Posts

Rezeki masa kini.

Image
Pandang orang berumah banglo, rumah semi-d, sedangkan kita teres je.. sushhh.. pergi jauh-jauh hasutan syaitan ni. InsyaAllah rezki untuk kita pasti yang terbaik bagi kita. Rezki masa ke Melaka hujung minggu lepas, dapat cenderamata dari Australia. Ada juga rezki walaupun dah lama tak jumpa, orangnya ke Aus dah hampir setahun. Ditambah lagi rezki menziarahi orang balik dari Mekah, buah tangan dari Mekah dapat lagi. Rezki, rezki, alhamdulillah.  Kesihatan pun salah satu rezki, nikmat yang Allah bagi kepada kita. Siang semalam cikgu Nazif kirimkan gambar ni. Masa tu elok je dia aktif buat aktiviti di sekolah. Alhamdulillah makin lancar bacaan dalam solat yang Nazif dapat ingat. Baru bacaan yang pendek je ni. Tapi dengan pelatnya tu, kita mampu fahamla dia baca ayat masa rukuk, sujud dan dua surah pendek..Malam pula dah dua malam Nazif demam panas. Merengekla dia bila panas badan.  Hari ni nampaknya kena pontengkan dia, walaupu  dah kebah demam tapi dia tak nak bang...

Drama Naim

Jenuh mama dan papa mencari laptop mama malam ni. Biasanya kalau bab cari barang, Papa N memang hebat. Tapi malam ni tak juga berjaya cari laptop hitam tu. Padahal bendanya bukan kecil, mulalah naik hairan kami ni. Ke mana pulak perginya. Ingatkan tersalah masuk ke bilik stor, pergi juga jenguk bilik tu. Tak ada tanda-tanda pun ada kat situ. Dah hampir berputus asa, saya pun panggillah Naim. Dia ni jenis pandai cari barang macam papanya juga. Masa menerima arahan tu, dia turun bawa dan minta papanya carikan. Adoi, terus rasa alahai, ini macam tak adalah harapan nak buat kerja di laptop tu malam ni. Kalau setakat nak berblog boleh guna hp je, tapi ni nak buat kerja sekolah. Maka, saya mula lipat baju, dengan patah hatinya. Tapi tak berapa lama, Naim naik dengan muka senyum dan hulurkan laptop tu. Bila ditanya, dia bagitahu yang dia sorokkan laptop tu di bawah tempat kami letak modem dan router unifi.. memang tak syak langsung tempat tu. Ayat menyentuh hati yang Naim keluarkan tadi ial...

Risau Demam kepialu

Image
Ai semua. Tak tahula apa lagi nak cakap kalau pasal kena cuti jerebu lagi ni. Dah mula ada di berita tentang kesusahan yang ibu bapa hadapi kerana anak dicutikan sekolah. Moga cepatla berakhir keadaan ini ya. Ok, masuk cerita tentang tajuk ya. Gini, korang tahu kot pasal demam kepialu ni. Kerap dapat mesej dalam minggu ni. Pasal demam yang bahaya ni, lama-lama baca agak seram juga bila terfikirkan kesannya sehingga boleh membawa maut. Kebetulan pula saya yang biasanya jenis payah membuang air besar, dah sebulan lebih jadi sebaliknya. Mau tak risau ye, antara tanda-tanda demam kepialu atau nama lainnya typhoid ni ialah cirit birit yang berterusan. Maka awal pagi tadi saya bincanglah dengan anak buah sulung saya. Kena nasihat dengan budak tu saya pun pergilah ke klinik. Soalan pertama yang doktor tanya adalah " ada demam tak?". Bila saya bagitahu tak demam, kata doktor bukan demam kepialu. Legalah dengarnya. Namun ikut kata doktor tadi agak membimbangkan juga kalau seum...

Double triple, eh banyak ler

Image
Kisah semua sumbat sekali la.. nak jimatkan masa mak cik..Mak Cik tengah sibuk menanda kertas soalan BM ni. Mujur juga hari Jumaat haritu tak diselubungi jerebu, sempat lepas dua kertas termasuk BM. Rakan-rakan lain dah mula gelisah sebab kalau berpanjangan cuti ni entah macam mana nak buat peperiksaan nanti kerana 2.11.2015 dah mula SPM. Cikgu kena pergi bertugas mengawas SPM dah satu hal, murid-murid pun biasanya memang kena dicutikan sebab tak nak mengganggu peperiksaan. Ok, cerita pertama. Lawa tak hasil tangan Naim ni. Rasa berbaloi mama usahakan cari butang untuk kelas seni dia. Sekarang ni ada di atas meja kerja saya, ingatnya nanti nak buat frame baru tahan lama. Comel tak dua budak kecil ni? Anak kawan saya ni. Dah dibotakkan kedua-duanya nampak macam kembar pulak, padahal lain tahun tu.. semalam diajak pergi ke rumah diorang ni, geram tengok badan adik tu. Ni dia si comel saya.. adoi, suka betul makan benda tu, kalau ke kedai ayam kampung, ...

Bajrangi Bhaijaan

Image
Salam keberkatan di hari Jumaat ni. Ai, senangnya dalam hati, sesi 2015 dah nak habis. Anak-anak dah nak mula peperiksaan hari ni.. maka pagi ni masa cikgu nak berhoray-horay.. Ai, lupa pulak nak tanya, korang sibuk ke semua?  Alang-alang ni masa bergembira sebelum menerima bungkusan kertas soalan pepeiksaan, semalam saya minta suami muat turun cerita Hindustan. Dah lama betul tak tengok filem hindustan ni sebenarnya. Kesnya, semalam masa saya dan rakan-rakan buat kerja-kerja pengurusan di bilik kerja guru, kami buat kerja sambil mengimbau kenangan lalu. Kebetulan masa buat kerja tu, salah seorang rakan pasang radio. Channel lupalah namanya, tapi langsung tak ada iklan sepanjang dua jam lebih masa kami kat situ. Ketika terpasang lagu lama hindustan, maka kemainla masing-masing cakap seronok dengar. Itulah dengan tiba-tiba salah seorang rakan bagitahu antara cerita terbaru yang sedap, katanya BAJRANGI BHAIJAN ni. apa lagi, balik je semalam, mintaklah suami muat turun. ...

WW: MESRA Adik beradik

Image
Bermain, mesra, gaduh dan sebagainya. Apa yang pasti sentiasalah bermaafan antara korang.. #hari cuti pasti banyak kali adegan-adegan yang disebutkan di atas berlaku.. maka, kerapla korang peluk-peluk minta maaf ya..

Anak-anak cermin ibu bapanya

Assalamualaikum semua. Salam awal Muharam buat semua. Moga kita semua akan lebih diberkati untuk tahun baru 1437 H ni. Terasa nak menulis entry ni di atas alasan untuk peringatan kepada diri saya sendiri juga. Kisah yang sampai ke mata dan minda saya pada pagi tadi (melalui whatapps). Seorang ibu yang dinasihatkan berjumpa dengan pakar kanak-kanak kerana anaknya yang pada mulanya dianggap ada simtom autism. Masa berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak tadi, doktor mengesahkan anak ini tiada masalah autism, sebaliknya mungkin ada masalah psikologi. Seterusnya tarikh diberi untuk ibu ini membawa anak ke bahagian psikologi pula bagi mengesan apa masalah sebenar bagi anaknya tu. Sedih mendengarnya. Kesian pada masa yang sama. Kesian kepada ibu dan juga anak yang masih kecil itu. Moga sama-sama menghayati pesanan doktor kepada ibu tadi: a) anak kecil seharusnya dapat sepenuh perhatian daripada ibu bapa b) elakkan terlalu marah atau selalu memarahi anak kecil tanpa sebab yang ses...