Perut lapar tapi takleh makan
Assalamualaikum semua..
Hari yang sepatutnya menggembirakan tanpa ada kegusaran di hati, kerana hari ni sekolah kami cuti lagi tau awak.. jadi boleh la kami golek-golek sorang diri kat rumah. Tapi, siapa sangka masa nilah gigi geraham bongsu ni nak memunculkan dirinya. Haha, korang tengah gelakkan sayalah tu kan? Takpe, masing-masing kenalah ya..
Saya ingatkan kesemua gigi saya dah naik awal-awal. Ada juga orang yang dah tua-tua macam ni baru naik gigi geraham bongsunya ya? Masa macam ni, teringat pula MIL saya pernah cakap yang gigi gerahamnya naik masa beliau dah nak pencen. Naik kejap je dah terus kena cabut. Aih, betul ke kisah dalam memori saya ni? ke dah tertukar dengan kisah gigi sesiapa? Haha, minta ampun maafla kalau kisah dah salah orang, maklumla tuan sakit gigi, takleh fikir dengan baik..Tadi, suami minta crikan barang sebelum beliau ke pejabat pun saya tak dapat jumpa, lalu jadikan alasan gigi tengah sakit ni takleh nak cari barang, haha, apa kena mengena ya?
Ha, korang ada petua tak nak kurangkan rasa sakit gigi dan gusi ni? Ini baru satu, sepatutnya empat batang kan? Adoiii.. Lama kan proses naik gigi geraham ni? Katanya gusi dh keras? Sakitnya taklah sepanjang masa, tapi bila sakit tu, serba tak kena jadinya. Itu yang rasa tak tahan tu. Jangan bagi saya cadangan kena pergi jumpa doktor gigi dan bagi doktor toreh sikit gusi supaya gigi senang keluar tau, tak rela saya !!!! jangan lupa bagi petua-petua yang membantu tau..
ok, bai, nak cuba kunyah sesuatu sebab perut saya dah terlalu lapar ni..

Aiman pun masih cuti hari ni.sy harini abes keja pg.sok off..rabu baru keja pagi.Ohh sikit macam mana pun kena makan sikit jugak,klu tak nti perut masuk angin.kepala pening bertambah lagi sakitnya AN,
ReplyDeleteSy takde pengalaman pasal gigi bongsu ni,ke gigi bongsu sy tak tumbuh lagi?hehe apa pun bertabahlah AN..takde pulak petua. Cer Google tgok..
makan juga.. saya minum susu dan kunyah buah slow2.. rasa nk g klinik bg doktor cabut la gigi ni. haha,, ada orang bg cadangan macam tu.. sebab katanya tak ada gigi geraham bongsu pun kita masih boleh mengunyah macam biasa..
DeleteOoo..try ler amik makanan yg lembut2 dlu AN..cam bubur nasi ke
ReplyDeleteadoi kak.. terfikir gak nak buat bubur, tapi macam tak lalu nak telan je.. rasanya masak nasi lembik sikit je drp biasalah penyelesaiannya. kemudian makan dengan laut lembut2.. tgahari tadi minum susu je 2 cawan, kenyang juga ya.. leh kurus ni
Deletekumur air garam. air yg agak suam..
ReplyDeleteIn shaa Allah
akan dicuba.. thanks kak
Deletesaya pun tak sure la..tak pernah pula rasa sakit.tak tau gigi bongsu tumbuh ke tidak.sorry..hehe..jwpn tak membantu
ReplyDeleteIsh tak membantu langsung.. haha..
DeleteTakpe la.. at least tahu yang kawan sebelah ni tgh sakit gigi ye. Esok kalau ada orang muka masam tu faham2 ler..
AN..mak saya die tumbuk bunga cengkih jd serbuk, pastu tempek dekat tempat sakit tu. mula2 letak, sakit gile sampai berdengung telinga, lepas 5-10minit, sakit hilang dan x berulang lagi katenya..
ReplyDelete(ceritakan pengalaman mak sbb diri sendiri x merasa lagi sakit ni)
Nati saya try ya.. harapnya berkesan.. kena try juga sebab masa sakit tu memang tak tahan..
DeleteAnak2 saya pun masih cuti lagi... hehehe
ReplyDeleteAlamak, saya pun tak pasti dah tumbuh ke belum gigi bongsu.... rasanya dah.... Tak de pula petua yg boleh kongsi... huhuhu
kalo dah azab sangat sakitnya, mmg kna beranikan diri utk jumpa doktor & cabut huhu...sian juga kalo terus2an sakit...gigi kalo dah sakit, apa pun tak boleh..
ReplyDeletesila makan bubur ya..sy boleh imagine rasa lapar sbb xleh makan (menahan sakit gigi tu).
sy kalo sakit gigi (gusi bengkak), biasa gak amalkan petua kumur air garam tu, tapi kalo masalah gigi geraham bongsu ni, tak pastilah..huhu
Perghhh sakit dia mcm nk telan org pun ada kan? Seingat sy br pernah tumbuh sebatang ke dua je kot gigi saya yg bongsu tu. tp aritu doc suh buang katanya gigi tu x guna pun. Lg pun dia memerangkap sisa makanan, nnt jd penyebab sakit gigi lg susah. TAPI.. Gigi tak sakit disuruh cabut??? Takda laaaaaaa.. Hahaha
ReplyDeleteAdui, sakitnya kalau gigi buat hal. Hari tue pernah try hurix untuk sakit gigi. Cuba lar mana tak menjadi.
ReplyDeleteNgilu....
mkn ubt tahan sakit je la kak..
ReplyDeletelya dh rsa..mmg smpai demam n sakit kepala...
lps tu, tumbuh senget la...kena oprate buang...
takder petua kak... tahan kan jer... biar dia keluar... kalau sakit lebih dari bersalin bagitahu saya yer... saya pun tunggu gak geraham keluar nih... ngeeee....
ReplyDeletelaa siannya.
ReplyDelete1) pakai bonjela... beli kat farmasi
2).Kumur air garam
3).Gigit cengkih
Jgn mkn sgt ubat tahan sakit (kecuali dah tak tahan sgt) nanti gestrik lg...
Alamak.....okje pun tak tau geraham bongsu dah tumbuh ke belum....Nak bagi petua pun tak tau sebab tak de experience. Tp org selalu ckp kalau sakit gigi, buat apa pun tak waras .....mau kena lempang kalau ada org yg tumbuk sambal!
ReplyDeleteakak pun gigi bongsu tu baru nak tumbuh,dua2 belah pulak tu,tumbuhnya sikit2 setiap kali gigi nak keluar jadi seram sejuk je badan siap demam bagai,lagi sakit ati digelakkan en.azmi katanya dah tua2 pun gigi baru nak tumbuh ke? adoi kalu tak kenangkan suami dah kena siku tu hahaha
ReplyDeleteboleh rasa sakitnya gigi tu bila nk tumbuh.. fuh smpai demam la. semoga akak cepat sembuh. gigi nk tumbuh baru tu. hehe
ReplyDeleteCNY yang lepas sekolah Bubbly Abang tutup dari 18hb sehingga 24hb. Saya pun tumpang menyibuk sekali, ambil cuti 23hb dan 24hb. Ingat plan nak ke Penang tetiba dapat tau anak saudara terbang ke Kuwait pada 22hb. Terus batal rancangan!
ReplyDeleteGeraham bongsu ni memang saya dengar kalau nak tumbuh memang sakit sangat tapi saya sendiri takda pengalaman. Rasanya memang tak keluar lagi geraham bongsu saya. Harap-harapnya tak keluar langsunglah. Hehehe....
mmm, sy pon tak pasti.
ReplyDeleteada ke tak.hihi.apa daaa.
sebab jarang sakit gigi.
cuma permah skali kot rasanya sakit gigi gaham masa ddk jb dlu.
saya letak gambir serawak.
lps tu rasa mcm tebal semacam je bibir.
so far, mmg lega la.
alahai kesiannya dia ye
ReplyDeletesaya dah lama melalui fasa tu, kebiasaannya gigi bongsu ni
akan cacat sebab tak ada ruang untuk dia membesar
ramai orang cabut gigi tu sebab dia tak berfungsi sebanyak gigi lain
harap sekarang dah kurang sakit tu ye cikgu AN