Posts

Showing posts from June, 2013

Ayam Kicap

Image
Kes mama terbeli kicap manis ABC, seminggu ni tiap-tiap hari Naim minta saya buatkan ayam kicap. Minta berkali-kali selagi dia tak dapat makan. Rajin pula tolong kat dapur, dia ambil sendiri kerusi, panjat dan tunggu tepi mamanya masak. Nampak bahaya, saya marah dia supaya beredar dari dapur, makan meraunglah Naim. Kemain gembira Naim bila saya bagi dia peluang tuangkan kicap kepada ayam yang dah masak tu. Siap dia nyanyikan lagu dalam iklan tv lagi. sumber: google Hai budak-budak. Kagum saya, macam mana dia hafal lagu iklan kicap manis tu. Mamanya baru kali pertama beli kicap ni. Masakkan ayam kicap untuk dia setiap hari dah seminggu ni dah habis kicapnya. Kalau tahu Naim suka sangat, tentu saya dah beli yang botol besar. Ni tak, botol kecil ni, wajarlah cepat habis. Lagi satu, sejak Naim suka sangat makan ayam kicap ni, makan nasi pun ada bertambah sikit. Alhamdulillah, lega saya tengok dia seminggu ni. Sebelum ni, kalau makan nasi memang ciput. Diberi benda lain, macam buah

Weekends

Ai semua, assalamualaikum.. Rasa cepat sangat minggu ni kan? Hihi, mentang mentanglah minggu ni cuma dua hari je bekerja, memang rasa cepat masa berlalu. Tak ada monday blues pun.. Alhamdulillah. Jangan lupa bersyukur atas nikmat, apa sahaja yang kita alami atau rasa. Itulah yang sepatutnya kita lakukan. Kami hujung minggu ni ada banyak plan ni. Harapnya semua berjalan lancar. Nak kena bawa adik ke hospital untuk suntikan pneumococal kali kedua yang dah lewat dua minggu lebih. Nak juga singgah kedai beli cat dan buat sikit perubahan pada cat dinding. Kasi nampak senonoh sikit dinding rumah, kot kot ada yang nak bertandang ke rumah tahun ni. Dah kali ketiga beraya di rumah sendiri, tahun ni tak ada alasan tak nak bagi orang tak datang.. Cat warna apa ya? Jenama apa yang bagus?

Hikmah kejadian jerebu

Setelah tiga hari berehat di rumah, saya rasa jerebu yang melanda negara ni, ada juga hikmahnya. Allah kan dah bagitahu, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jadi, dalam situasi saya, saya rasa keadaan jerebu di luar tak menyebabkan jerebu di hati. Masa yang diberi saya gunakan untuk berehat, luangkan masa secukupnya dengan anak anak yang pada beberapa minggu sebelumnya memang agak tak terurus. Bila dah banyak kerja, mulalah mood pun tak baik, ada kalanya Naim buat salah sikit atau mengada-ngada pun kena marah. Tak cukup masa dan letih, minggu saya sibuk dengan sukan hari tu, Nazif banyak disuapkan dengan nestum dan roti je, sebab mamanya dah penat. Kalau sebelum ni, makan malam kami banyak di kedai, minggu ni walaupun saya berpuasa sempat lagi masak banyak lauk. Kalau hari biasa, masak nasi putih dan ayam goreng serta satu sayur, hati ni sempat masa nasi minyak lagi., Hihi, tapi masih dalam proses, sempat kot siapkan nasi minyak dan lauknya sebelum waktu berbuka puasa. Taklah

Belum tumbuh gigi tapi dah nak gosok gigi

Image
Ikut kalendar, Comel tak lama dah nak masuk setahun, lagi sebulan setengah je. Pergerakan dah lasak, macam orang dah pandai berjalan. Tak panjat dia menyusup, kalau terlekat atau tersepit, pandai dia minta tolong. Kalau sembang pun, macam faham je apa orang lain cakap.. Satu je yang belum, gigi malu nak tumbuh kot..Walaupun Nazif suka makan, tapi semuanya dimakan tanpa pertolongan gigi. Kalau ikutkan, seharusnya bila anak dah diberi makan, mamanya kenalah tolong gosokkan gigi anak. Bagi kes macam Nazif, kena gunakan kain bersih yang lembab untuk gosok bahagian gusi dia. Memang mencabar untuk buat macam ni,  sebabnya dia akan meronta bila dipegang dan kain dimasukkan ke dalam mulutnya.. Tahan jelah sementara nak habiskan gosok gusi dia.. ek, ke sesuai istilahkan lap gusi?

Tahan jelah, tadah telinga

Semalam saya ceritakan yang saya kehilangan resit bayaran pendaftaran kursus yang saya hadiri hujung minggu lalu. Hari ni, bila cari kabel kamera pula, tak juga jumpa..Adoi, Papa N dah bising cakap yang saya ni tak berhati-hati. Apa taknya, bila hilang barang atau tak jumpa cari barang, dia yang akan disuruh tolong carikan bendanya.. Suami saya ni kalau bab cari barang, selalunya dia akan jumpa, kecuali yang memang betul betul dah hilang. Mungkin jenis buat kerja teliti kot.. Saya kalau biasanya, memang tahu diri ini jenis macam gitu, saya selalu hati hati. Barang-barang saya saya akan letak di tempatnya, walaupun tak kemas, tapi saya tahu. Contohnya, kalau balik dari sekolah, kunci kereta saya terus letak dalam beg tangan dan beg tangan saya terus saya simpan dalam almari. Kalau balik kampung, tahu je lah, ada ramai orang, barangan saya dan anak anak saya, saya akan letak setempat, lepas guna terus masuk ke dalam beg yang dibawa. Alhamdulillah, kalau buat macam tu, saya tak kehilangan

Kali pertama makan jeruk maman

Image
Bukan kali pertama jumpa, tapi masa kecil dulu saya tak makan sayur jeruk ni sebab rasa bendanya berbau dan tak sedap. Tak sangka tadi, tercuba... haha, baru tahu taklah seteruk yang disangka. Rasanya masam dan ditambah dengan cili padi nampaknya boleh diterima oleh tekak ini. Tambah pula dengan ikan siakap bakar dicicah asam budu, ooo sedapnya makan ala kampung.. Rasanya kalau jumpa lagi sayur jeruk ni saya boleh la ambil lebih sikit..           Kumpul tenaga untuk puasa ganti esok, alang-alang masih cuti, boleh habiskan puasa ganti lagi 3 hari.

Naim dan topeng muka

Image
Mama pakai mask masa keluar rumah, Naim pula pakai mask dalam rumah, buat mainan ....ai, tak pelah sayang, langkah pencegahan ye... Nanti mama belikan yang kecil ye, taklah macam tutup satu muka Naim tu..

Baby Cool

Image
                                  Sebelum ni kalau jumpa sedara mara diorang akan pangil Nazif dengan nama Nazif, panggilan adik atau "bulat".  Hujung minggu lalu, sementara saya berkhemah di PJ, Papa N bawa Naim dan adik balik ke kampung Tapah. Kebetulan Opahnya ada buat kenduri doa selamat, ramailah sedara yang sama sama berada kat sana. Ikut cerita Papa N, Nazif ni macam biasalah mesra dengan semua orang. Aunty-aunty nya seronok sangat main dan menggomol Nazif, dia senyum dan gelak je. Sampaikan semua auntynya bagi Nazif gelaran baru iaitu, 'baby cool'.  Baby Cool ni sekarang aktif betul. Selain berkali kali panjat tangga nak ke tingkat atas, dia juga dah pandai panjat masuk sendiri ke dalam walkernya... Kelakar pula bila ada masanya, dia masuk salah teknik, menyebabkan muka Nazif termenghadap ke arah belakang. Masa dah ada dalam tu, dia siap buat aksi lagi. Risau betul nak tinggalkan dia seorang sekarang... Memang macam macam nak dicubanya... Bila nak jalan dik oi

Semaknya seperti semak di dalam hatiku

Image
wah, wah tajuknya kemain.. hati yang tak tenang semasa balik dari sekolah tadi menyebabkan saya tersinggah di kedai bunga dan bila dah tersinggah tu terbeli pula beberapa jambak bubgaplastik dan pasu kecil. Kononnya nak bagi rumah nampak berseri sikit, sebab setakat ni kat rumah saya tak ada langsung pasu bunga mahupun bunga.. Haha, memang tak berseni dan malas kan? Kalau ada bunga, tak ke kumpul habuk.... memang alasan orang malas..    Asalnya saya ke sekolah awal macam biasa, kul 11. Sampai je dapat tahu yang sekolah sesi petang dibatalkan sebab jerebu. Murid-murid sesi pagi pun telah dibenarkan balik pada pukul 11. Kononnya saya nak selesaikan kerja yang mana belum siap. Alang alang dah sampaikan, apa salahnya duduk buat kerja sekejap.  Tapi sebelum tu saya cari resit bayaran perkhemahan hari tu untuk diberikan kepada PK Koko untuk tuntutan bayaran yang telah saya dahulukan.. Sedihnya, salah satu resit tu dah hilang. Terus hilang mood nak buat kerja dan saya balik terus pada jam 12.

Sebab dah lama tak buat

Image
Alhamdulillah selamat saya dan suami melakukan ibadah puasa hari ni..suami puasa sunat dan saya pula menggantikan puasa yang berbaki 4 hari lagi... sengaja saya ambil peluang berpuasa sementara sekolah bercuti. Bukan sengaja nak melengahkan ganti puasa. Serik saya untuk berpuasa kalau sibuk dengan banyak kerja dan pelbagai aktiviti di sekolah. Bukan sebab tak boleh, tapi sebelum ni pernah terjadi kes yang melibatkan murid murid saya bergaduh. Saya pada hari tersebut puasa setelah lama tak berpuasa. Sekitar jam empat petang saya mula rasa tak larat, lalu di kelas yang diajar tu saya pun duduk. Budak budak ni, kalau cikgunya duduk, diorang mulalah ingat macam tak ada guru dalam kelas. Ada yang buat bising dan ada yang mula pindah ke tempat rakan untuk bersembang.  Jadi, bila dah makin terasa segar badan yang pada sebelumnya macam nak rebah, saya pun bangun dan mula mengarahkan murid kembali ke tempat masing masing. Melihat keadan kembali stabil saya pun mula mengajar.  Tapi, tak

Semak status IPU tempat anda

Saja nak kongsikan info yang mungkin ramai tahu, tapi ada juga yang mungkin tak tahu kan? Ni semua sebab pagi ni dengan badan yang masih penat ni, saya dapat beberapa sms dan whatsapp message daripada kawan kawan sekolah bertanyakan hari ni cuti ke? Cuti berapa hari? Ai, macam dah jadi pengetua gamaknya.....hahaha...kelakar pun ada kan? ada pulak ditanyakan pada saya yang dari hari Jumaat tak masuk sekolah ni... kot kot ni tanda-tandanya saya orang popular? haha...apa apa sahajalah.. Antara mesej tu, ada yang saya reply, "setakat ni seharilah cutinya ikut website sekolah, tapi dengar-dengarlah pengumuman kot kot akan ditambah sehari dua lagi cutinya,".. Selepas tu, laju-laju saya semak maklumat IPU di website     http://www.malaysiatercinta.com/2013/06/indeks-pencemaran-udara-ipu-malaysia.html .  kalau tengok statusnya, kawasan Selangor yang semakin bertambah IPU, sedangkan Muar dah menurun. Agaknya ada peluang bertambah cuti esok? haha, apa pun pun semoga jerebu cepat berlal

Wajah Kesayangan Hamba

Image
  Wajah-wajah kesayangan yang ditinggalkan untuk tiga hari dua malam. Awal pagi lagi Papa N dah bawa kedua-dua putera ni ke taska untuk bagi peluang mamanya mengemas sebelum pergi ke perkhemahan. Muka tak mandi yang bakal dirindui..  Anak anak rileks je, agaknya diorang anggap macam hari biasa, petang nanti boleh jumpa mama lagi. Naim tadi siap ajak mama pergi mandi.. Ai, tak sempatlah sayang.. Comel pulak senyum je masa lambai kat dia tadi... Jumpa lagi petang Ahad ye .....Jaga diri....

Kita berbeza

Hakikah kejadian manusia, semua pun tahu kan? Kita diciptakan berbeza beza untuk diangkat sebagai kalifah di dunia ciptaan Allah yang Maha Agung ini. Namun, walaupun sedia maklum dengan hakikat tersebut, masih ramai lagi yang tak mengiktirafnya? Tak percaya fakta ni? Buktinya, cukup ramai yang tak senang lihat pencapaian mahupun kekurangan orang lain. Nak salahkan drama Melayu ke masyarakat kita jadi macam ni? Tak boleh bersangka baik, banyak nak mengambil kesempatan ke atas diri orang lain, sanggup buat apa sahaja demi kesenangan diri atau banyak bercakap daripada mengambil tindakan? Memang tak dinafikan semua ingin berjaya. Tak ada yang berkecuali, rasanya hanya yang kurang upaya je yang mungkin tak sama. Tapi kenapa hakikat perbezaan antara individu ni payah nak diaplikasikan? Mungkin ke hanya nak terima hakikat ni bila diri sendiri dah terkena?

Nak berkilat masuk muziumlah

Image
Dah berapa lama tak sertai perkhemahan rasa gayat lah bila nak kena pergi secara tiba tiba. Ayat kononnya terkejut...haha.. padahal saya dah tahu pasal ni minggu lepas lagi, tapi dalam hati yang tak rela nak pergi ni, mengharapkan tak jadi.. Menjelang Jumaat ni, macam-macam rasa bermain di fikiran. Tak macam masa remaja, kalau dapat peluang pergi perkhemahan memang seronok, dah tua tua ni, rasa tak seronok pula... Lagi-lagi macam dipaksa pergi.. Nak kena tidur dalam khemah? Nak kena makan makanan yang budak-budak masak? uniform pun tak ada lagi, bila nak pergi beli uniform Pandu Puteri ni? Mess tin siapa nak sponsor?macam mana Nazif dan Naim tiga hari dua malam  ni nanti?   Jauh juga nak ke Jalan Gasing tu, bawa budak-budak lagi...Alamak, kereta cikgu dah berapa lama tak dihantar cuci? esok entah sempat tak nak hantar cuci sebab kena ke sekolah awal, ada aktiviti kokurikulum....adoi..... kereta berkilat ada di muzium.... ayat-ayat orang malas Tetiba saya terfikir, kalau tak

Tak beli tak kena, beli pun tak kena

Image
Kereta mainan yang Naim beriya iaya nak beli ni nampaknya tahan lasak juga. Dah lebih tiga jam Naim main, kereta ni masih lagi dalam keadaan baik. Kereta kawalan jauh dengan kuasa lima biji bateri AA ni taklah mahal pun harganya. Koleksi kereta mainan Naim memang cukup banyak. Tapi, antara banyak banyak tu boleh kira bilangan yang cukup sifatnya, sebab selalunya Naim memang akan 'repair' kereta yang dibelikan tu. Ada yang tak ada tayar, ada yang tercabut pintu, ada yang tanggal pelekatnya dan macam macamlah yang jadi.. Tu yang kagum sangat tengok kereta ni masih lagi dalam keadaan baik, sedangkan dah bermacam gaya Naim cuba. Dia letak kat atas meja dan gerakkan kereta tu jatuh ke bawah, buat gaya stuntlah nampaknya.   Mula mula tadi dia buat gaya langgar sana sini berkali kali. Bila langgar je dinding, kaki mama atau kaki adik, dia gelak seronok.. Mamanya pula yang macam tarzan asyik jeritkan Naim supaya main elok elok.. Adoi, memang bikin panas tul.. Bak kata Mam

Naim: Sampai puas mandi

Image
Kisahnya, semalam tu lepas je balik daripada sukan tahunan sekolah tu saya cepat cepat berkemas. Dah lama simpan niat di hati nak bawa Naim mandi puas-puas di Gold Coast Morib.  Sian anak mama ni ye, pantang tengok air pancut atau kolam mesti minta nak mandi... Bukan jauh pun, tapi masanya yang asyik tak sesuai je. Jadi, hari Jumaat hari tu tengah berpanas di Stadium Negara Panasonic tu tetiba saya terfikir, nak kena pergi jugalah Ahad ni. Sebabnya, tiket groupon yang dibeli dah nak habis tempoh. Daripada rugi cam tu je, tak elok kan? Itulah kalut jadinya, bertolak dari rumah pun dah pukul 3.20, jadi kami sampai pun pukul 4 lebih. Lepas solat asar je terus semua turun ke tempat mandi. Naim, seperti yang dijangka, seronok betul dia. Sejam pertama masa main air tu, macam histeria dia menjerit setiap kali badan cecah air.. Rasa rugi pula tak rakamkan senyuman seronok Naim saat tu. Tak bawa turun kamera sebab kononnya semua pun nak mandi. Tapi, Nazif pula takut air. Mama pun tak jadi man

Benci betul kalau tak boleh tidur

Korang ada mengalami simptom macam saya tak? Saya ni kalau ada hal penting esoknya, malam tersebut tu memang payah nak lelapkan mata. Tadi asalnya saya dah tidur lebih kurang pada pukul 1.20 am tapi disebabkan terkejut, ni dah mula segar mata dan pusing kiri, pusing kanan pun tak ada mood nak teruskan tidur..baru pukul 3.40 am.. Cepatlah berakhir debaran untuk hari esok.. Semoga acara akhir esok berakhir dengan baik.. Nak letak jawatan sebagai guru ketua rumah sukan dengan jayanya untuk tahun ini... Semoga rumah sukan saya masih lagi juara bertahan untuk tahun ni.....cikgu pun berdebar woooi... masa jadi pelajar, tak minat bersukan pun, dah jadi cikgu tak boleh tidur masa hari ada sukan tahunan pulak... adoi...

Petua melancong ke Korea

Image
Selepas balik dari Korea ni, ada beberapa rakan saya yang bertanya, macam mana keadaan kami semasa di sana, memandangkan kami bergerak sendiri tanpa ada khidmat pemandu pelancong khas. Ramai yang sedia maklum, di Korea payah nak dapatkan makanan halal dan juga warganya tak ramai yang faham Bahasa Inggeris, bahasa kita lagilah payah. Jadi, kat sini saya bagi sikit tips setelah melalui sikit pengalaman semasa ke sana. Pertama, kena ada persediaan yang lengkap. Kalau main redah je, memang tak sesuailah. Kumpulan kami hari tu 14 orang yang semuanya ahli keluarga suami. Antara yang ikut tu, inilah dua orang yang banyak betul menjayakan perjalanan kami. Abang Man dan isterinya Kak Sal, yang telah buat kajian beberapa bulan sebelum. Diorang ni gigih tengok blog rakyat Malaysia yang pernah ke Korea. Tak cukup dengan tu diorang ni juga tengok blog berbahasa Jepun juga. Tak cukup dengan tu, diorang ni juga update dengan blog pelancongan Korea untuk mengetahui acara yang menarik yang sesuai d

Jadi ibu kena sabar banyak, banyak sabar

Image
Lama tak ceritakan pasal Naim. Makin membesar, nampaknya makin banyak kemahiran yang diterokainya sehari demi sehari. Ada masanya nak marah pun tak jadi bila dia tunjuk bakat. Macam hari ni, mentang mentanglah sepanjang hari dapat duduk kat rumah dengan ada mama, papa dan adik, Naim ni memang seronok. Macam-macam yang dia main. Periuk, kuali, cawan, baju, sudu, buku, panty liner, air paip, air minum, ais, bantal, selimut dan macam macam lagilah menjadi bahan mainan dia. Dah habis cara larang rasanya. Saya pun pa lagi, yang mula-mulanya rasa nak bagi peluang mulalah naik angin. Tapi, bila marah dia , dah mula pandai jawab dia ni. Saya tadi, ada cakap dengan dia," Naim ni tak dengar mama cakap, tak sayang mamalah tu, ".  Dia pula jawab balik, " Tak sayang Naim lah tu".  Tak ke nak gelak jadinya. Ai budak tiga tahun ni. Macam masa dia usik adiknya tadi. Tahu dia yang salah sebab buat adik jatuh, belum sempat mamanya tegur dia terus nangis sama dan bila saya datang deka

Jurnal syukur hari ini @ 4

Image
When you keep saying you are busy, then you are never free. When you keep saying you have no time, then you will never have time   When you keep saying that you will do it tomorrow, then your tomorrow will never come           Mengharapkan duit gugur bertaburan macam ni, pastinya tak mungkin.. Kalau pun gugur yang tapi  bukan hak kita, apa gunanya?   Jadi, selagi diberikan kesempatan, usahalah yang terbaik dan niatkan juga untuk kehidupan yang baik. Semua yang Allah berikan pastinya ialah ujian terbaik untuk kita...   Alam ciptaanNya yang luas dan cantik ini pastinya akan ada ruang untuk kita yang mengharap.... Syukur Ya Allah....     p/s : Refleksi diri sementara dilanda kesibukan kerja.. Minggu sukan, majlis anugerah cemerlang, majlis hari terbuka dan ceramah PBS, makan malam amal menunggu.....Nanti saya perlahan-lahan jenguk blog rakan-rakan kalau ada kelapangan ye...

Pemenang oleh-oleh dari Korea

Image
Jeng-jeng jeng...Mari kita lihat siapa yang kena.... Senarai peserta : 1. http://my-adam.blogspot.com 2. http://kancil8349.blogspot.com/ 3.   http://miaduniaku.blogspot.com 4. http://temanhatimu.blogspot.com   5. http://sam-puansyurga.blogspot.com 6. http ://iedaimmi.com 7. http://mommyfara.blogspot.com 8. http://mamaaryan.blogspot.com 9. http://k3hidupanlif3.blogspot.com/ 10. http://qasehkuqalesya.blogspot.com Pilihan pemenang menggunakan random.org                                                                       miss mirror                                                                   mama adam mommy fara       Tiga pemenang ni sila bagi alamat anda ye... nanti saya poskan oleh-oleh ini.................     Kepada yang lain, terima kasih kerana mengambil bahagian....

WW : Buah kelapa seksi

Image

Siapa nak oleh-oleh dari Korea?

Sebelum Nealopah tanya hari tu, saya sebenarnya ada terfikir nak beli sesuatu untuk rakan blogger, alang-alang kali pertama sampai di Korea. Tapi, kalau nak bagi untuk semua, tak mampu lak pulak.. Jadi, nak adil, sebab semua rakan pun saya hargai, jadi saya adakan satu giveaway . Senang je, kalau korang follower blog ini, kalau korang berminat nak oleh oleh dari Korea, sila tinggalkan nama dan url blog korang di ruangan komen di bawah ni. cepat tau, saya akan pilih pemenang pada 12-06-2013, jam 11.30 malam.. Ok, hadiah taklah hebat, tapi ikhlas daripada saya tau...

Trick Eye Museum

Image
Destinasi lawatan terakhir kami hari ni sebagai hari terakhir sebelum balik ialah ke Trick Eye Museum. Yang kali ni cadangan saya. Tak ramai yang berminat pergi. Kami berempat aje yang naik subway, turun di hentian Hongik University dan berjalan kaki sikit untuk sampai ke muzium 3D ni.   Bayaran masuk ialah 13000 won. Seronok masuk ke muzium ni. Gambarnya menghiburkan hati. Jom tengok sikit ye.. Lukisan dia nampak betul, kan? Maklumlah kali pertama saya jumpa muzium macam ni, memang penuh jakun menengok lukisan yang ada.  Gambar atas dan bawah ni ialah gambar kegemaran saya. Nampak mencemaskan betul, kan?  Nilah gaya Mak Su balik dari Namdaemon Market... Memang dah nak sama.... haha  Rompak peti besi bank....  Eh, gambar gila glamer ni pun saya suka jugalah..... Merasa berjalan atas karpet merah?                                                   Dua mamat perasan bergaya retro.