Ang pow

Jangan ingat kurang jiran berbangsa cina, tak dapat angpow. Kalau dah rezeki tak kemana kan?
Petang tadi, aunty depan rumah datang sekali lagi memberikan dua sampul angpow kepada Naim dan Nazif dengan dua biji limau. Saya mulanya enggan mengambil sampul yang diberi kerana malam sebelum tahun baharu cina yang lalu, aunty yang sama ni dah menghulurkan satu sampul yang di dalamnya berisi RM30. Tapi, tadi aunty ni cakap yang sebelum raya cina itu lain kira.

Alhamdulillah, rezeki korang murah tahun ni. Dua kali dapat, walaupun RM40 jumlahnya, itu dah kira banyak juga, kan? Siapa nak bagi percuma?

Peristiwa di petang hari yang sedikit sebanyak menambahkan keceriaan mama NaimNazif yang tengah stress nak siapkan kerja sekolah yang bertimbun. Siapa suruh bergembira dulu, kang last minute macam ni kalut jadinya?



rezeki kegembiraan datang dalam pelbagai cara. Bergantung kepada cara kita menerimanya. Kita permudahkan urusan orang, insyaAllah dimudahkan urusan kita pula nanti..

Comments

  1. Murah rezeki NaimNazif... Sedapnya limau tu...
    Setuju sgt dgn ayat last tu :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..bolehla naim & nazif tambah duit tabung :)
    bagus aunty (jiran Aisy N ni), muhibbah *thumbs up

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..rezeki tu, xkira la berapa jumlahnya kan..
    Anak2 mesti gembira dpt ang pow. Hehe..
    selamat kembali ke sekolah.. :)

    ReplyDelete
  4. Betul murah rezeki naim nazif..RM40 pun byk bagi sy..pemurah betul anty jiran AN tu ye..dua kali bagi angpau..kami takde jiran cina..tp setiap Kali raya cina mewah jugaklah dengan limau n kuih raya. Jiran tempat abh mak berniaga tu selalu kasi.depa tak makan memang setiap tahun hantar rumah kami. Ini pun kira rezeki jugak kan..

    ReplyDelete
  5. waah...murah rzeki ank2 AN..byk tu dlm satu envelope..ada ong gitu!!

    ReplyDelete
  6. Byk nya jiran bg jumlah satu angpaw tu ye. Walau x kisah nilainya berapa tetap kita rasa seronok kan... Terasa mesra dgn jiran bila mereka sudi bg angpaw

    Rindu pula jiran cina di segamat. X pernah lupa hulur sesuatu bila tiba thn baru cina . Thn ni x blh x dpt lah berkunjung ke rumah dia

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..rezeki naimnazif..leh simpan bank tu

    ReplyDelete
  8. Gambar tak nampak....mungkinkah sama kes dgn entri kak zakie dan okje ? ...

    Wowm...mmg rezeki betul hero berdua tu.Sebelum dan selepas CNY dpt angpow...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah rezeki anak2 seronoklah naim dan nazif dapat angpow

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah murah rezeki anak2.. mesti suka nazif dgn naim

    ReplyDelete
  11. saya ada ramai kawan cina, memang camtulah cikgu AN
    angpow sebelum dan semasa tahun baru cina itu sendiri
    semua tu pada kepercayaan diorang akan beri diorang more luck
    rezeki anak-anaklah tu cikgu AN =)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?