Rezeki masa kini.
Pandang orang berumah banglo, rumah semi-d, sedangkan kita teres je.. sushhh.. pergi jauh-jauh hasutan syaitan ni. InsyaAllah rezki untuk kita pasti yang terbaik bagi kita. Rezki masa ke Melaka hujung minggu lepas, dapat cenderamata dari Australia. Ada juga rezki walaupun dah lama tak jumpa, orangnya ke Aus dah hampir setahun. Ditambah lagi rezki menziarahi orang balik dari Mekah, buah tangan dari Mekah dapat lagi. Rezki, rezki, alhamdulillah. Kesihatan pun salah satu rezki, nikmat yang Allah bagi kepada kita. Siang semalam cikgu Nazif kirimkan gambar ni. Masa tu elok je dia aktif buat aktiviti di sekolah. Alhamdulillah makin lancar bacaan dalam solat yang Nazif dapat ingat. Baru bacaan yang pendek je ni. Tapi dengan pelatnya tu, kita mampu fahamla dia baca ayat masa rukuk, sujud dan dua surah pendek..Malam pula dah dua malam Nazif demam panas. Merengekla dia bila panas badan. Hari ni nampaknya kena pontengkan dia, walaupu dah kebah demam tapi dia tak nak bang...