Ajif

Menulis entry sambil Nazif lena kat atas riba. Rasa sayang pulak nak letakkan si comel ni ke atas katil. Apa taknya, kerja menidurkan Nazif ni, kalau malam memang kebanyakannya dibuat oleh Papanya. Sejak berhenti menyusu, kemain lewat Nazif ni tidur setiap malam. Mama dan Naim dah lena baru dia nak tidur. Hairan betul, budak kecil tidur pukul 1 pagi. Anak-anak kawan saya kebanyakan jenis tidur pada pukul 9 malam.

Di usia 2 tahun setengah ni Nazif dah mula suka membahasakan dirinya Ajif. Kalau apa-apa dia nak, selalunya dia sebut Ajif, " Mama, Ajif nak makan?", " Ini beg Ajif".

Terpengaruh dengan abangnya pun dah makin ketara. Kalau dulu, biasa dengar ayat, " Mama, jomla jaga Naim ni" bila Naim nak perhatian. Sekarang dia lak buat ayat tu sambil tukar Naim kepada Ajif.
Kalau bab meminta atau memanggil dialah johan. Abangnya pun selalu francaiskan kepada Nazif kalau dia nak sesuatu. Maka, Nazifla yang akan datang meminta bagi pihak abangnya. Bab memanggil, suara memang lantang dan budak seusia ni suka ulang ayat sampai orang dewasa kena ikut, jadi kalau dia panggil makan, walaupun dia makan limau je, semualah wajib pergi dekat dan sama-sama menjamah supaya Nazif takkan panggil lagi..

Bab bercakap pula di fasa memang tak tahu berhenti. Tapi sebutannya masih lagi dalam proses pembelajaran. Paling ketara huruf r , disebut y. Memang gelak besar bila dengar Nazif ni sebut perkataan yang ada r. " Ajif nak pakai baju yama-yama"  , itu maksudnya dia nak pakai baju bergambar rama-rama ye, kawan-kawan. Kita minta dia betulkan dia akan cakap dia dah cakap betul.. adoi, redho jelah..lama-lama nanti insyaAllah makin oklah harapnya.

Tak lupa juga nak ceritakan yang anak soleh ni dah tak sabar nak bersekolah. Masa abang buat kerja rumah, dia kalut nak tulis sama. Setiap hari bila bertanya keadaan Naim di sekolah, Nazif pun menyibuk nak cerita sama. Kawan adik siapa, cikgu siapa..ada saja modalnya.. malam pun, kalau dia dalam mood, apa saja benda dia buat, akan dibuat sambil belakangnya pakai beg sekolah, walaupun ada masa baju seluar tak pakai, cuma ada lampin pakai buang sahaja.
gambar lama, sebab tuannya tidur atas riba kan, payah nak ambil gambar baharu.
Nanti kena ikut minat abang suka baca buku juga ye tau Adik. Tapi, kalau dua-dua datang minta mama bacakan buku sekali gus, macam mana tu? harapnya Naim cepatla pandai baca sendiri. 

Comments

  1. Ajif ajif... dia pun dah tak sabar nak ke sekolah..
    Abang naim lah idola terdekat dia sekarang ni...
    Tak perlu risau mama... bila Naim dah pandai baca, nanti dia pula yang bacakan buku untuk adik dia... Tak pun Nazif yang suruh Naim bacakan buku utk dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. amin.. harapnya gitulah nanti ya..harapnya Naim mempengaruhi adik supaya rajin gak membaca..

      Delete
  2. kikikiki. insya allah anak kedua akan lebih cepat pandai. sbb kalau kita kurang rajin pun, dia ada pengaruh yang baik utk diikuti. semua benda dia akan lebih advanced. insya allah

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    minat dr kecik..tk heranlh esok besar jdi ulat buku....
    cari buku suku kta...cpt pndai bca..

    ReplyDelete
  4. Ohh dh pandai bahasakan diri dengan nama sendiri.org ada abang macam tu la.sentiasa jadikan abang sebagai mentor..Bab ckp pelat mmg normallah kan..comel Sgt nazif ni..tembam muka bulat, takdelah slim macam abang..hehe

    Aiman dulu suka sebutkan haruf s sebagai t..klu sayang dia sebut tayang...😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa tak tembamnya, kul 11.30 malam macam ni, dia mengunyah biksut kering lagi.. yang ni memang lalu makan.. abangnya pulak, jenis memilih.. itu yang slim.. abang 15.5kg, adik 11kg berat..

      Delete
  5. seromoknya baca kisah Ajif..comel je

    ReplyDelete
  6. Pelat tu lumrah biasa anak-anak. Yg penting jgn kita ikut gaya dia. Tak lama lagi semuanya jadi ok tu Aisy. Dari pembacaan kakak melalu entri-entri Aisy kakak dpt nampak dua-dua ni pun cerdik dan memang tak mustahil adik biasa ikut apa yg abang suka. Kalau abang suka baca buku adik pun akan ikut sama..

    ReplyDelete
  7. Seronoklah bila melayan mereka ni bercakap. Silap haribulan kita pun nak ikut pelat sekali walaupun dah berkali-kali kata itu bukan cara terbaik :) Anak saya sampai sekarang tak boleh sebut F betul-betul. Kalau nak pergi KFC mesti sebut K-ep-Ci. Anak nombor dua ni pick up memang cepat sikitlah rasanya, maybe sebab ada idola aka abangnya. Sama lantang suara dengan si Adik. Kalau bergaduh pun suara dialah yang lantang sampai sakit telinga ni. Antara Naim dan Nazif, siapa lagi lasak, AN? Kalau tengok rupa macam si 'Ajif' jerk *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. rasanya mmg Ajif lebih lasak sikit.. mmg ligat orangnya ni..

      Delete
  8. PANDAI sgt ajif..
    nampaknya ajif x sabar nak ke sekolah jugak..
    sama mcm kakak asya ni, jns tdo lewat...
    sekarang sejak dh sekolah baru la awl sikit tdo..itu pon jam 11++..atau paling awal pon 10.30++

    ReplyDelete
  9. comel je sebut yama-yama..hehe
    insyaAllah nanti ok tu, pelan2...macam anak sy dulu, tau2 da boleh sebut betul2.alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  10. hehe..panggilan ala2manja gitu!!ajif...

    ReplyDelete
  11. Cumil la Si Ajif.
    Budak2 ni lambat tido mungkin dah puas tido siang kat Taska kot Aisy sbb dulu ank I pun camtu. Stress kita dibuatnya.

    ReplyDelete
  12. ajif..ajif...mesti comel bila nazif bahasakan diri macam tu

    ReplyDelete
  13. Selamat berhujung minggu...ajif...

    ReplyDelete
  14. alahai cute je rasa..
    gambar lama pon tak pa kak asalkan ada sbgai penghias entry..
    seronokkan
    aamiin ..

    ReplyDelete
  15. Alahai..comey je 'peyat' dia tu.. yama-yama.. sya ingatkan maksudnya lama-lama..kihkihkih

    ReplyDelete
  16. Ajif ye?dah bijak membiasakan diri dgn nama sendiri .

    Bab pelat tu kira okey kot sbb dia baru dua tahun lebih. Anak2 LM sampai 4 tahun pelatnya. Hehehe

    ReplyDelete
  17. rasa macam dah komen sini..hai mungkin akak terlupa agaknya,baca tapi tak komen hehehe,takpe akak komen lagi..comel sangat tu bahasakan ajif...

    ReplyDelete
  18. Petang petang gini tenet slowlah pulak....tak dpt nak tengok gambo Ajif yg shomey....hihi

    Budak kecik cakap apa pun tetap cute...lebih lagi yg pelat pelat mcm Ajif ni

    ReplyDelete
  19. Dh mkin besar ajif tu.. nama manja tu. Hehe.

    ReplyDelete
  20. kira tahun ni 3 tahun ye cikgu AN?
    muda setahun dari aisyah
    tapi aisyah pelat sangat walau tahun ni dia dah 4 thn
    tak tahu camne nak sekolah besok
    pun sibuk nak sekolah dah tu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1