Petua menurunkan jaundice yang 'rare'

Masa dalam pantang hari tu, merasalah saya kerisauan seorang ibu yang anaknya mengalami prolonged jaundice. Masa Naim dan Nazif, ada juga kuningnya tapi cuma beberapa hari. Dengan Nazmi ni sampai hari ke-38 pun masih lagi ada kuning tu. Mau tak semput mak tau!! Walaupun orang sekeliling asyik mengatakan kuning ni benda biasa bagi bayi sekarang, tapi hati mak mana yang tak risau kalau dah nak habis pantang masih lagi tinggi bacaannya kan? Orang yang cakap tu senanglah, kita yang mengalami ni yang menanggungnya. 

Jom imbas kembali hasil ulang alik ke klinik dan hospital untuk periksa kuning budak Nazmi ni. Bacaan paling tinggi Nazmi hari tu ialah 308. Bukan ke tinggi tu? Dah kena bertemankan lampu dua malam. Hasil dari beradu bawah lampu tu, bacaan kuningnya turun jadi 188. Ingatkan akan makin baik, tapi lepas tiga hari kemudian bacaannya naik lagi kepada 256, iaitu pada hari ke-12 usianya. Doktor minta kami datang seterusnya pada hari ke 17. Masa lima hari tu, macam-macam dah buat untuk turunkan bacaan kuning sebab dah tahu kalau lepas dua minggu masih tinggi bacaan kuning akan dikategorikan sebagai prolonged jaundice.  Risau la jadi prolonged, sebab takut ada masalah lain.

Dipendekkan kes ke klinik tu, pada hari terakhir Nazmi diperiksa kuningnya bacaan masih lagi tinggi, iaitu 170. Namun, doktor kata tak perlu lagi pergi ambil darah kerana hasil ujian darah dan air kencing di Hospital Putrajaya dah terbukti Nazmi tak ada masalah dalaman, cuma dikategorikan sebagai breastmilk jaundice.

Pada hari ke-38 tu, walaupun disahkan tak ada masalah lain, tapi kulit di bahagian perut dan muka Nazmi agak kuning lagi. Semasa menunggu giliran yang sememangnya terlalu lama di Hospital Putrajaya tu, seorang mak cik memberikan satu petua kepada saya. Inilah kali pertama saya dengar petua ni untuk bayi yang kena jaundice. Petuanya ialah memandikan bayi yang ada jaundive dengan air paip biasa(bukan air panas). Menurut mak cik ni, petua yang berasal dari amalan bidan lama ni dah lama diamalkan oleh keluarganya.

Jadi, apa lagi. Saya pun cubalah mandikan Nazmi dengan air paip sejak dari petang tu. Dengan izin Allah, beberapa hari je kulit Nazmi dah tak nampak kuning lagi. Saya terfikir juga, keberkesanan mandi air sejuk tu ke? Atau mungkin kebetulan kuning budak Nazmi ni nak hilang. Allah je yang tahu, namun legala bila dah nampak biasa kulitnya. Maklumla, kalau kes jaundice sebab susu ibu ni, ada masanya sampai dua tiga bulan baru habis kerana tunggu bila baby dah imun dengan susu ibunya baru akan hilang. Lega sangat kami bila dalam beberapa hari je dah hilang kuning kulit Nazmi, tak perlu tunggu lama. Dan hilang rasa sedih menyusukan anak dengan susu badan sendiri. 

Jadi, saja nak sebarkan petua yang 'rare' ni, mungkin kalau anak korang kena kuning nanti boleh cuba petua ni memandangkan bila anak kena prolonged jaundice macam saya, pasti pelbagai petua sanggup dicuba demi anak tercinta. Namun, kalau sebagai mana kes kami, pelbagai kaedah dah cuba tetap juga turun naik, terpaksa redo sahajala.  Ok, selamat mencuba. Moga semua ibu berpantang diberikan keceriaan dan kesembuhan dengan cepat. 

Mak yang mana tak sedih tengok fasa ni kan? Sanggup nak gantikan baby kecil kita tu kalau boleh..

Wajah budak comel yang masih lagi ada kuning masa ni. Dagu nampak tajam lagi sebab tak banyak menyusu dan berat tak naik banyak. Namun lega, sekarang badan dah bolat jadinya. Alhamdulillah.. berakhir fasa lara tu.

Comments

  1. First time reading yours. Love it.

    Terima kadih kongsi maklumat.

    It is me from:
    http:biarlembuyanglembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah semuanya dah ok..ye lah mak mana yang tahan tengok anak kena cucuk ambil darahkan, dah la tu lama pula kuningnya tu. pernah juga melalui fasa seperti itu masa adrien dulu, tapi anak2 akak semuanya jenis bacaan jaundicenya tinggi memang kena duduk wad 3hr 2mlm.

    Oh ada juga ye jaundice disebabkan susu ibu,pertama kali tahu ni hahaha, banyak kategori rupanya, hari ini dapat perkara baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, saya pun kali ni baru amik berat pasal ni sebab lama sangat kuningnya mau tak risau.. banyak sikit ilmu pasal kuning ni tahu lepas kejadian ni. Ada byk kategori kuning rupanya.. tapi bila sah dua kali ujian darah kat hosp tu kata xde apa2 masalah, memang lega sangat. Sesangat!!

      Delete
  3. Alhamdulillah.. nazmi da semakin membulat ye.. semoga membesar dgn sihat..
    Ira br tau ada breastmilk jaundice.. tq share petua n info..
    Kesian tgk baby yg kene jaundice ni, masa dia cucuk amik darah tu..alahai.. da la bdk tu kecik kan.. nk nangis tgk..
    Mmg kebanyakan bdk2 skg sng kene kuning agaknya, sbb ank2 buah ira kene kuning lama. Risau jgk selagi x hilang kuning.. kesian kat baby n mak2 yg dlm pantang ni nk kene ulang alik g spital n klinik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha. Itulah ira.. masa hari ke 38 tu dia belum bulat lg.. lepas tu sampai skrg(hampir 20 hari) memang beza sangat, bulat dah ni.. berat terasa dah. Legalah nampak anak membesar elok dan xsakit apa lagi.

      Delete
  4. Alhamdulillah. Nazmi dah membulat ya ^_^ Dagu runcinglah best, AN. Cute ~_^

    Oh, saya baca ajelah tentang prolonged jaundice ni sebab memang takda pengalaman. Siapa yang tak susah hati kalau anak tak berada dalam keadaan baik. Mahu kembang kuncup hidung menahan air mata sebak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. yang runcing tu masa dlm pantang.. sekarang dah berdagu dua dah si nazmi ni.. membolat badannya.. dlm dua puluh hari je lain dia drp masa dlm pantang hari tu .

      Delete
  5. Wah nazmi prologed jaundice ya..fajam sgt perasaan tu..masa aryan haritu seminggu je dah susah hati bgai nk rak..ni kan smp sebulan jaundicenya..mujur dah ok ye..bf jaundice memang mkn masa la kan..

    Btw memang rare petuanya..apa salah cuba kan.nmpk macam takda efek apa dr beri mkn bnda bukan2.yg menyembuhkan Allah..kita usaha je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agknya lojik petua ni ialah bila dimandikan dengan air tak panas, badan baby jadi sejuk.. tu kan lawan keadaan kuning kan? Baby naik bacaan kuning bila maknya makan benda panas mcm jamu, halia, lada hitam dan kunyit kan? Maybe bila mandikan dgn air tak panas, dalaman yang panas tu keluar.. entahla, tapi orang bagi patua, sy try jela.. bak kata PK, ada orang try mcm2 bagi baby minum pelbagai sampai anak kembong atau cirit, petua ni nampak ok je.. air paip takla sejuk sangat pun.. kecuali air paip kat CH tu mmg xleh la apply kan?

      Delete
  6. Bersalin?. Really?. Nampak sgt saya dah tertinggal keretapi ni Aisy. Kena baca dari mula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. dh abis pantang pun ni. Orang obersi tu sibuk aje

      Delete
  7. Mau tak risau kita sebagai mak mak nikan AN...Kalau mak pun mmg risau weyh....mulalah start pikir yg bukan bukan, tak kiralah org cakap jaundice ni mmg biasa kat baby ke hape....
    Memang tak pernah dengarlah petua tu......Selalunya mandikan pakai herba yg beli kat sinsei je kan.

    Alhamdulilah, Nazmi pun dah sihat,mam pun dah lega. Moga terus sihat dan montel ye budak comel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg sinsei tu dah pakai, tp tak juga turun byk kuningnya. .. mmg boleh kata byk ptua kami dah cuba tapi tak berkesan, itu yang sampai 38 hari masih tinggi tu.

      Delete
  8. Alhamdulillah....
    Yelah,,adakalanya petua org lama pom blh dguna pakai jgk.. kiranya mudah je ..just mndi dgn air paip direct.. nnti blh la lya bgtau jgk pd kwn or sedara mara klo ank dia org kna jaundice

    ReplyDelete
  9. Lupa nak ucapkan tahniah aritu atas kelahiran Nazmi yg kacak ni. Congrats Aisy!.

    ReplyDelete
  10. Anak sy pun masih ada kuning walaupun da hari ke 25.. Mcm2 petua da Cuba, masih turun naik bacaannya. Ni tunggu result darah n urine lak lg 2 mgu. Harap x apa2 lah... Google2 terjumpa blog ni.. Esok nk try mandikan die ngan air paip lak. Harap2 berkesan jugak la pada dhia...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1