Terinspirasi dengan mereka

Assalamualaikum semua.

Dah lewat begini, dua Ahmad kesayangan ni masih lagi ligat bermain. Nazif terutamanya tak berhenti nak mengomel, berceloteh itu sini. Maka apa lagi, mamanya pun tak dapatlah nak lena juga. Kecualilah pada malam yang memang saya penat sangat, tak kisah bising pun dapat juga tidur tak ingat dunia. Hari Jumaat lepas kisahnya, saya tidur di sofa depan tv pada jam 9 malam lagi, lepas dikejutkan saya sambung tidur di dalam bilik sehingga pukul 4 pagi. Masa itulah mengucap panjang bila sedar baju tak tukar, mandi pun belum dan memang belum solat Isyak masa tu. Adoi..

Kerja punya pasal ya. Tapi, dalam kesibukan minggu lepas dan minggu ni, saya sedikit sebanyak dapat inspirasi untuk menjadi ibu yang hebat. Masa saya menghantar peserta ke pertandingan boling MSSD, salah seorang murid saya mendapat perhatian ramai. Rupanya murid ni pernah mewakili Selangor untuk pertandingan bawah 12 tahun. Kini dah masuk sekolah menengah, ramai menantikan prestasi beliau. Rupanya, ibu bapa murid ni memang cukup menyokong minat anaknya. Sejak usia 9 tahun, murid ni diberikan guru khas. Ibu bapanya juga mahir bermain boling dan memang suka menemankan anak di pusat boling. Setiap kali pertandingan yang anaknya sertai, kedua ibu bapa pasti akan memohon cuti untuk memberikan sokongan kepada anak.

Begitu juga dengan seorang bapa yang saya jumpa masa sesi latihan boling pada pagi tadi. Gigih menemankan anaknya semasa sesi latihan. Tak disangka pula bapa yang saya maksudkan ini ialah bekas pemain hoki Malaysia pada suatu ketika dulu.

Itu kisah ibu bapa prihatin. Selain itu, terdapat salah seorang peserta boling yang saya hantar ke pertandingan pada minggu lepas tu merupakan model sambilan. Bila ditunjukkan gambar-gambar iklan yang pernah disertai oleh murid ni dan juga abangnya, yang juga pernah menjadi murid saya, satu persoalan mula memenuhi minda saya. Kenapa setahun mengajar diorang ni tak perasan pun?

Perkongsian ini mungkin kisah biasa bagi korang. Namun bagi saya, saya melihatnya sebagai perlunya ibu bapa membimbing anak mencapai kejayaan dalam apa sahaja bidang yang diceburinya. Bakat anak terserlah dengan adanya usaha ibu bapa. Kesungguhan, keiklhasan dan penat lelah para ibu bapa terbayar dengan melihat kejayaan anak-anak. Sesungguhnya jangan menilai seseorang daripada luarannya. Kena lebih luangkan masa untuk anak-anak dan cari apa yang anak suka dan pandai buat supaya boleh ditingkatkan keupayaan anak itu kan..

Entry semalam akhirnya siap tulis pagi ni. Ai.. mood ke laut bila kelam kabut macam ni..

Comments

  1. Betul AN.kita sebagai parent kena sokong minat anak.kejayaan mereka kejayaan kita juga. Tak sangka he cikgu AN dikelilingi selebriti. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. saya pun tak sangka. Selama ni kalau ada murid sekolah ni yang pelakon atau penyanyi, saya memang cam. Ada 3 orang. Yang model ni, saya memang tak cam dia tunjukkan gambar baru saya percaya..

      Delete
  2. betul tu aisy..sebagai ibu bapa,kita sebenarnya kena menyokong minat anak2 tapi kena tengok juga la ke arah mana minat mereka tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. kalau pandai tengok sejak dari awal bagus la.. anak boleh bermula seawal usia..

      Delete
  3. Entri tertangguh dan bersambung menulisnya padanlah panjang, AN :)

    Yalah, bagi saya pun kalau anak-anak menunjukkan minat dalam sesuatu cabang, haruslah kita beri sokongan asalkan tidak memudaratkan masa depannya. Saya terinspirasi seketika dengan abang saya kerana dia berpandangan jauh. Masa anak-anaknya masih kecil, dia mencari kelebihan masing-masing terletak di mana. Katanya, kalaulah anak-anak ditakdirkan tak pandai dalam pelajaran dan tak berjaya, sekurang-kurangnya minat mereka dapat membantu mereka meneruskan kehidupan. Makanya dia hantar kesemua empat anaknya untuk mendalami bidang yang mereka minat. Tak sia-sia rupanya perancangan abang saya ni walaupun anak-anaknya pandai-pandai belaka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. ni mesti abang MD ni macam parents yang saya jumpa tu. Bersemangat masa merencana masa depan anak2..

      Delete
  4. Salam


    Awal tahun mmg semua busy mcm2 aktiviti . Siannye tertido dgn x mandi lagi. Letih sgt nampaknya .

    Tiap ibu bapa kena bagi ank2 peluang ceburi apa yg ank minat. Kdg2 larangan dari family buat bakat ank2 terbantut dan tak berkembang. Sy tgk adik ad nk join kelab angklung.. Teruja pulak saya sbb sy mmg x reti main pun. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya pun teruja dengan angklung. Kalau anak pandai main nanti, bangganya.

      Delete
  5. Jadi atas tangan kita sbg mak ayah lah kan nak anak kita nanti jadi apa?
    Kena pandai cungkil bakat anak2 dan berikan sokongan yang sepatutnya... Tapi itu lah, mind set orang kita kalau tak pandai akademik nanti tak ke mana...
    Irfan dah request nak masuk football school sebab nak bawa pasukan malaysia ke piala dunia katanya... Tapi mak dia pula yg keliru nak kata ya atau tidak... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. bestnya tengok cita2 budak seusia Irfan tu. Berpandangan jauh.. betul gak, kita lak yang rasa tak yakin kan?

      Delete
  6. Wahhhh memang penat sungguh tu kalau tertidur atas sofa tanpa mandi dan solat.....Mesti fresh rasa lepas bangun pagi pagi tu kan AN.

    Kagum tengok ibu bapak yang cenggitu. Terasa nak ikut jejak. Nampak mudah tp belum tentu mudah untuk melakukannya.

    ReplyDelete
  7. IbuNoey pun kadang macam tu kalau dah penat sangat, tidur tak ingat dunia.

    betul tu,kita sebagai ibubapa harus sokong minat anak-anak selagi ia berpatutan. macam ada kawan seofis IbuNoey ni,anaknya jadi model sambilan dan pelakon sambilan juga.bila ada sesi penggambaran,kebiasaannya dia atau isteri dia akan ambil cuti untuk temankan anak dorang.teringin juga macam tu.

    ReplyDelete
  8. antara rahsia kejayaan anak2 ialah ibubapa yang supportive..seronok bila tgk family macam ni, terasa tempias aura positifnya kann :)

    ReplyDelete
  9. Seronoknya! betul tu. bila anak suka sesuatu yg positive tu, ikutkan aje. kalau tak mati minat mereka.

    ReplyDelete
  10. Bagus lah parents macam tu. Seronok bc cerita ibu bapa bapa yg mcm ni..

    ReplyDelete
  11. bagus ibubapa mcm tu..lya pon akan cuba mjadi seperti tu..sokong n bg galakan pd anak..selagi bidang y diminati tu mbawa kebaikan,.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1