Resepi Sizzling Yee Mee kegemaran famili saya

ulang tayang gambar yee mee yang dimasak Ahad lalu.

Kali ni saya nak berkongsi resepi  sizzling yee mee seperti yang saya ceritakan dalam entry yang lalu. Sizzling yee mee versi keluarga saya terdiri daripada tiga proses. Tak payah cakap banyak, kita tengok bahan- bahan dulu ye.

Bahan untuk stok:

 Tulang ayam
 Lobak Merah 1 batang
 Leek 1 batang
 Saderi 1 Batang
 Air 2 liter
 4 jenis rempah sup cina( sebanyak segenggam)
remaph sup cina boleh dibeli di kedai herba

Kuah yang sedap akan terhasil dengan air stok yang sesuai. Air stok ni disediakan dengan mereneh semua bahan yang dinyatakan selama tiga jam dengan api kecil. Kalau nak sediakan air stok ni awal pun juga boleh. Setelah tiga jam dimasak, air rebusan perlu ditapis dan hanya air yang disimpan untuk membuat kuah yee mee. Walaupun tiga jam macam lama, tapi sebenarnya proses ni  tak rumit pun, korang boleh setkan jam untuk menutup api di dapur selepas tiga jam.

Bahan untuk masak kuah sizzling yee mee:

 Bawang putih (diketuk dan dicincang halus)
 Isi ayam (dipotong kecil)
 Cendawan Shitake (direndam sehingga kembang dan dipotong kecil)
 Minyak masak
 Yee Mee
 Kuib  Pati Ayam Magee (3 kiub)
 Kicap pekat
 Sos tiram
 Tepung jagung (satu sudu yang dibancuh dengan sedikit air sejuk)
 minyak bijan (1 sudu)
 Telur
 Sayur pak choy

Cara-cara menyediakan kuah:
  1. Tumiskan bawang putih sehingga layu.
  2. Masukkan isi ayam dan kacau sehingga kelihatan masak.
  3. masukkan air rebusan yang telah disediakan lebih awal.
  4. Masukkan kicap pekat dan sos tiram..
  5. Masukkan cendawan shitake
  6. Masukkan kiub pati ayam.
  7. Setelah kuah masak, masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yang sesuai dan boleh ditutupkan api.
  8. Akhir sekali masukkan minyak bijan.
Daripada seperiuk kuah yang disediakan kini kita bolehlah memasak yee mee pula.Seperiuk kuah membolehkan anda memasak sehingga 8 pinggan sizzling yee mee.

Cara-cara masak sizzling:
  1. Panaskan kuali sizzling(hot plate) dan masukkan minyak masak.
  2. Masukkan telur dan kemudian yee mee.
  3. Masukkan sayur pak choy.
  4. Tuangkan kuah secukupnya ke atas yee mee.
  5. Agak-agak dah masak, bolehlah diangkat untuk dihidangkan. Gunakan cangkuk ye, panas kuali ni..
Selamat mencuba. Harapnya korang dapat faham langkah-langkah yang saya tulis. Maklumlah bukan chef, tak pandai nak huraikan dengan baik langkah memasak ni.


Comments

  1. sedapnye..best ler kalau reti buat sendiri kan..xyah g kedai..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best sebab ni mmg makanan kegemaran akak... buat seperiuk, makan berklai-kali sampai malam.

      Delete
  2. hubby saya sukan makan ni... kat sini kami makan mee spaghetti jer, tak de yee mee :(

    ReplyDelete
  3. wahhh thanks kak!! nanti saya cuba! btw, blog makin hari makin cantek! ^_<

    ReplyDelete
  4. la yer smpai 3 jam nk kne rebus... sy jarang mkn, rsnya blh kira dgn jari je kot... hihi

    ReplyDelete
  5. menu ni la malam tadi... tapi, saya buat kureng kick. nxt time kita ikut menu ni la!

    ReplyDelete
  6. kita dari hari tu lagi beli yee mi
    tapi sampai srang belum masak lg.. hee..

    ReplyDelete
  7. tq utk resipi ~ errrrr..mampu ke buat ni..:)

    ReplyDelete
  8. siap ada resepi ni..best2 klu rajin bole cuba buat..
    dtg la jln2 ke rumah akak bole akak masak utk aisy nanti

    ReplyDelete
  9. wah sedapnya ....akak suka rempah ratus cina..:0 keiji( yg waner merah keci2 tu) , ginseng...best kan makan.. :) akak selalu beli kat giant paket herba n

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..pandai akak.. rempah empat ni namanya keiji, hong chau, wai san dan lagi satu saya pun lupa...

      Delete
  10. yang, boleh bagi link blog mama aryan x? akak duk click x ada, buka google plus tapi x ada entry..nak komen dia sebab dia datang komen akak tadi...aadeh

    ReplyDelete
  11. Ya Allah!. Pandai masak sizzling cik kak sorang ni. I tak pernah buat. Thanks for the recipe, one day harus dicuba ni. Mesti anak2 suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru belajar masak..sebelum ni masak ikut suka hati je...

      Delete
  12. Tengok bahan2nye pun dah boleh agak sedap...

    ReplyDelete
  13. sedapnya... selalu klu pergi food court memey makan ni sokmo

    ReplyDelete
  14. aida pun, if gi food court, selalu nya makan sizzling yee mee :-)
    best! panas!

    ReplyDelete
  15. sedapnyaa. boleh try buat lepasni. biasa makan dekat kedai je :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?