Sekali sekala nak manja lebih

Kisahnya semalam, Naim tidak ke sekolah. Anakanda saya ni demam. Pagi Jumaat tu dari pukul 4 pagi panas sangat badannya. Kami terus bagi ubat namun pagi tu nampak Naim agak tak larat jadi kami putuskan Naim rehat je kat rumah.

Masa saya nak ke sekolah pada tengah hari tu, Naim merengek nak mengikut ke sekolah. Puas dipujuk taknak juga dia mengalah. Maka, saya bawalah juga Naim ke sekolah dengan Papanya berjanji akan datang ambil semula selepas solat Jumaat. Pagi tu pun sepanjang pagi Naim memang mengikut je ke mana saya pergi. Kalau ke bilik atas, dia naik sama, saya melengkapkan buku rekod di ruang tamu, Naim pun melekat kat tepi. Malah masa saya mandi nak ke sekolah, Naim tunggu saya di depan bilik air. Ai, bila demam manja gitu jadinya.

Lepas papanya abis solat, maka datangla ke sekolah ambil dia. Kemain Naim menangis masa tu. Tak nak balik dia. Katanya, nak mama tak nak ikut papa.. ingatkan kesnya habis macam tu saja, rupanya dah balik pun masih lagi Naim menangis. Saya dapat mesej daripada Papa N dalam pukul 4. 35 petang menyuruh balik awal kalau boleh, katanya Naim menangis lagi nakkan mama jaga dia. Gelak besar saya masa tu. Adoi.. kalau dah jadi PK atau pengetua agaknya bolehla mama kamu ni balik awal. Ini setakat bukan sesiapa je manalah boleh nak sesuka hati balik semata-mata anak menangis.

Tapi, tetapla juga rasa kesian dengan abang Naim ni. Biasanya dia banyak mengalah dengan adik. Ini agaknya sekali sekala sakit, dia nak bermanja lebih dengan mama. Jadi semalam saya lebihkan Naim. Dia nampaknya seronok dapat perhatian lebih daripada mama. Adik pula, alhamdulillah nak jadi anak papa semalam. Lega..
Di saat badan tak panas, Naim rajin nak siapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgunya.. papalah ni, pergi bagitahu cikgu kat sekolah yang Naim tak sihat, cikgu pun terus kirim buku.. haha, budak tadika pun.. mujur sikit je kerjanya.. 

Naim warna comot..nak cepat siap tu. Biar warna tak lawa, asal perangai baik ya.. insyaAllah moga anak-anak mama jadi anak yang baik..

Comments

  1. ala nk mnja lbih ye.. sesekali mengendeng dgn mama dia..
    alhamdulillah dh sehat ye.. bgus cikgu tu bg homework.
    tklh nti byk kerja naim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kelakar pun ada kan.. budk tadika je pun.. tapi kira cekap cikgunya. Sempat capai buku masa papanya jumpa tu

      Delete
  2. Anak demam atau tak sihat memang cam tu Aisy Nasiha,, dia nak perhatian lebih,, lagi satu badannya mesti lesu dan xde mood,,biasanya saya layankan aje kalau anak deman,, demand dia lebih-lebih :-),,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat yang boleh mmg layankan je. Tapi kalau nk ikut permintaan dia nak ikut mama ke sekolah tu payahla..

      Delete
  3. hihi..get well soon abang naim..

    ReplyDelete
  4. kesian naim
    moga cepat sembuh ye anaknda
    take care AN :)

    ReplyDelete
  5. Alahai siannya. Rajin2 makan ubat ikut jadual ye Naim.

    ReplyDelete
  6. betullah... saya perasan jugak kalau bebudak demam dia memilih ngan sapa dia nak.. kadang ngan bapaknya kadang ngan maknya... saya pernah ada kawan yg dia kena halau ngan anak dia yg kena warded kat hospital (mengamuk budak tu satu malam) sebab dia nak bapaknya yg jaga... kesian mak tu budak oiii... memalam berangkut balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai.. sampai gitu ya. Kesianla anak sakit merajuk sampai macam tu.

      Delete
  7. la cikgu pun.budak demam pun bagi kerja sekolah jugak.haha

    nik lupa la tingkat brapa yang jual cadar tu.nama kesai dia pun lupa nak tanya..sory tak dapat nak bantu

    ReplyDelete
  8. alaa ciannya naim... cepat sembuh taw nnt

    ReplyDelete
  9. gitu la bila ank2 demam AN,kita yg tua ni pun kalau sakit ckit nak bermanja lebih barulah cpt proses penyembuhannya...hihi

    ReplyDelete
  10. biasalah budak bila demam memang manjanya lebih.org tua pun klu demam lagi nak perhatian.inikan pulak naim..

    iyelah kan klu pengetua tu lainlah..sabo jer la!hehe

    ReplyDelete
  11. alahai siannya naim demam..moga2 dah sembuh ye naim

    ReplyDelete
  12. Sesekali nak bermanja lebih dengan mama. Selalunya kena beralahkan, Naim :) Budak tadika sekarang macam sekolah Tahun 1. Siap ada kerja rumah kena siapkan. Dalam pada tak sihat, rajin lagi Naim ni buat kerja rumah.

    ReplyDelete
  13. Sian dia demam. Cuaca x menentu skrg ni. Klu panas teramat lah panas

    Kira ok la tu dia kaler. Qila pun kaler main taram je dah tujuh tahun mcm budak kecik je kerjanya

    ReplyDelete
  14. Aniq belum pandai lagi nak pilih sape yg dia nak time demam.tp bila start badan dedar tu,cari mummy saje lah. Abah dia,mmg dia x pandang dah.

    ReplyDelete
  15. Ohhhh demam rupanya.....biasalah Naim , kanak kanak dan demam mmg geng baik....
    Sesekali nak manja lebih..... walau dah jadi abg , dia tetap masih kecik tu sebenarnya.... Papa kalau bagi peluang mcm abg Naim.....confirm laju jer tu haha...

    ReplyDelete
  16. olor siannya naim..
    dia nak manja n perhatian la tu drp mama dia..

    bagusnya.. x sihat pom msih dpt siapkan homeworks dgn baik.. tu dia buat sdri ke, akak ajarkan?

    ReplyDelete
  17. aamiin
    warna asal bg siap j kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1