Kegusaran mama keceriaan Naim

Kalau pagi macam ni, Naim ni sokmo monyok je. Jenis tak menangis dia ni walaupun dibangunkan dalam keadaan layu sangat tuan badannya. Selepas dimandikan biasanya Naim akan termenung menonton tv atau main apa permainan di ipad dalam keadaan sayulah biasanya. Disuakan makanan pun kebanyakan hari Naim tak nak jamah pun. Lagi bagus sebenarnya tu sebab mama dia takla kena masak di awal pagi macam tahun lepas.

Pagi ni, macam biasa nampak Naim dalam mood monyok je.. saya cuba bersembang, Naim jawab sepatah je. Tanya lagi dijawabnya dengan anggukan sahaja. Masa saya kemaskan baju yang hendak dibawa tadi, tiba-tiba berubah reaksi Naim. Mimik wajahnya jadi ceria dan gembira dengan tiba-tiba.

Kesnya, masa saya masukkan baju ke dalam beg Naim, saya berpesan yang setiap hari Naim wajib bawa balik spendernya yang berjumlah tiga yang saya letakkan ke dalam   begnya. Saya tambah lagi, " Ni spender Naim dah banyak hilang, kesianla papa. Abis duit papa kena beli spender Naim yang baharu". Mendengar ayat saya yang itulah, wajah Naim terus jadi ceria. Naim terus tanya sambil tersenyum, " Jadi, nanti kita kena ke masuk(shopping mall) nak beli spender baru Naim? "

Ha.. korang tengok tu anak zaman sekarang? Ai.. kenalah mama berceramah pagi hari. Kenala sambung ayat supaya Naim tahu pergi tu memang kitaorang suka dan akan pergi tapi kalau tak kena beli barang yang sengaja dihilangkan tu, lagi bagus. Jimat duit papa. Harapnya Naim faham. Dia angguk je masa tu.

Yang lagi best, lepas angguk tu, anak bertuah ni tanya, " Jadi kita beli robot je?"

Comments

  1. ye la naim..beli robot je ye.hi hi..comel je Naim..mood berubah ceria bila nak pergi shopping mall

    ReplyDelete
  2. hahahaha..bijak nye dia menghabiskan duit papa n mama.

    ReplyDelete
  3. kikiki. seronok g mall. macam adam, asal jumaat je tanya... esok kita g shopping kat mana?

    adoi la.... dia ingat shopping je!

    ReplyDelete
  4. hahaha...naim...naim!
    tu cara budak kecik tp sama je la ngan yg dah besar pjg pun..selama dok asrama ilang benda tu la ilang benda ni la sampai baldi pun bleh ilang.dlm setahun asyik kena bli benda yg sama..bab shopping ni hepi la depa!

    ReplyDelete
  5. Hihi... usia masih mentah lagilah Aisy. Faham tak payah beli selalu fahamlah tapi beli benda lain kegemaran dia tetap nak juga. Manalah dia tahu mama/papa ada duit ke tak. Yg dia tahu kalau tak ada kena shopping/beli dah tu mesti papa bayar. Senang kata dapat apa yg dia nak..

    ReplyDelete
  6. Hahaha... Itulah budak-budak sekarang! Takpalah Naim, kalau dah masuk mall tu, pandai-pandailah nak minta apa. Yang penting cara tu kena betul, kalau tidak takdalah merasa nak dapat apa-apa pun :)

    ReplyDelete
  7. hehehe..suka nak shopping tu.tapi budak-budak biasalah,excited pada mainan yang lebih tu.

    ReplyDelete
  8. hai spender hilang, siapalh yg ambil ye..
    seronok shopping klu ada duit... kn

    ReplyDelete
  9. hehehe..suka Naim ye..robot jg yg disebutnya..
    nak p shopping dia terus ceria...

    ReplyDelete
  10. Suka dgn tajuk entry hari ni....
    Bila baca ayat last tu, terus ketawa kecil... hahaha
    Naim naim... lain yang kita nak sampaikan, lain yang dia faham...

    AN, nampak gaya spender pun kena label... senang sikit nak cari bila hilang....

    ReplyDelete
  11. Haha comel betul naim.budak biasalah,mall tu tempat dieorang suka..bukan budak aje,kita yg dah tua ni pun suka kan..tp tulah kena terangkan.lama2 nti naim faham la.kecik lagi naim tu..

    ReplyDelete
  12. Haha comel betul naim.budak biasalah,mall tu tempat dieorang suka..bukan budak aje,kita yg dah tua ni pun suka kan..tp tulah kena terangkan.lama2 nti naim faham la.kecik lagi naim tu..

    ReplyDelete
  13. tersenyum sy bc kisah spender dan x tahan gelak baca respon Naim haha *bertuah la haii*

    ReplyDelete
  14. Ha3, adoiiiiii anak2.. macam2 tapi tetap menghiburkan kita.

    ReplyDelete
  15. Hahaha... sempat lagi dia...

    ReplyDelete
  16. Dapat tak naim beli robot tu? Dah mcm abg adam nih,pantang nampak robot sampaikan bil besar nanti nak jadi robot katanya

    ReplyDelete
  17. Naim ni mesti suka masuk Toy r us ni kalau berjalankan....hihi....Namanya pun budak AN.....
    Budak lelaki agaknya mmg kurang sikit perihatinlah AN...Sama jer ngan SA tu.....bab bab barang yg kurang penting bagi dia, sampai ke beso carelessnya .....
    Dulu masa kat hostel songkok rasanya sampai 5x belilah, sandal jgn cakaplah...

    ReplyDelete
  18. Hehehe seronok shopping ye sayang?

    Takpe blh bagitau dia kalau tak perlu beli spender nnt blh guna duit tu beli buku noddy yg baru ke.. Hehehe

    ReplyDelete
  19. haha.. itulah motipnya.. nk robot..
    hihi..pndai sgt naim..

    ReplyDelete
  20. hihi
    mesti nk robot lettew.
    pandai mama pancing..
    sebut je pergi shopping terus berubah ceria ye

    ReplyDelete
  21. Monyok sbb nk main robot ye.. hihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?