Merah menawan aper

Hai semua.. 
Lama tak menulis.. biasalah bila dah cuti ni macam-macam hal nak kena dibuat. 
Bercerita pasal warna merah yang menjadi tema sambutan hari guru di sekolah kami tahun ni. Pada mulanya, ramai yang komplen termasuk saya. Merah?? Tak ada konsep lain yang lebih menarik ke? 
Hihi.. nampak sangat suka komplen ya. Tapi rupanya merah ni menarik, menawan dan ceria. Tengokla warna warni variasi merah oleh para guru yang ada. Meriah dan tetap menarik di pandangan mata.



Cik adik comel ni yang menang undian guru paling penyayang sesi pagi, pun nampak lawa sangat bergaya dengan skirt merah cilinya ni, kan?

Bergambar dengan dua murid yang suka mengusik cikgunya. Masa budak berdua ni beriya nak bergambar dengan cikgu, ada kawan yang tegur muka kami bertiga nampak seiras. Yeke? 

Kenangan majlis tahun ni.. ehem..paling ceria ke? Alhamdulillah apa pun. Kali kedua dapat menang undian macam ni untuk sambutan hari guru..

Comments

  1. wah...merahnya mak ngah!!! =)
    cikgu AN memang layak terima anugerah tu
    sebab nampak lagi muda dari murid

    ni puji lebih ni, dapat hadiah dak? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. yeke? Memang kena bg hadiah ni.. kena puji yang best ni. Baru boleh geng NekMommy kat BMC tu..

      Delete
  2. Tahniah AN..
    cantik pakai warna merah kalau kena gayanya kan..
    ceria2 je cikgu semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ira..

      Itulah yang mula ubah fikiran bila nampak semua pakai merah suasana jadi ceria..

      Delete
  3. Setuju AN... merah tu menawan... Hahaha, nampak sgt saya ni kipas susah mati (die hard fan) kaler merah :)
    Bukan setakat seiras, nampak cikgu dgn anak murid pun sebaya jer...
    Wah, tahniah AN... gaya bercerita kat blog pun dah tahu AN ni jenis cikgu yg ceria... bestnya memang AFUNDI dari anak2 murid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni puji banyak ni kembang hidung ni.. haha.. afundi ya.. hihi rezeki tak sangka..

      Delete
  4. Alhamdulillah...tahniah aisy, wah dah dua kali tu,memang ceria betul ni,mesti kesukaan pelajar juga ni,tuannya pun memang manis bila berjumpa depan2 senyummm je..hehehe.

    ye warna merah ni memang ceria dan menawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kali pertama dulu, paling penyayang.. kali ni ceria lak.. hihi, yeke jumpa depan pun manis, semalam tu saya mandi pun tidak lagi.. ops.. pecah rrahsia.

      Delete
  5. red is my peberet colour AN..same goes to Aiman..memang merah warna yg ceria dan berani..

    tahniah cikgu AN..klu dh dapat undian tu..maknanya memang ceria.terima la kenyataan.hehe..

    ReplyDelete
  6. amboi2 dlm diam2 rupanya guru paling ceria yer... tahniah yer

    ReplyDelete
  7. cntik semuanya
    merah mak ngah
    alhamdulillah tahniah
    selamat hari guru akak..
    rindu pulak suasana di tadika dulu

    ReplyDelete
  8. Wahhhh!!! Cantik semuanya! Tak apa la warna merah pun... Macam2 merah Ada..

    Cikgu paling ceria rupanya! Alhamdulillah... Senang pelajar nak approach bertanya kan soalan.

    ReplyDelete
  9. wahh..tahniah kak...dpt award lg tu..

    ReplyDelete
  10. Eh, merah itu menawan, AN! Saya memang suka warna terang-terang macam ni. Nampak muda walaupun tak berapa nak muda lagi dah katanya....

    Memanglah seiras, dah namanya 'anak' murid cikgu *_* Hehehe...

    Wah, dapat cikgu paling ceria ya? Maknanya antara yang disukai murid-muridlah ni. Ceria tu kalau ikutkan definisi saya, memang gelak aje tak ingat dunia.. Kita sedih pun orang tak sedar sebab kita ceria sangat di depan orang ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. entah la apa yang budak ni tengok saya sebagai ceria tu.. agaknya saya mmg jenis kerang busuk kot.. tu yang kalau marah ada masanya budak tak faham saya tgh marah.. adoi..

      Delete
  11. Tahniah AN...
    Kalau dah dpt award maksudnya mmg betul betul ceria orangnya ni.....
    Seronoknya ada cikgu yg sporting....

    ReplyDelete
  12. AN.. Dah nmpk sebaya je awak ngan ank2 murid tu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?