Naim's graduation day(6 tahun)
Masa memang cepat berlalu bila kita sibuk mengejar kehendak dan keperluan kehidupan kan?
Dah nak habis tadika pun nampaknya anak bujang saya, abang long ni. Tadi pagi, lama saya renung Naim dalam baju seragam sekolah tadikanya. Hajat hati nak ambil gambar dia, tapi dia tak nak. Dah pujuk pun dia bertegas juga tak nak bergambar. Tak apalah tak ada kenangan Naim pakai baju seragam sekolah tadika buat kali terakhir, sebab gambar sebelum ni memang ada. Masih lagi kenangan yang manis kan?
Sebenarnya masih ada dua hari lagi sesi persekolahan tapi esok dan lusa diorang tak perlu pakai baju seragam sekolah lagi.
Ahad lalu dah selesai pun majlis graduasi atau Ihtifal sekolah tadika Naim.
Meleleh air mata mamanya sepanjang masa di majlis ni. Papa N yang pada mulanya asyik mengusik pasal air mata saya yang jatuh berguguran tu, bila makin lama dah pandai buat tak tahu je. Geram betul saya, bukan dia tak tahu perangai bininya ni. Kalau pasal anak-anak memang murah air mata.
Sekolah tadika pun ada graduasi bagai, kan? Dulu-dulu selalu saya fikir gitu, rasa biasa je dan macam melebih-lebih. Tapi bila kita yang mengalaminya, rasa gembira, bangga dan macam-macam pulak ye. Anak bukan akak berusia enam tahun banyak kali, kenangan kita tak ada kalau tak alaminya masa yang sepatutnya.
Alhamdulillah, kali ni Naim kalahkan pelajar perempuan. Dia dapat tempat pertama dalam kelas. Rasa bersalah sangat sebab masa Naim duduk peperiksaan kali ni, saya yang baru seminggu lebih berpantang memang tak tengok dia. Papa N pula temankan dia pada malam exam tak sampai setengah jam pun, sebab dia memang tak ngeri kerjasama. Nampaknya kami kena berikan lebih tumpuan lain kali.. dah masuk sekolah rendah dan sekolah menengah pasti pelajaran lebih susah , jadi kena berikan lebih tumpuan.
Alhamdulillah, moga terus jadi anak yang beriman dan berjaya bila besar nanti, ya Naim.
Si adik tu pun buat mama papa bangga juga pada hari tu. Pandai Nazif menari mengikut steps masa dalam persembahan murid empat tahun.. cute sangat la adik!!! Tak sangka Nazif mampu ikut steps dengan baik. Tak sabar nak tunggu dapatnya DVD dari sekolah, nak tengok lagi..
Alhamdulillah, tahniah Naim dapat tempat pertama..
ReplyDeleteEh, Naim... sama la jubah konvo kita... merah kuning jugak...
Nanti dah dapat DVD tu, upload la video beberapa minit letak kat blog.. Nak tgk Nazif menari..
Alhamdulillah.. tahniah naim..smga terus berjaya dlm pelajaran, cemerlang dunia akhirat..
ReplyDeleteBudak2 skg ni, tadika pun ada konvo kan.. sek aimy hari sabtu ni.. aimy ada setahun lg sek tadika.. cepat betul masa berlalu..
Tahniah! Habiskan kisah di tadika Naim ya, AN.Itulah, kalau tak mengalaminya sendiri, tak tahu macamana rasa sebak semacam tu ^_^ Nanti hari pertama di sekolah, lagilah harubiru rasa di hati!
ReplyDeleteBudak-budak sekarangkan memang asyik berkonvo aje ^_^ Kita dulu, konvo itulah sekali - masa habis belajar universiti!
Takpa AN. Anak cikgu ni biasanya tak susah mengajar. InsyaAllah, cemerlang. Maklumlah, anak cikgu nih bukan anak DO. Hahaha!
Sekejap ja dah besar..lepas ni sedar-sedar tinggal mama ngan abah ja kat rumah tu. Anak-anak dah bawa diri entah ke mana..
ReplyDeleteOwh sebaya dengan Zarif yer.. comey jer bujang kecik ni dengan jubahnya tu nampak maco..
ReplyDeleteAlhamdulillah..cpt sgt msa bjln kan... thn depan dh darjah 1.. lya fhm sgt rsa tu..sbb dh pernah rsa time fsya tu.. mcm2 rsa ade..
ReplyDeletePart tgk ank buat psembahan tu paling eksited kan...
Smoga naim n nazif trs berjaya hendaknya,,
Aisy, ingatkan saya sorang je meleleh air mata masa graduasi anak2, baca kat mana2 semua ibu akan begitu. Yala kannn... kita yg melahirkan, alih2 mereka dah besar, dah pandai baca.. mestilah terharu.
ReplyDeletePeel mak2 ni macam sama je rasanya kan...apa2 hal tentang ank2 mudah je mengalirkan airmata..
ReplyDeleteApapun tahniah untuk naim, selamat menempuh alam persekolahan ditahun hadapan, semoga terus cemerlang
Tahniah Naim....
ReplyDeleteMoga terys cemerlang dan terbilang ye.
Kalau okje, nangis nangis ni mmg biasa. Masuk tadika nangis, graduasi nangis, sesi jumpa cikgu nangis, haha ....kelako pulak rasanya