambar ni, Naim sekali lagi cakap...
Mama, apa kata kita main sini? Naim nak main...

hehe...pandai, rasanya hari tu kali pertama dia gunakan istilah apa kata... selepas tu sepanjang hari asyik keluarkan istilah tu aje...

Mama, apa kata Naim makan mee..
Mama, apa kata Naim nak susu Naim?
Mama, apa kata kita tidur?
Mama, apa kata naim nak tenok Ipin?

belajar perkataan baru dia balik aplikasikan kat rumah.. mujur setakat ni tk ada yang pelik pelik lagi...

Comments

  1. ololoo comel je naim guna perkataan apa kata tu :-)

    ReplyDelete
  2. bagusnya Naim.. semua benda dia tanya mamanya dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus ada, yg kurang bagus pun ada.. bila dia mengada ngadakan kak, mmg tak larat nak layan...semua nak mama

      Delete
  3. istilah baru Naim..hehe..anak sy pun mcm tu istilah yg di sebut ayik2..hehe..

    ReplyDelete
  4. Lepas ni makin banyak patah perkataan dia akan gunakan tau..:)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, cepat tangkap apa yang diajar :)

    ReplyDelete
  6. alah2 comelnyaaa naim ..
    keletah anak2 selalu buat kita happy kan ;)

    ReplyDelete
  7. gelagat naim ni sepesen je dengan Qalesya.. ayat atau kata-kata diaorg buat kita sengeh sepanjang masa...

    ReplyDelete
  8. budak2 memang gitu.. seronok bebenoler...

    ReplyDelete
  9. Hihihi dah pandai bermain kata nampaknya

    ReplyDelete
  10. berapa byk apa kata la daaa

    ReplyDelete
  11. Hahaha... adam nk lepas dh fasa apa kata. Suweeet la

    ReplyDelete
  12. kena pada tempatnya Naim guna "Apa kata"... sweet jer bunyi :)

    ReplyDelete
  13. anak2 sebesar Naim ni mmg dlm proses belajar guna satu2 perkataan dn yg paling seronok sekali bila dia gunakannya berulang2 dn kita sbgi ibubapa kena dengar dn bg perhatian dn pada yg sama kita bole ajar dia guna ayat yg betul..budak2 mmg cepat mgikut dn belajar..pandai Naim :)

    ReplyDelete
  14. Pandai naim.aplikasi perkataan apa kata tu.. hehe

    ReplyDelete
  15. comel la bila guna perkataan apa kata tu. sopan sunggah.hehe

    ReplyDelete
  16. seronok melayan anak yg dah pandai berkata-kata ni kan aisy,ada je perkataan baru yg dia bagi.

    ReplyDelete
  17. best layan anak2 yg pandai cakap ni hehehe....pandai pulak naim guna perkataan tu hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1