it's not i like i planned it this way

Korang perasan tak kalau korang ni ada janji temu dengan sesiapa atau ada apa-apan rancangan khas, pasti ada sahaja hal-hal lain yang boleh buat terlewat atau buat kita tergesa-gesa untuk penuhi rancangan tersebut? Saya selalu berhadapan dengan situasi macam ni. Saya syak syaitan ni rojim yang ikut saya ni, memang ketawa besar bila dia tengok saya kelam kabut nak kejar masa untuk sesuatu temu janji... esh, memang syaitan ni rojim betul! jahat kau!! pergilah kacau binatang, jangan kacau manusia macam aku ni..

Kalau di hari biasa, memang rutin saya, tengok jam hampir pukul 11 pagi, memang saya akan siap-siapkan barang untuk dibawa ke sekolah. selepas kemaskan barang Comel, saya pun pergilah ke sekolah dan dalam perjalanan tu singgahlah ke taska untuk hantar Nazif ni. Tapi, kalau ada je mesyuarat ke janji dengan ibu bapa ke, janji nak apa-apalah, boleh tengoklah, satu-satu jadi hal yang boleh melambatkan saya. Biasanya Nazif ok je, hari tulah dia akan meragam. Kalau biasanya baju yang dibasuh boleh disidai subuh lagi, hari tulah saya lupa sehingga nak keluar baru teringat, ei geram betul saya.. Ni tak kira lagi, waktu itu lah juga saya leka baca blog dan tulis entry, sehingga bila tengoknjam, oooooohhh no dah lewat ni!!!!

Ada ke ayat ayat yang boleh diamal untuk elak benda ni? setakat ni saya cuba setiap yang dibuat mulakan dengan bismillah dan au zubillah hi min syaiton nir rojim....




buku ni kena mengena dalam entry ni sebab menarik tajuknya .. saya cuba nak baca, tapi masuk je helaian kedua dah bermacam macam yang berlaku, tak dapat nak habiskan baca. Tapi memang rasanya, sejak tiga tahun jadi mak orang ni, tak pernah lagi saya sempat habiskan baca mana-mana buku... selalunya baca lebih kurang je... aiyooo apa nak buat ni...

Comments

  1. aiyoo mmg tak dapat nak nolong sbb saya sendiri pun selalu jadi, kalau takder kerja atau urusan lain, banyak jer cekadak nak kena hadap. bila dah lama2, jadi makin malas adanya huhuhu.

    ReplyDelete
  2. selalunya begitulah..bila kita dah set semua perancangan..ada saja yg lain terjadi,..sebabkan perkara itu,..yg lain turut tergendala..geram betol...

    ReplyDelete
  3. ha ah betul la... nak2 kalau tgk blog... mmg keje lain akan tergendala la... adoi...

    ReplyDelete
  4. hurmmm..cuba perbaiki diri kot akak..:)

    ReplyDelete
  5. saya pun sama..selalu macam tu..hihi..salam kenal semua.

    ReplyDelete
  6. betul tu..mmg selalu blaku mcm tu. syaitan ni rojim punye hal.

    ReplyDelete
  7. jahat kan syaitan ni....dia suka kacau ...

    ReplyDelete
  8. kadang2 jd mcm tu jugak,tp akak ni jenisnya kalu berjanji dgn org akak akan cuba sampai lebih awal dr org tu,mmg dr dulu akak buat mcm tu sampailah skrg nih,klu pg dgn en.azmi akak akan paksa en.azmi cepat jugak..tp kdg2 tu tak menjadi jugaklah..

    ReplyDelete
  9. jahat kau syaitan..p kau jauh2 sana..jgn kacau orang..
    sama juga Aisy kdg2 tergesa2 nak selesaikan sesuatu hal tu..

    ReplyDelete
  10. teringat pulak bila org kata "janji melayu"..means selalu tak tepati masa..janji pukul 10, pukul 11 baru nampak muka..hehehe..masalahnya, memang melayu jer ke yg macam tu? india dgn chinese mmg biasanya on time kot..

    untuk elakkan..errr, entah..xde idea nak suggest..sbb sy pun selalu camtu jugak..time kejar masa, time tu la ada jer benda yg xkena..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1