Two leos in the house

Nampaknya ramai yang menyambut hari jadi sejak seminggu dua ni. Kat rumah Okje, TLBD kan? Hot mama si PK pun semua orang datang makan-makan sempena hari jadi dia, bestnya tu.  Jenguk MD pula HDnya yang baru sambut hari jadi. Papa Usbez ni sama pula dengan tarikh hari jadi Abang Ngah hensem anak Acik Erna dan Eleena anak Kak Kamsiah. Sape lagi ya, ha...si Luth anaknya Petak Bunga pun geng kita juga..Kat rumah Bunda pun ada, Zarif..Wah ramai kan? Termasuklah dua leo's yang ada kat dalam rumah ini, kami pun.. hihi... 

Cari gambar nak masukkan ke dalam entry ni, tapi jumpa gambar comot, tak pelah, tak jadilah masuk gambar kami. Hari jadi saya sehari selepas PK, dah lepas dah, 3hb hari tu manakala Ahmad Nazif ni lahir pada 7hb Ogos 2012.  Untuk anak mama ni, mama tujukan lagu ini....

Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku


Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku




Anak mama, Ahmad Nazif, doa mama sentiasa agar anakanda membesar dengan sihat, menjadi pemuda yang baik akhlaknya, berjasa kepada keluarga dan nusa, tinggi imannya, elok parasnya dan bakal membahagiakan semua orang yang ada di sekelilingmu.. insyaAllah.. kita sama-sama doakan.



Comments

  1. bolehlah kita pakat makan kek ni..
    besday luth x sambut pun..
    akhir bulan ni aniversary kami plk..duit plk dah lesap telan balik kg.. kalu tak boleh sambut happy besady raya aniversary..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, boleh juga tu.. ajak ramai2 ni makan kek hari jadi beramai2 kan? meriah jadinya...
      takpe, selebrate dengan gaji bulan 8.. ok lagi tu, takla jauh mana tu..

      Delete
  2. Anak dara kakak pun lebih kurang juga (5 ogos) lalu 11 tahun. Meriah ni kalau dikumpulkan jadi satu kan Aisy. Apa pun happy-happy birthday to those celebrating birthday within the date.

    Selamat Hari Raya & maaf zahir batin dari kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, bertambah geng leo yang saya kenal...Selamat hari jadi utk anak dara akak yang cun tu juga. Moga sihat dan ceria selalu..

      Delete
  3. Mama ni low profile betul..... Lagu untuk anak aje? Untuk diri sendiri tak de?
    Wah senanglah Papa N nak celebrate ni ..... 2 bintang hati Papa N bezday dekat dekat......

    Aisy Nasiha,
    Hepy Bezday buat mu, moga dipanjangkan usia dengan keberkatan, diberikan kesihatan yang baik, diberikan ketenangan oleh Allah sepanjang hidupmu......

    Mengenalimu adalah satu anugerah .....
    Menerima pemberianmu adalah satu rezeki.....
    Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan sahabat yang amat pemurah....
    Malu rasanya bila keikhlasannya tak mampu aku balas.....
    Moga Allah mengirimkan kebaikan kepadanya melalui orang lain....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai so sweetnya ucapan Okje ni.. terharu saya tau.. terima kasih banyak2 ya Okje.. ucapan yang benar2 best ni..

      Haha.. mama kan pemalu.. wish untuk anak je..

      Delete
  4. kebetulan ni aisy sebab lieya ngan hubby pun bulan 8 heheeh lieya 2hb..manakala hubby 5hb heehehehe... raye2 potong kek..mmg meruah gituuu...

    selamat hari lahir buat ahmad nazhif dan aisy sendnri...moga sentiasa dlm berkat Allah swt dan diberi kesihatan yg baik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng jugalah kita nampaknya.. selamat hari jadi untuk lieya dan suami ya.. best bila ramai geng sama tarikh lahir ni kan?

      Delete
  5. Selamat Ulangtahun yang kedua, Nazif! Semoga menjadi anak soleh impian mamapapa ya! Selamat Hari Jadi buat tuan rumah juga. Ulangtahun yang ke berapa tu, AN? Baru awal 30-ankan? Mudalah tu. Mudalah tu berbanding saya yang dah di penghujung nih. Jangan dibandingkan dengan kawan sebelah MakJilap tu, dia memang awet muda :)

    Buat semua yang disenaraikan di atas, yang dah terlepas harijadinya (kecuali HD ler...) saya ucapkan selamat harijadi juga. Ramainya si Leo nih. Mana pergi semua Cancerian? Ish, cemburu pulak takda geng!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... saya pun dah tua...33 dah.. Itulah Okje mmg nampak awet muda kan, macam awek je.. jeles juga tu..

      Apa pun terima kasih ya MD. Ha. Geng leo mmg nampaknya ramai sangat yang kita kenali..

      Delete
  6. Alamak, AN lupa lak nak komen. Pagi tadi dengar lagu ni, macam sedap pulak liriknya. Apa tajuknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajuknya Dengarlah bintang hatiku...sedap kan lagu ni..saya suka..

      Delete
  7. memang ramai rupanya yang sambut harilahir bulan ogos ni kan AN..nanti senang2 letak la video birthday boy kat insta lagi ye AN..acik suka sangat dengar suara dia yang manja tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai Acik...baik Acik, saya try nati.. nati saya google cara nak masukkan video insta ke blog..

      Delete
  8. Ulama kecil ..

    semoga mnjdi anak2 yg baik

    ReplyDelete
  9. hohoho birthday boy ni... amin amin amin aunt aminkan doa mama kamu skali yer.

    ReplyDelete
  10. ramai rupanya anak2 geng kat sini celebrate besday ogos ini ye.
    selamat harijadi buat semua..dari wan yon..

    ReplyDelete
  11. happy birthday nazif..moga jd anak yg soleh..happy belated birthday to you..ingatkan 8.8 you punya..ok.semoga semuanya dirahmati

    ReplyDelete
  12. hihi...hepi besday gak wat mama AN..moga bahagia bersama orang2 tersayang hingga kehujung nyawa.

    ReplyDelete
  13. selamat hari lahir sayang..
    smga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki aamiin..

    ala, tak leh sama dgn nazif.bby sedap dok bergolek golek lagi ni..

    kalau ddk dekat2 semuanya blh gabung je kan.comfirm meriah.ramai tu..

    ReplyDelete
  14. akak, tima kasih tau..
    doakan saya ye smga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  15. Amin amin amin ya rabbal alamin...
    Selamat hari lahir buat Nazif....
    Anak2 saya Irfan dan Aisyah pun lahir bulan 8... Irfan hujung minggu ni dan Aisyah lagi dua minggu... Rancangnya nak celebrate serentak... Jimat budget :)

    ReplyDelete
  16. ehh patutlah tersedak,ada orang sebut nama kita..hehe

    tak sgka besday kita selang sehari..taun je lain kan.hehe..rupanya ada dua leo kt sini.happy belated besday utk AN dan Nazif..kalau dekat bolehlah celebrate sama2..potong kek makan2..


    ReplyDelete
  17. Alahai comel nyer dia dengan kopiah senget dia tu... semoga membesar jadi anak yang soleh yer...tokoh dah nampak dah tu..

    ReplyDelete
  18. happy birthday yea
    special birthday in hari raya kan :)

    ReplyDelete
  19. banyaknya team leos.. selamat hari lahir nazif ! nina pun baru sambut birthday opismate sabtu lepas. :) best juga mkn kek di bulan raya ni.

    ReplyDelete
  20. ramai yg sambut besday bulan ni ye...ahmad nazif selamat ulangtahun sayang...
    moga terus membesar dgn sihat dan ceria, bahagia,cemerlang didunia dan akhirat ye...

    adelya pun bulan ni juga..sekejap je dah setahun bunga sekuntum tu...hehehe

    ReplyDelete
  21. Happy belated birth comel..
    Moga trs mbesar mjd ank y soleh n taat pd perintah ibubapa n agama..

    Suka lagu ni.. lagu ni y fain bg kat lya.. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1