Posts

Showing posts with the label petua kurangkan prolonged jaundice

Petua menurunkan jaundice yang 'rare'

Image
Masa dalam pantang hari tu, merasalah saya kerisauan seorang ibu yang anaknya mengalami prolonged jaundice. Masa Naim dan Nazif, ada juga kuningnya tapi cuma beberapa hari. Dengan Nazmi ni sampai hari ke-38 pun masih lagi ada kuning tu. Mau tak semput mak tau!! Walaupun orang sekeliling asyik mengatakan kuning ni benda biasa bagi bayi sekarang, tapi hati mak mana yang tak risau kalau dah nak habis pantang masih lagi tinggi bacaannya kan? Orang yang cakap tu senanglah, kita yang mengalami ni yang menanggungnya.  Jom imbas kembali hasil ulang alik ke klinik dan hospital untuk periksa kuning budak Nazmi ni. Bacaan paling tinggi Nazmi hari tu ialah 308. Bukan ke tinggi tu? Dah kena bertemankan lampu dua malam. Hasil dari beradu bawah lampu tu, bacaan kuningnya turun jadi 188. Ingatkan akan makin baik, tapi lepas tiga hari kemudian bacaannya naik lagi kepada 256, iaitu pada hari ke-12 usianya. Doktor minta kami datang seterusnya pada hari ke 17. Masa lima hari tu, macam-macam dah buat ...